Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berjaya;

Puisi
 

Berapa tinggi Bukit Malingan,
     Sama bertimbang Bukit Berjaya;
Kalau sudah musimnya hujan,
     Tidak keras bukit di paya.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah susunan perkataan ini betul "menghubungkan perniagaan berjaya"Ayat yang lebih sempurna ialah ... menghubungkan perniagaan yang berjaya atau ...berjaya menghubungkan perniagaan.   Tatabahasa09.01.2009
saya ingin mendapatkan kepastian mengenai imbuhan yang betul bagi menerangkan yang telah berjaya mendapatkan sesuatu, yang mana satu betul: berjaya 'diperoleh' atau berjaya 'diperolehi'?Frasa yang betul ialah  "berjaya diperoleh". Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 181.Tatabahasa24.12.2009
Yang mana satu betul: kurang dari 40% projek ICT berjaya disiapkan, atau kurang daripada 40% projek ICT berjaya disiapkan

Frasa yang betul ialah ... kurang daripada 40% projek ICT berjaya disiapkan ...

Tatabahasa28.06.2011
adakah ayat -ayat dibawah adalah betul? (a)Amir telah berjaya meluluskan dirinya dari penjara (b)Amir telah berjaya meloloskan dirinya dari penjara terima kasih.....Jawapan yang betul ialah (b) Amir telah berjaya meloloskan dirinya dari penjara.Lain-lain29.07.2010
1) kedua-dua anaknya berjaya ke menara gading 2)kedua-kedua orang anaknya berjaya ke menara gading 3)kedua-dua kucing itu mati 4) kedua-dua ekor kucing iu mati 5)guru besar-guru besar 6)guru-guru besar yg mana ayat yg betul?Ayat yang betul seperti yang berikut:

1) Kedua-dua orang anaknya berjaya ke menara gading.
 
2) Kedua-dua ekor kucing itu mati.

3) Guru-guru besar...
Tatabahasa09.09.2013
Tidak Berjaya untuk Mendaftar Sebagai Penyelidik Korpus DBP Tuan/Puan, Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin mengetahui sama ada masalah pendaftaran Korpus DBP telah diperbaiki. Hal ini demikian kerana saya telah cuba mendaftar sejak March tetapi sering menghadapi kegagalan. Segala kerjasama pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih.Harap maaf, sistem Korpus DBP sedang mengalami masalah teknikal dan masalah tersebut sedang ditangani oleh Bahagian Sistem Maklumat, DBP.Lain-lain22.04.2011
Penggunaan dari/daripada yang mana paling tepat? a) Kenderaan berkuasa stim pertama berjaya dihasilkan oleh pemuda bernama Thomas Newcomen daripada England. b) kenderaan berkuasa stim pertama berjaya dihasilkan oleh pemuda bernama Thomas Newcomen dari England.Ayat yang gramatis ialah: b) kenderaan berkuasa stim pertama berjaya dihasilkan oleh pemuda bernama Thomas Newcomen dari England. Kata sendi nama dari hadir di hadapan kata nama/frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah.Tatabahasa09.09.2011
tuan penjaga gol itu berjaya menguit bola itu keluar sekali gus berjaya menyelamatkan pasukannya. (adakah kesalahan dalam ayat ini, tuan. tq)Menguit bermaksud menyentuh dan menggerakkan sesuatu dengan jari dan tidak sesuai untuk ayat tersebut.Tatabahasa20.09.2011
Saya ingin tahu Hasil dari itu, beliau telah berjaya atau Hasil daripada itu, beliau telah berjayaHasil daripada..................Tatabahasa26.04.2010
Pasifkan ayat berikut. Mak Siti memuji anaknya kerana berjaya dalam pertandingan itu.Anak Mak Siti dipuji oleh ibunya kerana berjaya dalam pertandinagn itu.Tatabahasa19.07.2013
12345678910...

Kembali ke atas