YANG MANA BETUL DAN TEPAT: 1. PROSES PENYIAPAN BERJALAN LANCAR 2. PROSES MENYIAPKANNYA BERJALAN LANCAR | Proses persiapan berjalan lancar yang tepat dan betul. Harap maklum. | Tatabahasa | 12.12.2007 |
berjalan lancar atau berjalan dengan lancar? | Berjalan lancar atau berjalan dengan lancar, kedua-duanya betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 10.03.2010 |
Siapakah yang bertanggungjawab memastikan capaian internet agar berjalan lancar? | Bahagian yang bertanggungjawab memastikan capaian internet agar berjalan lancar ialah Bahagian Sistem Maklumat, DBP. | Lain-lain | 22.06.2009 |
Maksud perkataan pemantauan | Pemantauan berasal daripada kata 'pantau'yang bermakna memantau, melihat, mengawasi dan mengatur usaha atau tindakan supaya sesuatu (kegiatan, tugas dsb) berjalan lancar: Pihak atasan sentiasa memantau projek penting itu agar terlaksana mengikut jadual. pemantauan perbuatan atau tindakan memantau: Pemantauan terhadap projek penting itu sentiasa dibuat. pemantau 1 orang atau pihak yg memantau: Pasukan pemantau sedang sibuk menjalankan tugas mereka. 2 alat yg digunakan utk memantau: Mesin itu merupakan pemantau degupan jantung. Oleh itu, kata pemantauan bermakna perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. | Makna | 06.10.2010 |
bagaimanakah perancangan bahasa melayu moden dijalankan di malaysia... | Perancangan bahasa adalah usaha dan tindakan yang dilakukan untuk menentukan sistem komunikasi verbalnya, yakni yang menggunakan bahasa, berjalan lancar dalam segala bidang kehidupan terutamanya dalam bidang pendidikan dan ekonomi dan tidak kurang pentingnya dalam bidang penyatuan negara. Perancangan bahasa keseluruhannya melibatkan dua tahap, iaitu penentuan dan pembinaan. Ia berkait juga dengan aspek bimbingan. Untuk maklumat yang terperinci, sila rujuk buku Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Melayu oleh Prof. Asmah Haji Omar | Lain-lain | 30.09.2006 |
Bolehkah dirumuskan bahawa perkataan berimbuhan ber yang disusuli dengan keterangan keadaan kata kerja itu digugurkan kata depan dengan? Contohnya, berjalan lancar, berfungsi baik, berlari pantas, berkelakuan baik( di mana dengan telah dugugurkan) | Frasa berkenaan boleh digunakan, hal ini ada diterangkan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 291 di bawah tajuk Kata Adverba, contoh yang lain berjalan laju dan bertiup kencang. | Tatabahasa | 16.12.2011 |
tolong berikan pengertian frasa berikut bagi tujuan gubalan: 1) tidak berada dalam keadaan baik 2) tidak ditentusahkan | 1. Tidak berada dalam kedaan baik bermaksud keadaan sesuatu objek/orang/projek/kenderaan dan sebagainya, yang tidak begitu sempurna, tidak sihat atau tidak berjalan lancar. 2. Tidak ditentusahakan bermaksud tahap/keadaan/peringkat/perkembangan sesuatu itu yang belum disahkan kedudukannya. | Makna | 13.04.2007 |
Adakah perkataan lancar digunakan dengan betul? 1. Aktiviti itu berjalan dengan lancar. 2. Dia boleh bercakap dengan lancar. 3. Perjalanan ke kampung itu lancar. 4. Kereta itu bergerak dengan lancar. | Kamus Dewan Edisi Keempat, mentakrifkan perkataan lancar sebagai terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll), fasih (hafaz) benar, laju, tidak tersangkut-sangkut: bacaannya ~; bas itu berjalan dgn ~nya; ~ kaji kerana diulang prb kepandaian dan kemahiran didapati kerana selalu berlatih. Oleh itu, berdasarkan keterangan tersebut, contoh ayat 1-4 yang saudara kemukakan itu betul. | Tatabahasa | 11.03.2010 |
senaraikan kesan yang dihadapi apabila tidak mengagungkan bahasa yang baik | Apabila tidak menggunakan bahasa yang baik komunikasi tidak dapat berjalan dengan lancar kerana mesej tidak dapat disampaikan atau tidak difahami. Kemungkinan berlaku salah faham atau salah tafsiran kepada kenyataan yang dibuat. Ini boleh menyebabkan tindakan atau maklum balas tidak dapat dibuat kerana mesej tidak sampai atau tidak jelas. | Lain-lain | 10.10.2006 |
apakah maksud ditala? | Kata terbitan 'ditala' ialah daripada kata akar tala, bermaksud: 1. menentukan bunyi (alat muzik dan sebagainya) dengan nada yang bersesuaian; dan 2. melaraskan pergerakan enjin (motor dan sebagainya) supaya berjalan dengan lancar. Tala juga membawa maksud: tala II : Pr ibu kunci, mangga, gepuh-gepuh, pedal ayam. tala III: menala memukul dgn tangan tergenggam. tala IV: hala, arah. | Makna | 12.12.2012 |