Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya sedang membuat kajian dalam bidang teks steganografi. Saya ingin mengetahui masuk Bahasa Melayu yang sesuai digunakan bagi perkataan Bahasa Inggeris berikut berikut: 1. cover text - teks penutup @ teks pelindung 2. hidden message - mesej rahsia @ mesej tersembunyi atau ada perkataan lain yang lebih sesuai. Terima kasihPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk perkataan bahasa Inggeris yang diberikan ialah:

1. cover text - teks pelindung
2. hidden message - mesej tersembunyi 
Istilah24.11.2016
Apakah maksud peribahasa berikut: 1. seperti bunga dengan perdunya 2. seperti tanduk bersendi tulang

Peribahasa “seperti bunga dengan perdunya” dan “seperti tanduk bersendi tulang” mempunyai maksud yang sama iaitu pasangan suami isteri yang secocok, sama cantik dan sepadan.

Lain-lain24.09.2021
Apakah maksud peribahasa berikut: 1. seperti bunga dengan perdunya 2. seperti tanduk bersendi tulang

Peribahasa “seperti bunga dengan perdunya” dan “seperti tanduk bersendi tulang” mempunyai maksud yang sama iaitu pasangan suami isteri yang secocok, sama cantik dan sepadan.

Lain-lain27.09.2021
Mohon terjemahkan istilah berikut: 1. Condenser Discharge Ignition (CDI) 2. Ignition timing 3. Before Top Dead Center 4. Ignition Coil Primary Winding 5. Starting battery 6. Deep cycle battery 7. Cell connector 8. Terminal post 9. Vent cap 10. Throttle body 11. Throttle position sensor 12. Idle air control 13. Manifold absolute pressure 14. Manifold air temperature 15. Vapor Separator 16. Fuel distributor 17. Fuel cooler 18. Pressure regulator 19. Engine coolant temperature sensor 20. Oil pressure switch 21. Crankshaft position sensor 22. Camshaft position sensor 23. Idle speed controlBagi mendapatkan padanan yang sesuai untuk perkataan-perkataan ini, sila nyatakan konteks penggunaannya.Istilah07.01.2020
Apakah beza ayat berikut? ; 1) konvensyen kebangsaan sukarelawan 2) kovensyen sukarelawan kebangsaan Yang manakah paling tepat penggunaan??Frasa yang betul ialah konvensyen sukarelawan kebangsaan.Tatabahasa11.10.2016
Apakah maksud perkataan yang berikut: 1. Sasana 2. PugarPerkataan "Sasana" tiada dalam data kami. Walaubagaimanapun, pihak tuan/puan boleh merujuk Kamus Besar Bahasa Indonesia untuk mendapat maksud tersebut. Manakala, Pugar bermaksud: membersihkan (menebang, membakar dsb) sesuatu kawasan utk menanam tanaman tertentu. Pugar juga membawa maksud memperbaiki atau memperelok semula, membaharui dan me­mulihkan.Makna27.09.2017
Mohon DBP untuk berikan jawi berikut: 1. psikofarmakologi 2. elektroensefalografi 3. neurotransmiter 4. hipotalamus 5. sinaptogenesis 6. spektrofotometri 7. fotosintesis 8. metamorfosis 9. kromosom 10. mitokondria 11. ribosom 12. nukleus 13. kloroplas 14. elektromagnet 15. termodinamik 16. kuantum 17. atmosfera 18. stratosfera 19. kontemporari 20. cendekiawan 21. laboratorium 22. graviti 23. galaksi 24. bakteria 25. hormon 26. protein 27. karbohidrat 28. stetoskop 29. teleskop 30. makmal 31. anestesiologi 32. bronkodilator 33. kardiovaskular 34. dermatologi 35. endokrinologi 36. farmakokinetik 37. gastroenterologi 38. hematologi 39. imunoglobulin 40. karsinogenik 41. laringoskop 42. mikroorganisma 43. nefrologi 44. oftalmologi 45. patofisiologi 46. radiografi 47. sitoplasma 48. toksikologi 49. ultrasonografi 50. ventrikel 51. xeroftalmia 52. zoonosis 53. arteriosklerosis 54. bioteknologi 55. kriopreservasi 56. deoksiribonukleik 57. epidemiologi 58. farmakovigilans 59. homeostasis 60. interferon Sekian, terima kasih.

Mohon rujuk laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu (prpm.dbp.gov.my)  atau Kamus Dewan Perdana untuk menyemak ejaan Jawi. Bagi istilah saintifik, pihak tuan boleh mengekalkan ejaan Rumi bagi perkataan tersebut.

Lain-lain13.07.2026
Bagaimanakah cara menulis dialog yang berikut: 1. "Kakak ada masalah?" tanya dia. ataupun 2. "Kakak ada masalah?" Tanya dia. Adakah huruf pertama bagi perkataan "tanya" perlu dieja dengan menggunakan huruf besar, ataupun huruf kecil? Sekiranya perlu dieja dengan huruf besar, apa sebabnya, dan begitu juga kalau sebaliknya pula, mengapa?

Huruf pertama bagi perkataan “tanya” dalam dialog tersebut perlu dieja menggunakan huruf kecil kerana merupakan sebahagian daripada ayat tersebut.

Lain-lain04.11.2024
Salam, mohon berikan terjemahan istilah berikut: 1. Convergent Parallel Mixed-Methods Design 2. Explanatory Sequential Design 3. Exploratory Sequential Design 4. Triangulation Design 5. Embedded Design

Untuk makluman tuan, pihak DBP tidak melaksanakan kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya.

Sila terjemahkan perkataan atau teks bahasa asing tersebut dalam bahasa Melayu agar pihak kami dapat menyemak dan memberikan cadangan padanan terjemahan yang bersesuaian.

Penyemakan dan penterjemahan07.12.2023
Minta bantuan untuk menterjemahkan ayat berikut: 1. The Association of Nutritional and Functional Medicine Practitioners, Malaysia. 2. Functional Medicine.

Cadangan terjemahan yang boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai ialah:

  1. The Association of Nutritional and Functional Medicine Practitioners, Malaysia - Persatuan Pengamal Perubatan Nutrisi dan Fungsian, Malaysia.
  2. Functional Medicine - Perubatan Fungsian

Penyemakan dan penterjemahan14.04.2022
12345678910...

Kembali ke atas