1. lalang ditiup angin? Apakah maksud peribahasa tersebut terima kasih 2. Sila tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasit. "Berjam-jam dia menangis kematian anaknya dalam kemalangan itu." terima kasih | 1.Maksud peribahasa tersebut ialah orang yang mempunyai pendirian yang tidak tetap. 2. Kematian anaknya dalam kemalangan itu ditangisi olehnya berjam-jam. | Tatabahasa | 10.03.2010 |
Apa bezanya dari segi penggunaan perkataan hangat dan panas? Contoh ayat: Sudah berjam-jam dia berdiang namun badannya masih tidak menjadi hangat/panas? Terima Kasih | Untuk ayat ini perkataan yang sesuai ialah hangat. Sila lihat Kamus Dewan Edisi Keempat. panas | 1 bersuhu tinggi; hangat: Makanan itu masih ~; air ~ air yg dimasak dan masih tinggi suhunya. 2 cahaya matahari yg terik: Jangan suka bermain di tengah ~. hujan ~ hujan yg turun ketika matahari bersinar. 3 (sesuatu) yg bersuhu tinggi; (sesuatu) yg terasa hangat: ~ badannya tidak boleh dibiarkan. 4 ki sangat marah atau meradang: Mendengar makian itu, hatinya menjadi ~. 5 ki masih baru; belum lama berlakunya: Apa berita ~ hari ini? ~ baran (darah) lekas meradang. ~ hati sangat marah atau sangat benci. ~ rezeki susah mendapat rezeki. ~ terik panas benar (bkn cuaca). panas-panas masih panas; masih baru. berpanas berada dlm panas matahari; berjemur: Setiap hari mereka terpaksa ~ dan berhujan utk mencari rezeki. memanasi menjadikan panas: Bahang unggun api ~ badannya. memanaskan 1 menyebabkan menjadi panas: Utk ~ badan, mereka terpaksa memakai pakaian yg tebal-tebal. 2 ki menyebabkan menjadi marah atau meradang: Kedegilannya itulah yg ~ hati saya. kepanasan 1 keadaan panas: ~ seterika itu dpt diubah-ubah dgn memutarkan alat penetap suhunya. 2 kena panas; menderita panas: Dia ~ kerana duduk berhampiran dgn unggun api. pemanasan proses atau perbuatan memanaskan: Kandungan air ialah faktor penting dlm proses penyimpanan, ~ dan percambahan biji benih. pemanas alat utk memanaskan sesuatu: ~ elektrik pemanas yg menggunakan kuasa elektrik. | hangat | 1. panas api (bukan panas matahari): air ~; besi ~; 2. terlebih timbangan drpd yg sebenarnya: timbangannya biar ~ jangan kurang; 3. meriah, seronok: ia mendapat sambutan ~; 4. tidak tenang atau tenteram, genting, tegang (suasana politik dll): kedudukan politik negara kembali ~; perdebatan yg ~; 5. masih baru lagi berlaku dsb (berita, peristiwa, dll), panas: berita yg ~; buku yg masih ~; 6. berapi-api, penuh semangat: pidato yg ~; ~ dingin kegembiraan dan kesusahan; ~ hati a) sangat marah; b) girang hati; hangat-hangat 1. bp sementara masih hangat (panas): nasi itu elok dimakan ~; 2. hangat (panas) spt yg dapat dirasai pd (oleh) sesuatu: ~ kuku tidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku; ~ tahi ayam prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan); berhangat membiarkan badan kena panas, berpanas: di halaman gedung, orang yg tidak kebagian tempat dlm ruangan, ~ dlm panas matahari; menghangat menjadi hangat (tegang); rapat ~ perjumpaan menjadi tegang; tidak ~ mendingin tidak menggembirakan atau menyusahkan; menghangati ark 1. memanaskan (nasi yg sudah dingin dll); 2. menggembirakan: Buenos Aires yg sejuk sentiasa dihangati oleh irama rumba dan tango; menghangatkan 1. = memperhangat men- jadikan hangat (panas), memanaskan: ~ nasi dan lauk-lauk; berdiang utk ~ badan; 2. menjadikan hangat (meriah, seronok), memeriahkan, menyeronokkan: tepuk sorak dan nyanyian orang ramai ~ lagi suasana pesta pd malam itu; 3. ki menjadikan hangat (tegang, genting), menegangkan, menggentingkan: isu-isu yg sensitif telah ~ perdebatan pd hari itu; memperhangat menjadikan lebih hangat; kehangatan 1. perihal hangat (panas), kepanasan; 2. kena hangat (panas); 3. terlalu hangat; 4. perihal hangat (meriah), kemeriahan; 5. perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan: ~ perdebatan itu meresahkan orang ramai. | | Makna | 21.06.2014 |
kenapa susah sangat untuk menggunakan perkhidmatan dalam Talian....Saya hanya ingin membuat semakkan bahasa pada papan Iklan saya...Saya menghabiskan masa berjam jam bagi tujuan tersebut...Sila mudahkan cara yang lebih ke arah mesra pelanggan.terima kasih | Untuk makluman tuan, SOP Khidmat Pengesahan Bahasa DBP secara dalam talian ialah 3 hari bekerja dan bagi Semakan Kedua dan Seterusnya bermula dari tarikh/masa pelanggan mengemas kini permohonan. Selain daripada pengesahan bahasa dalam talian (on-line), saudara juga boleh mendapatkan pengesahan bahasa di Kaunter Khidmat Bahasa di Aras Lobi, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Waktu perkhidmatan kaunter adalah seperti yang berikut: Hari Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 4.30 petang Hari Jumaat: 9.00 pagi - 12.15 tengah hari dan 2.45 petang - 4.30 petang (kecuali hari Sabtu, Ahad dan hari Kelepasan Am) | Lain-lain | 15.07.2019 |