Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.Öil.mu]/[be.ril.mu]/[ber.ilmu] | برعلمو

Definisi : mempunyai banyak ilmu, berpengetahuan: orang yg ~ dapat membezakan antara baik dan jahat, benar dan salah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.Öil.mu]/[be.ril.mu]/[ber.ilmu] | برعلمو

Definisi : 1 berkemampuan utk mengetahui atau memaklumi kenyataan ttg sesuatu; mempunyai ilmu: Hidup tidak ~ seumpama berjalan dlm gelap. 2 berpengetahuan; bijak; pandai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ilmu (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan pengetahuan, kepandaian, kepakaran, keahlian, kemahiran, kebijakan, kebijaksanaan, kepintaran, pelajaran, pendidikan, seni, sains;,
Kata Terbitan : berilmu, keilmuan,

Peribahasa

Lagi lebai lagi berjanggut.

Bermaksud :

Berilmu dan berbudi.

 

Lihat selanjutnya...(29)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, adakah ayat songsang ini boleh diterima: Adalah dengan membaca buku kita menjadi masyarakat berilmu.Cadangan ayat songsang yang betul ialah "Dengan membaca buku kita menjadi masyarakat berilmu."Tatabahasa09.01.2022
Mohon pencerahan penggunaan istilah 'Generasi Lestari' (maksud sebagai generasi yang berilmu)Lestari bermaksud tidak berubah atau kekal atau dalam bahasa Inggeris ialah sustainable. Tidak ada maklumat tentang generasi lestari dalam pangkalan data kami dan generasi yang berilmu tidak sesuai diistilahkan sebagai generasi lestari.Tatabahasa01.04.2015
Guru (ialah/adalah) tonggak negara dalam melahirkan generasi berilmu. Mohon penjelasan.. Terima kasih.

Penggunaan kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama seperti dalam ayat  Guru ialah tonggak negara dalam melahirkan generasi berilmu.  Perlu diingat penggunaan kata pemeri amat terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan bahasa Melayu. Dalam konteks ayat yang tuan berikan, lebih diubah menjadi  Guru merupakan tonggak dalam melahirkan generasi berilmu.

Istilah21.04.2017
1. Kita mesti mengamalkan amalan suka membaca supaya masyarakat yang berilmu tidak menjadi fata morgana. Penggunaan perkataan fata morgana betul dalam konteks ayat tersebut? Yang mana betul ? 2. a. dalam era globalisasi atau b. pada era globalisasi 3. a. dalam mendepani arus globalisasi atau b. dalam menghadapi arus globalisasiSdr. Ming Hui, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. mengikut kamus dewan fata morgana ialah sesuatu yg bersifat khayalan . Jadi dalam ayat yang diberikan adalah lebih baik dijelaskan maknanya daripada membiarkan orng yang membacanya tercari-cari akan maknanya. Ayat yang diberikan ini lebih baik ditulis begini. (Kita mesti mengamalkan amalan suka membaca supaya masyarakat yang berilmu tidak menjadi fata morgana). Kita hendaklah mengamalkan sikap suka membaca supaya masyarakat kita menjadi masyarakat yang berilmu dan  tidak selalu suka berkhayal sahaja.Makna24.02.2009
salam sejahtera, mohon semak penggunaan istilah dan ayat bagi tema yang mempunyai ayat Malaysia Madani. 1. berlimu dan berketerampilan merealisasikan Malaysia Madani 2. berilmu dan berketrampilan mendukung konsep Malaysia Madani Mohon pihak tuan/puan memberi ayat yang lebih sesuai sekiranya ayat tersebut terlalu panjang untuk dijadikan tema.Ayat yang gramatis ialah “Berilmu dan berketerampilan tonggak Malaysia Madani.”. Tatabahasa16.01.2024
Terima kasih kerana memberikan tunjuk ajar tentang penggunaan perkataan fata morgana. Jika saya membetulkan konteks ayat kepada ayat demikian. Kita mesti mengamalkan amalan suka membaca. Dengan ini, matlamat menjadikan Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu tidak menjadi fata morgana

Untuk makluman sdri  Hui, ejaan fatamorgana dirapatkan bukan dijarakkan menjadi dua perkataan.  Fatamorgana bermaksud sesuatu yang bersifat khayalan. 

Sdri Hui telah membina dua ayat tunggal. Walau bagaimanapun, dalam tatabahasa bahasa Melayu, pembentukan ayat sdri  boleh digabungkan dengan memasukkan kata hubung " supaya" menjadi ayat  majmuk keterangan(rujuk Buku Tatabahasa Dewan hlm 514-515) ayat sdri  boleh ditulis seperti yang berikut:

 (1) Kita mesti mengamalkan budaya suka membaca supaya matlamat menjadikan Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu tidak menjadi fatamorgana semata-mata.

atau

 (2) Kita mesti mengamalkan budaya suka membaca supaya matlamat menjadikan Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu tidak menjadi khalayan semata-mata.

Untuk makluman sdri Hui,  penambahan kata supaya merupakan kata  keterangan harapan, yang berfungsi menerangkan sesuatu perbuatan  yang dihajati atau diharapkan.

Tatabahasa25.02.2009
Tuan, Apakah kesalahan ejaan bagi ayat di bawah? 1. Kita tidak boleh terlalu taksub kepada seseorang itu walaupun dia berilmu. Apakah kesalahan tatabahasa bagi ayat di bawah? 1. Kebanyakan pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah sepanjang bulan Ramadan. Terima kasih.Kesalahan ejaan pada ayat pertama ialah "taksub".  Ejaan yang betul ialah "taasub"
Kesalahan pada ayat kedua ialah perkataan "pusat membeli-belah".  Perkataan yang betul ialah "pusat beli-belah"
Ejaan24.11.2016
Apakah maksud modal insan?Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja.Lain-lain19.11.2007
Maksud pembangunan modal insan.Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manuasia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara.Makna16.10.2006
Apakah maksud peribahasa berikut: Diam-diam ubi berisi,diam-diam besi berkarat

Makna peribahasa tersebut ialah diam orang yg berilmu itu berfikir, sementara diam orang yg bodoh itu sia-sia sahaja. Sila rujuk buku Peribahasa oleh Abdullah Hussain dan kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna28.07.2009
1234

Kembali ke atas