Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ris.ti.ra.hat]/[ber.is.ti.ra.hat] | براستراهة

Definisi : berhenti drpd melakukan sesuatu utk menghilangkan penat lelah, berehat: waktu ~ telah datang; dia akan ~ selama enam bulan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ris.ti.ra.hat]/[ber.is.ti.ra.hat] | براستراهة

Definisi : berhenti drpd melakukan sesuatu utk melepaskan lelah atau penat; berehat: Selepas tiga jam berlatih, mereka ~ setengah jam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
istirahat
Kata Terbitan : beristirahat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hai, Adakah penggunaan tanda seru untuk penegasan ayat di bawah adalah betul? Terima Kasih! Selamat beristirahat! Terbaik! Hebat! Mantap!Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak! 

Penggunaan tanda seru yang lazim untuk penegasan perkataan berikut ialah:

Terima Kasih.
Selamat beristirahat.
Terbaik!
Hebat!
Mantap!
Lain-lain29.06.2021
Tuan, merujuk(Kamus Dewan Edisi Keempat), definasi bagi tempat peranginan bermaksud beristirahat atau berangin-angin (rumah atau bahagiannya); 2. = tempat ~ = kawasan ~ tempat utk ber­istirahat yg biasanya agak jauh dr bandar (spt di tepi pantai, di puncak bukit, dsb). Di sini, saya ingin tahu, zoo adakah juga termasuk sebagai tempat peranginan? Minta pencerahan. Terima kasihBerdasarkan Kamus Pelajar, tempat peranginan bermaksud  tempat orang pergi berehat (di tepi pantai dan lain-lain). Secara tidak langsung zoo juga merupakan tempat untuk berehat, namun penggunaan yang lebih tepat ialah tempat pelancongan.Tatabahasa04.09.2021

Kembali ke atas