| Adakah susunan perkataan ini betul "menghubungkan perniagaan berjaya" | Ayat yang lebih sempurna ialah ... menghubungkan perniagaan yang berjaya atau ...berjaya menghubungkan perniagaan. | Tatabahasa | 09.01.2009 |
| saya ingin mendapatkan kepastian mengenai imbuhan yang betul bagi menerangkan yang telah berjaya mendapatkan sesuatu, yang mana satu betul: berjaya 'diperoleh' atau berjaya 'diperolehi'? | Frasa yang betul ialah "berjaya diperoleh". Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 181. | Tatabahasa | 24.12.2009 |
| Adakah ayat yang berikut betul? "Kamu akan berjaya jika sikap malas berjaya kamu dikikis, " nasihat ayat kepada adik. | Contoh ayat yang betul berdasarkan ayat dialog yang diberikan. "Kamu akan berjaya jika sikap malas kamu dikikis," nasihat ayah kepada adik. "Jika sikap malas kamu dikikis, kamu akan berjaya," nasihat ayah kepada adik. | Lain-lain | 31.01.2024 |
| Soalan : Mak Siti memuji anaknya kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Apakah jawapan ayat pasif yang sesuai? Anak Mak Siti dipuji olehnya kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. ATAU Anaknya dipuji oleh Mak Siti kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Tolong berikan penjelasan, terima kasih. | Ayat pasif bagi ayat "Mak Siti memuji anaknya kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM" ialah "Anaknya dipuji Mak Siti kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM". Hal ini disebabkan ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: Kucing dikejar oleh anjing (daripada: Anjing mengejar kucing). Bagi membantu saudara mendapatkan ciri-ciri ayat pasif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan bermula muka surat 411. | Tatabahasa | 30.07.2015 |
| FRASA "BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT" ATAU "BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT", YANG MANA SATU LEBIH TEPAT? | Frasa yang lebih tepat ialah berjaya di dunia dan di akhirat. | Tatabahasa | 26.06.2025 |
| Yang manakah betul? 1. Polis berjaya menemui barang-barang penyeludupan. 2. Polis berjaya menemukan barang-barang penyeludupan. | Ayat yang betul ialah Polis berjaya menemukan barang-barang penyeludupan. | Tatabahasa | 29.01.2016 |
| Konsep ayat aktif kepada ayat pasif. Soalan : Pihak bomba telah berjaya memadamkan kebakaran di rumah itu. Jawapan yang manakah paling tepat? Jawapan 1 : Kebakaran di rumah itu telah berjaya dipadamkan oleh pihak bomba. Jawapan 2 : Kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh pihak bomba di rumah itu. | Jawapan yang lebih tepat ialah "Kebakaran di rumah itu telah berjaya dipadamkan oleh pihak bomba" | Tatabahasa | 23.02.2023 |
| Selamat sejahtera tuan/puan, saya nak tanya tentang pola ayat untuk ayat: Dia belum berjaya. Kedua, terdapat beberapa golongan kata untuk perkataan "berjaya". | Pola ayat bagi "Dia belum berjaya" terdiri daripada Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 437-440. Manakala, golongan kata bagi perkataan "berjaya" ialah kata kerja tak transitif. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 161-170. | Tatabahasa | 04.01.2026 |
| Yang mana satu betul: kurang dari 40% projek ICT berjaya disiapkan, atau kurang daripada 40% projek ICT berjaya disiapkan | Frasa yang betul ialah ... kurang daripada 40% projek ICT berjaya disiapkan ... | Tatabahasa | 28.06.2011 |
| adakah ayat -ayat dibawah adalah betul? (a)Amir telah berjaya meluluskan dirinya dari penjara (b)Amir telah berjaya meloloskan dirinya dari penjara terima kasih..... | Jawapan yang betul ialah (b) Amir telah berjaya meloloskan dirinya dari penjara. | Lain-lain | 29.07.2010 |