Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.ku.tan]/[ber.i.ku.tan] | برايکوتن

Definisi : ekoran drpd, akibat drpd, kemudian dr, sesudah: ~ itu ia meneruskan pengembaraannya; rombongan itu dikirim ke mari ~ pertemuan Perdana Menteri dgn Presiden Johnson; kota itu menjadi sunyi sepi ~ mogok; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.ku.tan]/[ber.i.ku.tan] | برايکوتن

Definisi : ekoran drpd; akibat drpd; selepas: ~ peristiwa mogok itu, beberapa orang pekerja telah ditahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berikutan soalan saya sebelum ini, mohon mendapatkan penjelasan ringkas. Terima kasih.Mohon dikemukakan semula soalan yang puan maksudkan untuk rujukan kami.Lain-lain30.12.2013
Faktor-faktor campurtangan British di Tanah MelayuKedatangan British ke Tanah Melayu adalah kerana faktor ekonomi, agama dan ingin mencari kemasyhuran. Berikutan Revolusi Perindustrian, England memerlukan bekalan bahan mentah seperti bijih timah, rempah dan getah. Dari segi agama pula, berikutan Perang Salib di Eropah, kuasa - kuasa Barat cuba melemahkan perkembangan agama Islam walau di mana juga pusat perkembangannya.  Selain itu, kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba mencari tanah jajahan bagi mendapatkan kemasyhuran sebagai satu kuasa dunia yang gagah. Tanah jajahan juga menjadi tempat memasarkan barangan keluaran mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Sejarah Malaysia Sepintas Lalu oleh Zainal Abidin Abdul Wahid et.al., buku Malaysia oleh Rupert Emerson, dan lain-lain. Lain-lain01.03.2008
Hakim Lau juga tidak menerima hujah Pejabat Peguam Negara bahawa permohonan itu bersifat akademik semata-mata berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 April lalu bahawa SPR dan bukan Speaker mempunyai hak untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi pilihan raya. Apakah maksud 'bersifat akademik' dalam petikan tadi?Bersifat atau mengenai ilmu pengetahuan.Lain-lain22.10.2009
tambahan pula tidak digalakkan digunakan sebagai penanda wacana betul ke? adakah tambahan pula bermaksud sesuatu yang berikutan daripada isu yang sama atau isu yang lain?Tambahan pula bermaksud lebih-lebih lagi atau apa lagi. Tambahan pula merupakan sebahagian daripada penanda wacana - penghubung tambahan yang berfungsi untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelum ini. Oleh itu, tambahan pula boleh digunakan.Tatabahasa13.10.2008
Mengapakah DBP tidak lagi menganjurkan pertandingan Pidato, Deklamasi Puisi dan sebagainya untuk masyarakat dan pelajar Melayu? Adakah penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu sudah sampai ke tahap yang diinginkan? Soalan ini saya ajukan berikutan brosur pertandingan yang hanya dikhaskan untuk orang bukan Melayu sahaja. Mohon pencerahan. Terima kasih.Untuk makluman, brosur pertandingan tersebut berkenaan dengan Festival Bahasa dan Sastera yang akan diadakan pada hujung bulan Ogos. Sasaran peserta  festival tersebut ialah  masyarakat bukan Melayu.

DBP masih menganjurkan pertandingan pidato, deklamasi puisi dan sebagainya mengikut program yang diatur dan sasaran khalayak. Saudara boleh melayari laman web DBP dari semasa ke semasa untuk perkembangan pertandingan yang dianjurkan oleh DBP.

