Yang mana betul. Badan Kepimpinan Pelajar atau Badan Kepemimpinan Pelajar. Ke arah KEPIMPINAN yang berkualiti dan berintegriti atau Ke arah KEPEMIMPINAN yang berkualiti dan berintegriti. Soalan sebelum ni saya tulis berintegrasi. | Kedua-dua istilah iaitu kepimpinan dan kepemimpinan ialah padanan bahasa Melayu untuk "leadership". Penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat. Kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Manakala kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin. Contoh ayat: i. Kepimpinan melalui teladan ii. Tun Mahathir berusaha membawa corak kepemimpinan yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin sebelumnya. Jawapan: i. Badan Kepimpinan Pelajar ii. Ke Arah Kepimpinan yang Berkualiti dan Berintegriti | Tatabahasa | 19.02.2020 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Adakah terdapat perbezaan yang ketara antara istilah PASUKAN KERJA dengan KERJA BERPASUKAN. Kedua, Apa komen tuan jika tajuk ini untuk saya jadikan sebagai tajuk kursus: 1) "KURSUS MEMBENTUK PASUKAN KERJA YANG BERETIKA DAN BERINTEGRITI" 2) "KURSUS PERATURAN KERJA BERPASUKAN YANG BERETIKA DAN BERINTEGRITI" | Pasukan kerja bermaksud satu pasukan yang dibentuk untuk melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan. Contohnya, pasukan perubatan untuk melaksanakan tugasan memberikan rawatan perubatan, pasukan keselamatan untuk melaksanakan tugasan mengawal keamanan, dan pasukan sorak untuk melaksanakan tugasan memberikan sokongan dan sorakan kepada sesuatu pasukan yang bertanding dalam acara sukan. Kerja berpasukan pula bermaksud menyelesaikan sesuatu tugasan secara berkumpulan atau berpasukan. Contohnya, buletin tahunan itu berjaya diterbitkan dengan cemerlang hasil kerja berpasukan yang melibatkan editor, wartawan, penulis, pereka bentuk, jurufoto, dan pencetak. Tajuk kursus: 1. Kursus Membentuk Pasukan Kerja yang Beretika dan Berintegriti – bermaksud kursus yang diadakan untuk memberikan panduan cara-cara membina dan membentuk satu pasukan kerja yang beretika dan berintegriti. 2. Kursus Peraturan Kerja Berpasukan yang Beretika dan Berintegriti - bermaksud kursus yang diadakan untuk menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi dalam kerja berpasukan yang beretika dan berintegriti. | Makna | 12.02.2014 |
Assalamualaikum,saya ingin bertanya tentang komen tuan berkenaan 6 ayat dibawah,adakah betul penyusunan,penggunaan "dan" dan "dalam",serta penggunaan koma.jika salah,saya mohon pencerahan dan ayat yang betul. 1-ke arah menjadi sebuah syarikat yang kompeten,berintegriti,dan antara yang terbaik menjelang 2030. 2-memastikan setiap perkhidmatan dan produk yang ditawarkan berkualiti dan bermutu. 3-konsisten dalam melaksanakan kajian dalam usaha penambahbaikan dan meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan. 4-memberi komitmen yang terbaik kepada para pelanggan,pelabur dan rakan kongsi. 5-memanfaatkan penggunaan teknologi terkini dalam penghasilan produk dan perkhidmatan. 6-memasarkan dan memperkenalkan produk secara aktif dan konsisten | Waalaikumussalam, Penggunaan "dan", "dalam" dan tanda koma dalam 6 ayat yang diberi adalah betul. Cuma berikan jarak selepas tanda koma. | Lain-lain | 14.10.2016 |
Yang mana betul. Badan Kepimpinan Pelajar atau Badan Kepemimpinan Pelajar. Ke arah KEPIMPINAN yang berkualiti dan berintegrasi atau Ke arah KEPEMIMPINAN yang berkualiti dan berintegrasi. | Kedua-dua istilah iaitu kepimpinan dan kepemimpinan ialah padanan bahasa Melayu untuk "leadership". Penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat. Kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Manakala kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin.Contoh ayat: i. Kepimpinan melalui teladan. ii. Tun Mahathir berusaha membawa corak kepemimpinan yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin sebelumnya. Jawapan: i. Badan Kepimpinan Pelajar ii. Ke Arah Kepimpinan yang Berkualiti dan Berintegriti iii. Perkataan “Integrasi” tidak sesuai digunakan dalam frasa ini kerana mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan “Integrasi” membawa maksud bergabung dan berpadu.
