Tuan/Puan, Minta beri nasihat bagi ayat-ayat di bawah: 1."Tolong belikan ibu sesarang telur." Penjodoh bilangan "sesarang" ialah berapa biji?adakah lebih 10 biji?? 2."Pak Pandir sering berangan-angan untuk ____anak raja." A. beristeri B diperisteri C beristerikan D memperisteri Jawapan diberi dalam buku rujukan ialah ""C.beristerikan" Minta jelaskan apa perbezaan penggunaan "beristerikan" dengan penggunaan "memperisteri". Adakah "memperisteri" juga boleh diterima sebagai jawapan? 3."Kita haruslah menjaga ____di hadapan orang tua." A.tatacara B tatatertib C tatanegara D tatabahasa Jawapan yang diberi dalam buku rujukan ialah "tatatertib", tetapi bolehlah jawapan "tatacara" boleh diterima? Terima kasih. | 1. Sesarang telur dinisbahkan kepada bekas mengisi telur. Sesarang telur bukanlah penjodoh bilangan dan jumlahnya bergantung pada muatan bekas tersebut. 2. "Pak Pandir sering berangan-angan untuk memperisteri anak raja." Beristerikan bermaksud mempunyai seseorang sbg isteri, memperisteri bermaksud mengahwini. 3. "Kita haruslah menjaga tatatertib di hadapan orang tua." Tatacara ialah peraturan yang berakitan dengan pentadbiran. | Tatabahasa | 23.08.2016 |
Ingin bertanya maksud peribahasa: AYAM DI KEPUK MATI KELAPARAN, ITIK DI AIR MATI KEHAUSAN | Antara maksud peribahasa ini ialah sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur. | Makna | 30.04.2009 |