Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berima


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kata ganda berima bagi jerihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jerih didefinisikan sebagai lelah, payah. Lazimnya kata "jerih" sering diikuti dengan perkataan "perih" tetapi "jerih perih" ialah kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, bukan kata ganda berentak yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut, contohnya sayur-mayur, lauk-pauk, saudara-mara, lintang-pukang dan anak-pinak. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 135  atau  buku Kata Ganda Bahasa Melayu: Tinjauan Bentuk Berdasarkan Data Korpus, terbitan DBP.Istilah21.02.2009
adakah temu bual kata ganda berima atau kata majmuk?Temu bual merupakan kata majmuk. Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna.  Kata majmuk yang mantap sahaja dieja dua perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan. Walau bagaimanapun, bagi perkataan yang tidak boleh berdiri sendiri (yang tidak mempunyai maksud) seperti rung dan juru, kata majmuk dieja rapat.Tatabahasa29.09.2015
1. Saya terkeliru penggunaan tanda sempang pada kata ganda berentak. Mengapakah perkataan semak samun tiada tanda sempang tetapi sayur-mayur ada tanda sempang? Bagaimanakah untuk mengenal pasti sama ada ada tanda sempang atau tidak pada kata ganda berentak atau berima? 2. Apakah perbezaan oleh sebab dan oleh kerana?1. Kata ganda dieja tanpa tanda sempang apabila kedua-dua perkataan ada maksudnya sendiri apabila tidak digandakan seperti semak samun (semak - semak-semak tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah-rendah, belukar, samun - semak-semak dan belukar yg terbiar). Manakala, sayur-mayur perlu diletakkan sempang kerana "mayor" tidak mempunyai maksud yang membolehkannya berdiri sendiri. Akan tetapi, tidak ada rumus yang boleh digunakan untuk mengenal pasti bentuk ejaan ini kecuali merujuk kamus.

2.   Ungkapan yang betul ialah 'oleh sebab' kerana oleh merupakan kata sendi , oleh yang demikian kata yang mengikutinya hendaklah kata nama; iatu sebab. 'Kerana ialah kata sendi dan dengan itu tidak boleh digunakan selepas kata oleh dalan ungkapan tersebut. Kata pemeri ialah digunakan sebagai unsur persamaan atau ekuatif manakala adalah digunakan sebagai unsur huraian atau kualitatif. Cara membezakannya adalah melalaui penggunaannya dalam ayat. Contoh: perkara yang mustahak ialah usaha yang ... sumbangan beliau adalah dari segi... kamus merakamkan semua perkataan yang terdapat dalam penggunaan bahasa oleh masyarakat . Walau bagaimanapun masyarakat harus bijak memilih perkataan tersebut kerana bukan semua perkataan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.
Tatabahasa13.08.2015
Tuan, Jabatan ini bercadang untuk menggunakan tema untuk hari inovasi dan kreativiti (ICT). Tema yang dicadangkan ialah : ICT Cagak Teknologi. Menurut rujukan Cagak= tiang, menyokong. Adakah tema ini sesuai dari segi Bahasa Melayu. Mohon pandangan Tuan.

Tema yang dicadangkan, ICT Cagak Teknologi.  Dalam Kamus Dewan edisi keempat, cagak bermaksud: 1. cabang (kayu dll); cagak jalan - simpang jalan; 2. kayu (galah, tongkat, dll) yg hujung­nya bercabang utk menyangga atau menopang sesuatu. Sekiranya keadaan tiang bercabang itu sesuai dengan maksud tema tersebut, kata cagak boleh digunakan.

Tema jadi menarik jika ayatnya berima. Contohnya: ICT Tonggak Teknologi. Huruf t, o, n, k, g yang terdapat pada kedua-dua perkataan tonggak dan teknolgi menjadikan ayat ini berima. Dalam Kamus Dewan , tonggak bererti 1. tegak lurus: tiang tonggak, tiang yg tegak lurus. mencacak berdiri tegak lurus; 2 tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3 terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. 

Makna25.04.2011

Kembali ke atas