Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.ta] | بريتا

Definisi : 1. maklumat mengenai sesuatu kejadian (peristiwa, diri sendiri, dll) yg disampaikan (sama ada secara lisan atau dgn surat dsb), khabar, warta: semenjak itu tidak pernah saya lihat wajah suami saya, malah mendengar ~nya pun tidak pernah; 2. siaran atau penyampaian berita (melalui televisyen atau radio); ~ acara laporan berkenaan sesuatu perkara; ~ angin khabar yg belum pasti, desas-desus; ~ kawat berita yg diterima melalui kawat (telegram); ~ negara majalah kerajaan yg rasmi; ~ perdana berita yg disiarkan pd waktu siaran yg dianggap terpenting (kerana ramai dijangka mendengar radio atau menonton televisyen pd waktu itu); ~ sepekan majalah mingguan;berberita sl mengkhabarkan, memberitahukan: setelah Sultan Abdul Jamal mendengar titah Laksamana itu, maka titah baginda: “Siapa yg ~ ke Melaka?”;memberitakan mengkhabarkan, melaporkan, memberitahukan: Jepun ~ bahawa kapalnya itu sudah tenggelam;pemberitaan 1. perihal mengkhabarkan: kami pelajari cara-cara ~ akhbar itu; 2. maklumat, laporan, siaran: kami berterima kasih atas ~mu; 3. ark laporan mengenai sesuatu perkara;pemberita orang yg memberitakan, juruberita, juruwarta: Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui oleh ~-~ akhbar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.ta] | بريتا

Definisi : laporan ttg sesuatu hal; khabar: ~ ttg perundingan mereka di rumah Siti Fatimah telah sampai kpd Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar. memberitakan membuat laporan ttg sesuatu; mengkhabarkan: Surat khabar itu ~ bahawa persidangan tiga negara itu terpaksa ditunda. pemberitaan perihal atau perbuatan memberitakan. pemberita orang yg memberitakan atau yg membuat laporan ttg sesuatu: Sekembalinya dr Mekah, beliau telah dikerumuni oleh ~-~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berita

Puisi
 

Sayang buah pulang ke laut,
     Khabar berita saya turut;
Bunga hadiah saya menyambut,
     Tutur belia saya menurut.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Memecah tuba.

Bermaksud :

Menyiarkan berita yang mencemaskan orang mendengarnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
I Jawatan pengurus yang disandang oleh Encik Kamal dalam syarikat itu sekadar panas kerusi sahaja kerana dia tidak berusaha untuk memajukannya. II Bayi itu menangis semalam-malaman kerana menghidap deman panas. III Dalam usaha melariskan jualannya, pihak akhar akan menyiarkan berita-berita panas pada muka hadapan. IV Sikap panas baran perlu dielakkan oleh setiap orang bagi mengelakkan pertelingkahan. Soalan saya ialah mengapakah perkataan panas tidak tepat dalam ayat I? Jika salah, apakah kesalahannya? terima kasihDalam ayat I, penggunaan kata panas tidak betul atau tidak gramatis kerana kata tersebut seharusnya menerima imbuhan meN menjadi memanaskan kerusi bukan panas kerusi. Tatabahasa14.06.2008
brehing newscadangan - berita tergempar/ berita mutakhirIstilah15.11.2008
apakah definisi wawancara,wawancara berita dan wawancara rencana?apakah format wawancara berita dan wawancara rencana? apakah perbezaan di antara wawancara berita dan wawancara rencana?Wawancara ialah temu bual antara wartawan dengan orang yang terkenal berkenaan sesuatu perkara. Wawancara berita atau rencana bermaksud baha yang disiarkan adalan dalam bentuk temu bual antara wartawan dengan seseorang tokoh. Beza antara wawancara berita dengan wawancara rencana ialah dalam berita disiarkan secara langsung atau tertunda melalui media elektronik, manakala dalam wawancara rencana disiarkan dalam media cetak. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku-buk bidang kewartawanan.Makna25.02.2007
Kebanyakan penutur BM, termasuk pembaca berita sering tersilap menggunakan kata UNTUK bagi menggantikan perkataan SELAMA; Contoh Kursus itu diadakan untuk dua minggu, sedangkan sepatutnya; Kursus itu diadakan selama dua hari. Dalam hal ini, saya sering tertanya-tanya, adalah para pembaca berita ini bercakap secara spontan atau ada skrip. Satu lagi stesen radio sering menggunakan kata kerja yang tak gramatis kerana tidak membubuh imbuhan me...i, me.....kan. Apakah pandangan pihah DBP dalam hal ini?Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pembaca berita membacakan berita berpandukan skrip yang disediakan. Sepatutnya berita tersebut dihasilkan dalam bahasa yang betul dan disampaikan dengan bahasa dan cara yang betul termasuklah dari aspek sebutan dan jeda antara satu berita dengan berita yang lain. Tatabahasa10.04.2012
Saya mahasiswa YIU ingin bertanya,bagaimana cara membacabaca berita yang baik.Cara membaca berita yang baik ialah pembaca berita perlu menggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, sebutan dan jeda yang betul.Lain-lain14.07.2010
Ayat: Adib tidak mengirim berita sudah lama kepada ibu bapanya di kampung. Soalan: Frasa "tidak mengirim berita sudah lama" adakah tepat/betul struktur ayatnya? -soalan ujian BM Selaras ZPWPKL Tahun 6 2011.

Frasa yang paling tepat ialah "sudah lama tidak mengirimkan berita".  

Tatabahasa20.05.2011
Pembaca berita RTM menyebut RM20.00 begini: Ringgit Malaysia dua puluh ringgit. Bukankah sebutan yang tepat ialah dua puluh ringgit (tanpa Ringgit Malaysia)? Hal ini sama seperti kita menyebut dua puluh bath, dua puluh rupiah dan dua puluh rial. Mohon penjelasan.

Dalam penulisan, yang betul ialah  ( Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ringgit Sahaja) tetapi dalam pertuturan, lazimnya disebut  dua puluh ringgit. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bank Negara  Malaysia atau Kementerian Kewangan.

Lain-lain19.09.2009
Saya nak tanya sama ada kedua-dua ayat di bawah boleh diterima atau tidak. a) Saya berasa sungguh gembira setelah mendengar berita itu. b) Saya sungguh gembira setelah mendengar berita itu.Ayat 'Saya berasa sungguh gembira setelah mendengar berita itu.' betul dan mematuhi tatabahasa bahasa Melayu.Tatabahasa26.02.2007
Salam, Saya terbaca berita berkaitan Akademi Latihan DBP dalam Berita Harian baru-baru ini. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai akademi berkenaan, lokasi, kursus yang ditawarkan, durasi, kos dan kelayakan untuk mengikuti kursus di situ. Terima kasih.Semua urusan mengenai Akademi Latihan DBP sedang diuruskan mengikut perancangan.Maklumat yang anda perlukan belum boleh di maklumkan secara rasmi.Pengurusan DBP akan mengumumkan apabila semua urusan yang berkaitan sempurna di laksanakan.  Lain-lain15.02.2008
1) Perkataan Seerti dengan berita. 2) Apa maksud wacana ilmu.perkataan seerti berita ialah pengumuman, perkhabaran. pemakluman dan wacana ialah1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur kritikan sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~ sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak; ------- ilmuMakna03.12.2007
12345678910...

Kembali ke atas