Adakah frasa "sayur berjenis sayur" dan "sayur berjenis buah" betul? Penggunaan perkataan "berjenis" dalam konteks ayat berikut adalah betul atau tidak? | Salam sejahtera, Tuan, Sayur ialah tumbuhan atau daun-daunan yg boleh dimakan. Buah ialah bahagian tumbuh-tumbuhan yg terjadi daripada bunga atau putik dan biasanya berbiji. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Istilah | 17.10.2017 |
Adakah ayat ini betul? 1. Tomato adalah sayur berjenis buah 2. Sawi adalah sayur berjenis sayur. Adakah frasa "sayur berjenis sayur" di atas betul penggunaannya. | Untuk makluman tuan, Tomato ialah sejenis tumbuhan (herba yang buahnya boleh dimakan), ranti merah, terung bali, Lycopersicum esculentum (Solanum lycopersicum). Tomato juga merupakan tanaman herba tahunan yang berasal dari Amerika Selatan, mempunyai buah yang digunakan sebagai sayuran, daun-daunnya berbentuk pinat dan bunganya berwarna kuning. Sawi pula ialah sejenis tumbuhan (herba) yang dibuat sayur, Brassica rugosa. | Tatabahasa | 12.10.2017 |
pelbagai kuih atau pelbagai jenis kuih? pelbagai kuih-muih atau berjenis kuih-muih? | Yang betul ialah pelbagai kuih. | Tatabahasa | 07.10.2011 |
berbagai-bagai jenis barangan dijual di pasaraya itu. adakah berbagai-bagai barangan atau berjenis-jenis barangan juga betul digunakan ? terima kasih | Boleh digunakan. | Tatabahasa | 13.04.2010 |
Adakah berbagai-bagai itu tergolong dalam kata bilangan | Berbagai-bagi tidak tergolong dalam kata bilangan dan membawa maksud bermacam-macam atau berjenis-jenis. | Tatabahasa | 03.03.2010 |
kalau berbagai-bagai boleh disingkatkan menjadi pelbagai kenapa bermacam-macam tidak disingkatkan menjadi pelmacam? | Ejaan yang digunakan masih bermacam-macam atau macam-macam yang bermaksud berbagai-bagai, berjenis-jenis dan berupa-rupa. | Ejaan | 15.02.2008 |
Apakah perbezaan antara sayur-sayuran dan sayur-mayur dari segi : 1-maksud 2-penggunaan. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sayur-sayuran dan sayur-mayur mempunyai maksud yang sama, iaitu bermacam-macam (berjenis-jenis) sayur. | Makna | 10.09.2011 |
Saya merupakan pelajar sarjana dalam bidang sains komputer,Namun, untuk tesis sarjana, saya telah menggabungkan komputer dan bahasa yakni dalam bidang komputeran linguistik. oleh itu, saya memerlukan data semua perkataan melayu di mana setiap perkataan itu mestilah mempunyai jenis misalnya perkataan makan berjenis kata kerja.Harap pihak DBP dapat membekalkan keperluan itu pada saya.terima kasih. | Kamus Dewan belum lagi memasukkan kelas kata dalam setiap entrinya. Bahagian Perkamusan, DBP sedang menyiapkan Kamus Besar yang memasukkan kelas kata bagi setiap entri. Oleh itu, data tersebut tidak dapat kami sebarkan lagi kerana masih di peringkat draf. Sila rujuk kamus-kamus terbitan lain atau buku yang berkaitan untuk rujukan saudara. | Lain-lain | 15.01.2008 |
Apa beza antara sayur mayur dengan sayur-sayuran? Adakah sayur-sayuran itu menunjukkan jenis sayur yang berbagai-bagai. sayur-mayur pula merupakan kata jamak bagi sejenis sayur? | Ketiga-tiga perkataan sayur-mayur, sayur-sayuran, sayuran mempunyai makna yang sama, iaitu bermacam-macam (berjenis-jenis) sayur. Semuanya merujuk pada sayur yang pelbagai jenis bukannya sejenis sayur dalam kuantiti yang banyak (jamak). Sayur-sayuran ialah penggandaan separa kata nama berimbuhan manakala sayur-mayur ialah penggandaan yang melibatkan ciri persamaan pada bunyi vokal (ciri-ciri keharmonian vokal). | Tatabahasa | 01.12.2014 |
Salam sejahtera, 1. Pak Salim menyiram sayur supaya tumbuh segar.(dalam gambar tunggal menunjukkan banyak sayur yang sama jenis, jadi guna sayur atau sayur-sayur ?). 2. Seorang pekerja menyabit rumput yang panjang dengan menggunakan sabit.(dalam gambar tunggal menunjukkan banyak rumput,jadi guna perkataan rumput atau rumput-rumput?) 3. Jin An menyorong kereta sorong yang penuh dengan rumput-rumput yang disabit.(dalam ayat sudah ada perkataan penuh, jadi guna rumput atau rumput-rumput?)(belakang perkataan disabit perlu ditambah dengan subjek? atau memadai dengan disabit. Sekian, terima kasih. | 1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud sayur-sayuran ialah sayuran bermacam-macam (berjenis-jenis) sayur, maka yang betul ialah sayur-sayuran untuk menunjukkan bermacam-macam sayur. 2. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud rumput ialah tumbuh-tumbuhan yang kecil, maka perkataan rumput sudah memadai untuk menunjukkan banyak. 3. Ayat yang betul ialah Jin An menyorong kereta sorong yang penuh dengan rumput yang disabitnya | Tatabahasa | 21.02.2020 |