Cikgu, saya ada kekeliruan bahawa adakah imbuhan kata kerja pasif ber- dan di- sama? Contoh ayat: 1. (a) Baju itu berjahit dengan benang sutera. (b) Baju itu dijahit dengan benang sutera. 2. (a) Surat anaknya belum berjawab. (b) Surat anaknya belum dijawab. Jika ada perbezaan, apanya? Minta tuan terangkan. Terima kasih! | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 29.05.2014 |
Selamat pagi... 1. Bagaimanakah cara menyebut perkataan "tragedi" dan "teknologi" ? Adakah sebutannya tragedi atau trajedi ? Adakah sebutannya teknologi atau teknoloji ? 2. Adakah perkataan "berjawab, berjahit, berbasuh" termasuk dalam kategori kata kerja pasif ? Contoh ayat : Bajunya belum berbasuh. | Sebutan yang betul ialah tra-ge-di, tek-no-lo-gi. Perkataan tersebut kata pasif. | Lain-lain | 31.01.2010 |
Bagaimanakah untuk membezakan imbuhan ber untuk kata kerja tak transitif dan ber untuk kata kerja pasif?Adakah yang di bawah betul? i. Penduduk di situ dinasihati agar mematuhi arahan pihak berkuasa supaya berpindah pada bila-bila masa. Bolehkah ayat tunggal pasif dan ayat tunggal aktif digabungkan dalam satu ayat majmuk? | Contoh imbuhan ber dalam ayat aktif ialah saya berjalan ke sekolah, manakala dalam ayat pasif ialah baju itu belum berjahit. i. Ayat tersebut betul dari segi tatabahasa. | Tatabahasa | 29.07.2010 |