| Tatabahasa | 19.02.2020 |
Putera Pg Azlan Sep 30th, 1:42pm Assalammualaikum yang berbahagia Datuk, saya Wan Amir Azlan Bin Wan Haniff dari UUM, salah seorang peserta Program pembinaan Bakat Siswa... seperti yang tuan sudah sedia maklum mengenai surat semalam, saya ingin respons dengan berharap agar perkara ini dapat disiasat dengan teliti Tuan, bukan niat saya untuk mengeruhkan keadaan memandangkan program ini telah pun berakhir, saya cuma berharap agar selepas ini ia tidak berlaku lagi, dan untuk makluman tuan, saya telah bersedia 5 bulan lamanya untuk pertandingan ini dan setiap persediaan tersebut mempunyai harga yang perlu pihak kami bayar untuk jayakannya ditambah pula jarak universiti kami yang sangat jauh. kami cuma berharap pertandingan ini dapat diadili dengan lebih adil dan teliti tanpa ada miring kepada mana2 pihak. .. Saya meminta maaf jika saya tersilap kata, segala kerjasama tuan sangatlah saya hargai.. | Syabas atas pelibatan dan komitmen tuan dalam Program Bakat Siswa. Semua peserta layak untuk menang tetapi hanya seorang yang akan dipilih sebagai pemenang, iaitu peserta yang mempunyai markah tertinggi dalam kumplan tersebut. Perlu diingat, panel hakim yang dipilih adalah dalam kalangan mereka yang berwibawa dan berintegriti. Walau bagaimanapun, untuk sebarang aduan, tuan boleh menghubungi pihak urus setia di Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, di talian 03-21479222/9216/9217 atau e-mel aduan kepada Ketua Bahagian Puan Siti Aisah Murad di talian aisah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 30.09.2014 |
Selamat tengahari, saya inging meminta bantuan untuk memeriksa terjemahan visi, misi dan nilai-niali teras seperti yang di lampirkan. | 1. Menjadi peneraju kecemerlangan pada peringkat global dalam penjagaan kardiovaskular dan torasik. 2. Kami berusaha untuk menyediakan tahap penjagaan yang berkualiti dan selamat dengan mengutamakan kehendak pesakit. 3. Kami beriltizam untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan cemerlang. 4. Kami akan menerajui bidang penyelidikan, pembangunan dan latihan untuk membangunkan tahap keupayaan penjagaan kardiovaskular dan torasik. 5. Kami akan menjadi majikan terbaik yang sentiasa meningkatkan keupayaan anggota untuk memajukan organisasi dan kerjaya. 6. Objektif kami adalah untuk memastikan kedudukan kewangan kami berdaya tahan. 7. Kami ialah anggota profesional yang melaksanakan tugas dengan jujur, berintegriti dan bertanggungjawab ke atas tindakan kami. 8. Kami akan sentiasa menyesuaikan diri dan berusaha untuk membangunkan organisasi dan menimba ilmu pengetahuan serta mencari penyelesaian yang inovatif. 9. Kami akan bersungguh-sungguh untuk memastikan setiap aktiviti yang dilakukan berkualiti. 10. Kami beriltizam untuk memastikan kejayaan dan sumbangan IJN dalam bidang perubatan dan kemasyarakatan. 11. Kami sentiasa mempunyai satu tujuan; dan bekerja sebagai satu pasukan dengan penuh hormat dan saling mempercayai. 12. Kami melayan pelanggan dengan harapan dapat memenuhi keperluan mereka. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.11.2017 |