Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.ta.hu] | بريتاهو

Definisi : ; memberitahu memberi khabar kpd seseorang supaya tahu, memaklumi: ia ~ tiap-tiap orang tempat penginapan masing-masing; memberitahukan memberitakan, memaklumkan: ia tidak ~ hal ini kpd sesiapa pun;pemberitahuan 1. perihal memberitahukan, perbuatan (tindakan dsb) memaklumkan (mengumumkan dsb); 2. maklumat, kenyataan, pengumuman: ~ mesyuarat agung Persatuan Linguistik Malaysia; pemberitahu orang yg memberitahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.ta.hu] | بريتاهو

Definisi : ; memberitahu menyebabkan seseorang mengetahui sesuatu (berita, khabar dll); memaklumkan kpd; melaporkan kpd: Dia ~ saya bahawa isterinya telah meninggal. memberitahukan menyampaikan atau melaporkan sesuatu (berita dsb): Dia ~ kemalangan jalan raya itu kpd pihak polis. pemberitahuan 1 perbuatan (hal dsb) memberitahu atau memberitahukan; pengumuman. 2 pernyataan utk memberitahu; maklumat. pemberitahu orang atau pihak yg memberitahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beritahu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sila beritahu penggunaan cepat dan pantas.contohnya, berjalan dengan pantas atau berjalan dengan cepat. Membuat kerja dengan cepat atau membuat kerja dengan pantas.Yang mana satu ayat betul?

Cepat ialah 1. laju, deras, kencang, pantas (bkn gerakan, waktu, kejadian, dll): langkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke sekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan lebih dahulu; ~ marah lekas marah;~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan;

Pantas pula bermaksud 1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya; ~ mulut pandai (bijak) bercakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri;

Oleh itu, frasa berjalan dengan cepat/pantas atau membuat kerja dengan cepat/pantas betul dan boleh digunakan.

Lain-lain10.07.2010
Tolong beritahu mana yang betul. Terima kasih. Ali menyimpan buku di dalam almari. Ali menyimpan buku ke dalam almari.Ali menyimpan buku di dalam almari.Tatabahasa07.11.2008
Hello! Boleh beritahu cara menanya yang betul? "Apa ini? atau "Ini apa?" Terima kasih.Kedua-duanya betul.Tatabahasa05.09.2012
DBP, sila beritahu saya jika perenggan karangan ini mempunyai kesalahan.Lihat LampiranTatabahasa16.06.2011
1. sila beritahu nama bahasa malaysia bagi bentuk Oval dan Oblong. Nama bujur sesuai digunakan untuk bentuk apa? 2. diamond shape- dipanggil sebagai apa? nama bentuk intan boleh digunakan?

Encik Logeswari,

Oval diterjemahkan sebagai bujur. Oblong sebagai segi empat panjang. Diamond shaped ialah potong wajik bukan bentuk intan.

Istilah25.06.2010
boleh tak beritahu tentang permainan sepak raga...
Lipat Maut Sepak RagaCliff Akid Kamijan AbdullahDewan Budaya01/06/2000
Lain-lain14.03.2008
boleh tak beritahu saya format surat rasmi ke kerabat dirajaFormat surat rasmi kepada kerabat diraja adalah sama sebagaimana format surat rasmi yang biasa. Dalam menyediakan surat rasmi kepada kerabat diraja, penulis hendaklah menggunakan kata-kata bahasa istana, beretika, dan santun. Sila rujuk pihak istana bagi mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain29.02.2008
mana satu yang betul bagitahu atau beritahu?Bagitahu merupakan bahasa pasar ataupun bahasa percakapan manakala beritahu merupakan bahasa rasmi.Tatabahasa30.03.2013
Salam sejahtera, bolehkah beritahu saya berapa jenis monolog yang terdapat dalam penulisan novel? Juga, bolehkah terangkan kepada saya perbezaan di antara monolog dan monolog dalaman?

Monolog ialah pertuturan kepada diri sendiri sama ada  boleh disuarakan atau diucapkan dalam hati. Tidak ditujukan kepada orang lain dan tidak memerlukan reaksi ataupun jawapan daripada orang lain. Monolog hanya dua sahaja iaitu monolog dan monolog dalaman.

Monolog (disuarakan) “ Sabarlah ayah, emak. Hajat ayah dan emak mahu nenek hendak naik haji pasti Aris tunaikan,” bisik Aris perlahan dengan wajah yang diseliputi awan kerisauan.

Monolog (dalaman/diucapkan dalam hati) “ Inilah agaknya erti kasih antara anak dan ibu,” detak hati kecil Rina. Tanpa disedarinya, air matanya mengalir di pipinya yang gebu.

Sastera26.07.2012
Harap pihak tuan dapat beritahu yang manakah pernyataan berikut betul? 1)... sama ada peringkat Asia mahupun peringkat antarabangsa... 2)... sama ada di peringkat Asia mahupun peringkat antarabangsa... 3)... sama ada di peringkat Asia mahupun di peringkat antarabangsa...Yang betul ialah sama ada pada peringkat Asia mahupun peringkat antarabangsa.Tatabahasa26.04.2010
1234567

Kembali ke atas