Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.wa.tan] | برجاوتن

Definisi : 1. memegang (mempunyai) jawatan: ia sekarang ~ kerani di pejabat pos; 2. = ~ tinggi berpangkat tinggi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ja.wa.tan] | برجاوتن

Definisi : memegang jawatan: Ia sekarang ~ pegawai di Kementerian Luar Negeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jawat
Kata Terbitan : sejawat, berjawat, menjawat, jawatan, berjawatan, penjawat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah jantina lelaki yang berjawatan menguruskan kewangan boleh bendahari atau bendahara?

Tuan,

Sama ada lelaki atau perempuan yang  menguruskan wang persatuan dan seumpamanya boleh dipanggil bendahari, rujuk nombor 2. - 1. sl orang yg memegang harta benda kerajaan; penghulu ~ ketua bendahari; 2. pengurus wang kesatuan dll.

Terima kasih.

Istilah19.01.2011
Apakah gelaran/panggilan rasmi bagi seorang perempuan yang berjawatan Ketua Jabatan yang berstatus janda? Puan atau Cik PuanGelaran/panggilan yang sesuai ilah Puan.Makna21.03.2011
Saya ada merujuk kamus dewan tetapi masih tidak dapat lihat perbezaannya. Penggunaan hamba dan patik sbg kt ganti nama diri. Adakah betul fahaman sy bahawa hamba digunakan utk org biasa manakala patik digunakan bg org yg berjawatan dlm istana?...Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba’ pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya’.Istilah19.11.2012
Sy ada rujuk kamus dewan tp masih tdk dpt lihat perbezaannya. Penggunaan hamba dan patik sbg kt ganti nama diri. Adakah betul fahaman sy bahawa hamba digunakan utk org biasa manakala patik digunakan bg org yg berjawatan dlm istana?...Hamba sama maksud dengan saya, iaitu untuk merendah diri dan digunakan dalam percakapan sesama kita. Ganti nama patik digunakan apabila kita bercakap dengan Raja sahaja.Makna28.11.2012
Penggunaan perkataan 'hamba' dan 'patik' dalam era kesultanan Melaka.Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya.Tatabahasa02.03.2013
Salam, Adakah panggilan sapaan yang sesuai bagi pegawai yang memiliki ijazah doktor falsafah ialah Yang Berbahagia? Contohnya, Yang Berbahagia Dr. Ahmad bin Salleh atau cukup sekadar Dr. Ahmad bin Salleh?Sapaan yang lazim digunakan ialah tuan, walau bagaimanpun terdapat penggunaan sapaan YBhg. Dr. dalam amalan seharian lebih-lebih lagi jika penerimanya seorang yang berjawatan seperti Ketua Pengarah.Lain-lain18.09.2011
Yg mana satu betul? "------- akan segera mengadap sultan apabila tiba di Melaka nanti," kata Laksamana Hang Tuah kepada sahabat-sahabatnya. A. Patik B. Hamba C. Tuanku D. BetaKata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya'.
Jawapannya ialah patik.
Tatabahasa05.02.2013
1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang condong. Perkataan (condong) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi (rendah) akibat proses pembangunan. Perkataan (rendah) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh (menahan) kemurnian budaya timur. (menelan) Betul? 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang (mengira-gira) terhadapnya. (tidak terkira) Betul? 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian (semasa) para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. Apakah perkataan yang patut menggantikan (semasa) 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan (semasa) anak-anaknya berjawatan tinggi. (sedangkan) Betul? 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan (amat sangat) berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. (Penggunaan amat sangat dibenarkan atau tidak?)

1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang tidak lurus/bengkok/lengkung.

2. Bukit di Kampung Serdang mejadi gondol akibat proses pembangunan.

3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh menjejaskan/menghapuskan kemurnian budaya timur.

4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang tidak terkira terhadapnya. 

5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian para belia di Kampung Selamat pada waktu petang.  

6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan sedangkan anak-anaknya berjawatan tinggi. 

7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan amat/sangat berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. 

Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259. 

Tatabahasa21.10.2011
Saya berasa keliru selepas menerima jawapan daripada tuan. Hal ini kerana saya mendapati bahawa rakyat biasa yang bercakap dengan raja boleh menggunakan "patik" dan "hamba"?? Jadi dayang yang bercakap dengan raja haruslah menggunakan "hamba" untuk merendahkan diri??Kata ganti nama "patik" digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama "hamba" untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama "hamba" pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya.

Oleh yang demikian, apabila dayang bercakap dengan raja, kata ganti nama yang sesuai digunakan ialah patik.
Tatabahasa01.12.2013
Dayang yang bercakap dengan raja dikehendaki guna "patik" atau "hamba"?
Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya.
Tatabahasa26.11.2013
12

Kembali ke atas