Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.wab] | برجواب

Definisi : ada jawabnya, berbalas, disahuti: pertanyaannya masih belum ~ lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ja.wab] | برجواب

Definisi : ada jawabnya; berbalas: Soalan itu tidak ~ kerana ia sudah mula menangis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jawab
Kata Terbitan : berjawab, menjawab, jawapan,

Peribahasa

Kata berjawab,
     gayung bersambut.

Bermaksud :

Serangan ditangkis, kata dijawab; baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Gayung bersambut, kata berjawab).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum & selamat pagi, (Soalan saya pada 16/1/18 masih belum berjawab) Apa beza kata tunggal dan kata dasar? Sefaham saya, kata tunggal ialah kata yang tidak menerima sebarang imbuhan. Contohnya seperti: pergi, bendera, hinggap, singgah. Manakala kata dasar pula sefaham saya ialah kata yang dasar bagi perkataan yang menerima imbuhan. Namun, dalam buku teks SJK BM Tahun 2, ditulis contoh bagi kata dasar ialah masak, agama. Contoh bagi kata tunggal pula ialah cat, krim, ambil, suara dan suka. Boleh pihak tuan/puan jelaskan? Terima kasih.Kata dasar ialah kata akar atau kata terbitan yg dpt diberi imbuhan. Kata tunggal bermaksud bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain.Tatabahasa22.01.2018
Salam sejahtera, Soalan saya bertarikh 20/7/2019 dan 5/8/2019 masih belum berjawab. Harap pihak tuan/puan dapat memberikan maklum balas dengan segera. Terima kasih.Kami ambil maklum masalah ini dan akan memberikan maklum balas dengan segera. Harap maaf.Lain-lain19.08.2019
Salam1Bahasa, 1. Apakah maksud program "1Million Women Purple Walk" dalam bahasa Melayu? 2. Soalan saya yang belum berjawab pada 7.2.2013, iaitu Yang manakah yang betul: a) badak sumatera ATAU badak Sumatera b) kucing parsi ATAU kucing Parsi c) kembar siam ATAU kembar Siam d) nasi kerabu Golok ATAU nasi kerabu golok Terima kasih.1. Dala data kami tiada terjemahan khusus bagi program "1miliion Women Purple Walk". Walau bagaimanapun, cadangan kami mengikut konteks tujuan penganjuran program tersebut ialah Rintis Perpaduan Sejuta Wanita.

2. Ejaan yang betul ialah kembar Siam, kucing Parsi, kembar Siam, nasi kerabu Golok.
Tatabahasa29.03.2013
IKLAN SAYA TIDAK LULUS,SAYA HENDAK MENMINTA BANTUAN DARI DBP.Kami telah menghubungi tuan melalui nombor yang ada, namun tidak berjawab. Sila hubungi kami semula melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan kemukakan nombor pendaftaran iklan tuan untuk semakan kami.Lain-lain24.11.2015
Selamat pagi... 1. Bagaimanakah cara menyebut perkataan "tragedi" dan "teknologi" ? Adakah sebutannya tragedi atau trajedi ? Adakah sebutannya teknologi atau teknoloji ? 2. Adakah perkataan "berjawab, berjahit, berbasuh" termasuk dalam kategori kata kerja pasif ? Contoh ayat : Bajunya belum berbasuh.

Sebutan yang betul ialah tra-ge-di, tek-no-lo-gi. Perkataan tersebut kata pasif.

Lain-lain31.01.2010
Masalah dalam membuat permohonan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP untuk iklan kerana menu Pilih jenis "iklan" tidak respon bila di klik. Saya cuba hubungi no.telefon di brosur Khidmat Pengesahan Bahasa untuk bantuan tetapi ketiga2 nombor tidak berjawab. 03-21479108, 03-2147 9109, 03-21479110. Saya rasa sistem atas talian DBP ini tidak cekap berbanding sistem agensi lain.Kami memohon maaf atas kesulitan yang tuan hadapi. Untuk aduan hal teknikal laman web dan portal kami, tuan boleh hubungi pegawai teknikal DBP melalui talian 03-21479373.Lain-lain17.11.2015
Cikgu, saya ada kekeliruan bahawa adakah imbuhan kata kerja pasif ber- dan di- sama? Contoh ayat: 1. (a) Baju itu berjahit dengan benang sutera. (b) Baju itu dijahit dengan benang sutera. 2. (a) Surat anaknya belum berjawab. (b) Surat anaknya belum dijawab. Jika ada perbezaan, apanya? Minta tuan terangkan. Terima kasih!Kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa29.05.2014
Mkhairi Hassan MON 10:17 Mkhairi Hassan Mkhairi assalamualaikum.. ingin bertanya... Pengarah Penerbit UTM diundang ke majlis Titah Diraja...Jika diwakilkan kepada Pegawainya .. bole ke? saya cuba hubungi no yang ada di dalam kad undangan... tetapi smua tidak berjawab... terima kasihSila hubungi urus setia melalui talian 03-2147 9126/9127/9128.Lain-lain03.10.2016
Awin Counsel Jan 29th, 11:30am Assalamualaikum tuan puan..sy nak tnye talian 03-21479109/08/10 ade ke x? Sy call dr semalam tak berangkat..mohonn berkerja dgn telus laUntuk makluman tuan, kami tidak akan membiarkan talian tidak berjawab melainkan pegawai berkenaan tidak berada di tempatnya seperti bertugas di luar, mesyuarat dan berkursus.Lain-lain29.01.2015
Encik Sulaiman. Saya pernah menghantar e-mel kepada DBP tapi tak jawab. Soalannya " Ada tak perkataan graduat dalam B. Melayu sebab saya nampak ada institusi guna. Saya tahu kita patut guna perkataan "Siswazah". Harap mendapat jawapan kali ini. Satu lagi kenapa semua talian talipon tidak berjawab.Perkataan graduat tidak ada dalam bahasa Melayu, padanan yang betul untuk graduate ialah siswazah.Istilah11.11.2009
12

Kembali ke atas