Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.i.kan] | برايکن

Definisi : 1. mempunyai ikan; 2. mencari atau menangkap ikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berikan

Puisi
 

Hendak makan tidak berikan,
     Ikan lumba makan juga;
Hendak berkayuh tiada bersampan,
     Hati rindu kutahan juga.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

302

Don't let the fox guard the hen-house

Jangan berikan tanggungjawab atau kepercayaan kepada orang yang tidak patut dipercayai.

Jangan menyuruh kapak menyelam beliung

The people were really angry when it was discovered that a known swindler had been elected as the treasurer of the village. It was unbecoming to let the fox guard the hen-house. We feared that he might exploit his position for his own interests.

Orang ramai naik marah apabila mendapat tahu bahawa seorang lelaki yang diketahui kaki putar belit dipilih menjadi bendahari kampong itu. Jangan menyuruh kapak menyelam beliung. Kami khuatir dia mungkin menggunakan kedudukannya demi kepentingan peribadi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Antara 4 ayat ini, yg manakah tepat? 1. Berikan dia air. 2. Beri dia air. 3. Beri air kepada dia. 4. Berikan air kepada dia. Terima kasih.Ayat yang tepat ialah berikan air kepada dia, berikan dia air.Tatabahasa01.09.2021
Berikan definisi penuh untuk kata tanya berdasarkan kamus dewan. Huraikan juga maksud yang diberikan berdasarkan kamus dewan

Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila, dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya, kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah. Bagi merujuk penggunaannya dalam ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 255 - 256.

Tatabahasa15.04.2025
berikan penjelasan mengenai definisi tatabahasa , aspek tatabahasa, morfologi dan bahasa melayuBerdasarkan Kamus Dewan Perdana, "tatabahasa" bermakna cabang ilmu linguistikyang berkaitan dengan sintaksis, morfologi, dan termasuk juga fonologi serta semantik. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Lain-lain22.09.2024
Berikan Lima contoh kata adjektif (selain daripada yang terdapat dalam buku Tatabahasa Dewan )Contoh kata adjektif ialah rendah, besar, comel, coklat dan lembap.Tatabahasa10.09.2024
Berikan contoh-contoh perkataan sanskrit. Bincangkan.Contoh perkataan Sanskrit ialah anugerah, bahagia dan derhaka. Apakah yang dimaksudkan dengan "bincangkan"? Sekiranya ini merupakan tugasan di institusi pendidikan tuan/puan, sila buat rujukan melalui bahan bacaan seperti Kamus Dewan Perdana, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan buku-buku lain yang berkaitan. Tuan/puan juga boleh membuat carian melalui Internet bagi membantu tuan/puan menyelesaikan tugasan tuan/puan.Lain-lain29.08.2023
Berikan penggalan waktu untuk 24 jam sehari. Contoh : Pkl 1.00 tgh hari atau petang?Pemenggalan waktu:

12 tengah malam-1 pagi

1 pagi-11.59 pagi

12.00 tengah hari-1.59 petang

2 petang-6.59 petang

7 malam-11.59 malam
Lain-lain29.10.2019
Berikan contoh imbuhan morfem dan alomorf.Contoh imbuhan morfem ialah "meng-" dalam perkataan "mengajar", "ber-" dalam "bersekolah" , "-an" dalam "lautan" dan sebagainya. Manakala imbuhan alomorf pula me-N, peN- dll.Tatabahasa16.03.2015
Berikan subjek untuk ayat pasif di bawah ini. 1. Pasu-pasu bunga itu akan kami alihkan sebentar lagi. 2. Makanan yang telah basi itu telah saya buang sebentar tadi.1. Pasu-pasu bunga itu
2. Makanan yang telah basi itu
Lain-lain12.02.2015
Berikan contoh ayat yang mempunyai kata 'belaka' agar saya dapat memastikan penggunaan ini.|Maksud 'belaka' ialah semuanya atau seluruhnya sekali (tidak ada kecualinya): Contoh ayat:
1. Manusia di dalam hutan itu habis mati belaka.
2. Dia bercakap sangat manis, pada hal hanya cakap dusta belaka.
Makna06.05.2014
berikan perbezaan aku dan sayaBeza antara aku dan saya ialah; aku, bahasa basahan, bukan rasmi, digunakan sebab keintiman/saling mengenali seperti kawan baik dsbgnya. Manakala, saya pula, digunakan dalam konteks rasmi, dengan ketua dan sebagainya.Istilah08.10.2013
12345678910...

Kembali ke atas