Pelbagai program telah diatur sepanjang tahun dan sempena Bulan Bahasa dan Kebangsaan, banyak program kebahasaan dan kesusasteraan telah dirancang.
Lain-lain27.07.2013
Terima kasih untuk maklum balas yang menyatakan bahawa istilah e-hailing telah diberi padanan dengan e-panggilan. Namun, saya ingin mendapatkan kepastian adakah istilah e-hailing boleh diguna pakai dalam penulisan formal Bahasa Melayu tanpa perlu diitalikkan? Saya ingin terus menggunakan istilah e-hailing berikutan penggunaan e-hailing yang semakin meluas menerusi media massa.Penggunaan yang betul ialah e-panggilan bagi padanan bahasa Melayu perkataan e-hailing. DBP berharap kerjasama pihak puan menggunakan perkataan bahasa Melayu dalam penulisan. Sekiranya pihak puan tidak memperkenalkan dan menggunakan perkataan e-panggilan, maka e-panggilan tidak digunakan secara meluas.Istilah03.11.2018
Saya merupakan individu yang telah menfailkan saman tuntutan RM 1 juta terhadap Stesyen Radio Xfresh fm berkaitan penyiaran lagu Indonesia dan promo yang menjanjikan tawaran RM1 juta kepada mana-mana pendengar yang berjaya membuktikan bahawa pihak radio tersebut ada menyiarkan lagu-lagu Indonesia atau tidak. Proses perbicaraan masih berjalan berikutan wujud kemusykilan pada konteks penggunaan ayat. Peguam plaintif mengatakan promo yang berbunyi " ingat tau, RM 1 juta jika dapat membuktikan kami ada menyiarkan lagu Indonesia ......." bukan bermaksud satu tawaran. Mereka mengatakan ayat tawaran mesti berbunyi seperti ini "Siapa yang dapat membuktikan Xfresh Fm ada menyiarkan lagu Indonesia akan dibayar RM1 juta". Oleh itu saya ingin meminta penerangan secara penuh berkaitan konteks dan maksud ayat yang digunakan dalam promo tersebut. Saya juga mengharapkan jawapan secara bertulis kerana ia merupakan bahan atau hujah bagi menguatkan dakwaan saya berkenaan tawaran RM 1 juta tersebut. Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak Xfresh fm memang telah terbukti telah menyiarkan lagu Indonesia iaitu "My Heart", bagaimanapun kini mereka enggan membayar RM 1 juta yang ditawarkan kerana beranggapan promo itu bukan bersifat tawaran dan ia hanya gimik sahaja. Harap pihak tuan dapat jelaskan juga maksud perkataan gimik dan syarat-syarat atau peraturan menggunakan gimik. Terima kasih.Khidmat Nasihat Bahasa tidak merangkumi sebarang pertikaian mahkamah. Walau bagaimanapun tuan boleh mengemukakan masalah ini menerusi surat rasmi kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain11.07.2009
Muzaina Mosni Own 9:06AM Muzaina Mosni Own Muzaina Assalamualaikun Admin, Muzaina Mosni Own Muzaina Saya ingin mengetahui, adakah pihak DBP boleh menerima manuskrip untuk kamus bahasa tempatan? Iaitu Kamus bahasa Melayu-Miriek. Bahasa Mirek merupakan bahasa suku kaum Mirek di Miri, Sarawak. Bahasa ini cuma tinggal dalam komuniti yang kecil sahaja, dikhuatiri jika dibiarkan bahasa ini akan pupus berikutan anak-anak kaum Miri sudah ramai yang berkahwin campur. Dan akibatnya, mereka tidak menggunakan bahasa ibunda kepada anak-anak mereka. Muzaina Mosni Own Muzaina Mohon maklumat lanjut daripada pihak admin. Sekina, terima kasih.Waalaikumussalam, Puan boleh menghantar bahan puan secara pos kepada Ketua Editor, Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur untuk dinilai sekiranya sesuai untuk diterbitkan. Puan juga boleh menghantar bahan tersebut melalui e-mel kepada amran@dbp.gov.my.Lain-lain02.09.2016
A. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat-ayat berikut, tolong perbetulkan dan jelaskan mengapa ? 1. Zarina berasa kecewa kerana terpaksa memecahkan harapan keluarganya yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran di universiti. 2. 'Malaysia, di sini lahirnya sekeping cinta ' merupakan slogan Hari Kemerdekaan yang ke-57. 3. Lampin pakai campak keluaran syarikat Huggies menawarkan potongan harga yang menarik untuk setiap pembelian RM60.00 dan ke atas. 4. Encik Ali mengajar Geografi kepada murid-murid menengah atas. 5. Landasan konkrit projek Mass Rapid Transit yang sedang dalam proses pembinaan di Kilometer 10, Jalan Mewah menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya berikutan taraf keselamatannya yang kurang memuaskan. 6. Sempena jualan penghabisan stok di pasar raya itu, pemiliknya telah mengedarkan katalog baru kepada pembeli. 7. Hadiah kemenangan saya telah bertambah sebab saya memilih untuk menggunakan pembelian secara pukal. B. Bagaimana hendak tukarkan ayat tanya songsang kepada ayat tanya biasa bagi ayat berikut : 1. Bagaimanakah awak masuk ke rumah sedangkan awak lupa untuk membawa kunci ? C. Apakah peribahasa yang sesuai bagi kedua-dua ayat berikut ? 1. Pengadil bola keranjang itu dicemuh oleh penonton kerana bersikap _____________ ketika mengadili perlawanan. 2. Kehidupan keempat-empat anak yatim piatu di hujung kampung itu sungguh daif dan melarat umpama ________ . Terima kasih.1. Zarina merasa kecewa kerana menghampakan harapan keluarganya yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran di universiti. Ayat ini kurang tepat kerana penggunaan kata yang tidak tepat dalam konteks ayat tersebut. Untuk melihat penggunaan kata yang tepat, sila rujuk kamus atau layari laman web kami di www.prpm.dbp.gov.my. Ruang yang terhad ini tidak dapat menghuraikan satu demi satu kesalahan dan ayat selepas ini telah diperbaiki.
2. "Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta", merupakan slogan Hari Kemerdekaan yang ke-57.
3. Lampin pakai buang keluaran syarikat Huggies menawarkan potongan harga yang menarik untuk setiap pembelian RM60.00 dan ke atas.
4. Encik Ali mengajarkan Geografi kepada murid-murid menengah atas.
5. Landasan konkrit projek Mass Rapid Transit yang sedang dalam proses pembinaan di Kilometer 10, Jalan Mewah menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya berikutan tahap keselamatannya yang kurang memuaskan.
6. Bersempena dengan jualan penghabisan stok di pasar raya itu, pemiliknya telah mengedarkan katalog baru kepada pembeli.
7. Hadiah kemenangan saya telah bertambah kerana saya memilih untuk menggunakan pembelian secara pukal.

