Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ik.rar] | براقرار

Definisi : berjanji dgn sungguh-sungguh hati secara lisan: orang kampung itu telah ~ akan bersatu padu utk menentang musuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ik.rar] | براقرار

Definisi : berjanji dgn sungguh-sungguh hati; berjanji akan mematuhi sesuatu: Mereka ~ utk mempertahankan bandar itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikrar (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan janji bersumpah, pengakuan;,
Kata Terbitan : berikrar, mengikrarkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera. Adakah ayat berikut betul: Murid-murid berikrar Rukun Negara semasa perhimpunan. terima kasih.Ayat yang betul ialah Murid-murid membacakan ikrar Rukun Negara semasa perhimpunan.Tatabahasa05.06.2012
9 "Ampun _______ tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja. A beta B patik C hamba D baginda 24 " Sebagai tentera, _______ berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai mereka. A kita B kami C beliau D mereka Apakah jawapan untuk soalan-soalan berikut? 6 "Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu. A dia B kita C kamu D mereka   7 Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul. A mereka B awak C saya D kami

1.   "Ampun patik tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja.

2.   " Sebagai tentera, kami berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai mereka.

3.   "Sebagai murid, kamu hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu.

4.   Mari kita ikut saya ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul.

Tatabahasa09.05.2014
Gerakan "Freemason"Sila jelaskan soalan saudara. Walau bagaimanapun, gerakan freemason bermaksud gerakan ahli pertubuhan rahsia (disebut Free and Accepted Masons) yang berikrar untuk menjalinkan persaudaraan dan sikap saling membantu antara sesama ahli dan menggunakan lambang tertentu untuk mengenali antara satu sama lain.Lain-lain05.06.2009
" ________akan menghormati guru di sekolah ini "ucap ketua murid semasa sambutan Hari guru. Apakah kata ganti nama yang paling sesuai diisi dalam ayat tersebut. A.kita B. Kami C. kedua-duanya betul. sekian terima kasih.

Jawapan yang paling tepat ialah kami, kata ganti diri pertama dalam bentuk jamak mewakili murid-murid sekolah berikrar kepada gurunya (pihak kedua yang menjadi lawan bercakap).

Tatabahasa26.05.2011
Salam, apakah beza perkataan 'selamanya' dan 'selama-lamanya'? Terima kasih.Waalaikumussalam.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

Selamanya bermaksud:
Untuk jangka masa yg lama dan ber­terusan: Contoh ayat: Manusia tidak selamanya muda.

Selama-lamanya bermaksud:

1.Yang sangat lama, paling lama: Contoh ayat: Selama-lamanya dua tahun dia merantau kemudian pulanglah dia;
2. Tidak berkesudahan, kekal: Contoh ayat: Dia berikrar tinggal di Singapura selama-lamanya.

Maksud kedua-dua perkataan hampir sama tetapi tidak boleh digunakan pada ayat yang sama.  Penggunaan perkataan ini bergantung kepada konteks ayat dan maksudnya.
Makna09.04.2014

Kembali ke atas