B. Bagaimanakah awak masuk ke rumah sedangkan awak lupa membawa kunci 

C. Sila rujuk penggunaan peribahasa yang sesuai dengan konteks ayat melalui laman web kami.
Tatabahasa23.09.2015
Assalamualaikum, saya ingin bertanya kepada tuan tentang penggunaan istilah 'geng'..saya sudah menyemak di dalam kamus dewan yang membawa erti kumpulan pekerja atau kumpulan penjahat. Saya ingin kepastian samada istilah tersebut sesuai atau tidak untuk digunakan di sekolah saya memandangkan kami akan memberikan badge kepada murid yang sudah khatam Al-quran dengan melabelkan pada bedge tersebut dengan GENG KHATAM.. Cadangan ini berikutan fenomena pihak media tv yang menggunakan istilah tersebut seperti rancangan geng bas sekolah dan geng surau di ASTRO.. sekian, harap dapat penjelasan dari tuan... terima kasih.Kata geng lazimnya dikaitkan dengan konotasi negatif, iaitu yang dilakukan bersama-sama untuk pekerjaan jahat. Kata geng jika dikaitkan dengan pekerjaan yang baik seperti 'Geng Khatam' dan 'Geng Surau' sememangnya tidak sesuai dari segi makna kata tersebut. Oleh itu, kami cadangkan nama ini ditukar kepada nama lain yang membawa maksud yang baik dan tidak dikaitkan dengan konotasi negatif sesuai dengan konsep rancangan tersebut seperti 'Rakan Khatam' dan 'Rakan Surau'. Tatabahasa05.04.2011
12

Kembali ke atas