Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.juang] | برجواڠ

Definisi : 1. berlaga antara satu dgn lain (bkn binatang yg besar-besar), berlanggaran, ber­lawan; 2. hendak mencapai atau mengatasi sesuatu dgn jalan beradu tenaga (kekuatan, kuasa, dsb) dgn pihak atau unsur yg menen­tangnya atau boleh memudaratkannya: rakyat Asia dan Afrika sedang ~ mati-matian utk merebut kemerdekaan drpd penjajah; gajah sama gajah ~, pelanduk mati di tengah-tengah prb kalau orang besar-besar berselisih, rakyat juga yg mendapat susah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.juang] | برجواڠ

Definisi : 1 berlaga antara satu dgn yg lain (bkn binatang); berlanggaran; berlawan. 2 beradu tenaga (utk merebut sesuatu, mencapai sesuatu dsb); berperang; berusaha: Mereka ~ mati-matian utk mempertahankan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
juang
Kata Terbitan : berjuang, memperjuangkan, perjuangan, pejuang,

Puisi
 

Macang nanas lela teruna,
     Gajah berjuang di Kampung Melayu;
Duduk menangis mengenang bunga,
     Bunga yang kembang habis layu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Gajah berjuang sama gajah,
     pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah.

Bermaksud :

Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit). (Bandingkan dengan: Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah).

 

Lihat selanjutnya...(6)

31

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Apakah maksud peribahasa "pantang berundur sebelum berjuang"? Terima kasih.Ungkapan "pantang berundur sebelum berjuang" tidak ada dalam senarai peribahasa dalam pangkalan data kami. Pada pengamatan kami ungkapan tersebut lazim diucapkan dalam drama yang berlatarkan cerita zaman dahulu.  Lain-lain22.06.2011
apakah maksud peribahasa pantang berundur sebelum berjuang? dan maksud cepat kaki ringan tangan?

Ungkapan "pantang berundur sebelum berjuang" tidak ada dalam senarai peribahasa dalam pangkalan data kami. Ungkapan tersebut lazim digunakan dalam drama dan penulisan pada masa dahulu tetapi bukan merupakan peribahasa. Cepat kaki dan ringan tangan, kedua-duanya bermaksud pantas dan rajin bekerja.

Tatabahasa20.06.2011
Tuan, adakah ayat di bawah ayat majmuk pancangan komplemen? 1. Mereka tekad berjuang untuk negara tercinta. Saya faham bahawa perkataan "untuk" dapat berfungsi sebagai kata komplemen, tetapi ayat di atas tidak berbentuk seperti ayat komplemen. Saya pun tidak mengetahui bentuk ayat di atas, sama ada ayat majmuk pancangan komplemen, atau ayat majmuk pancangan keterangan yang mempunyai ayat keterangan tujuan "untuk negara tercinta".Ayat "Mereka tekad berjuang untuk negara tercinta" ialah ayat majmuk pancangan keterangan. Ayat "untuk negara tercinta" ialah keterangan kepada ayat induk "Mereka tekad berjuang"Tatabahasa13.12.2014
makna kesediaanKesediaan ialah perihal sedia, kesanggupan, kerelaan: contohnya mereka menampakkan kesediaan utk berjuang demi bangsa dan negara.Makna02.08.2007
1. Kata sendi nama mesti diikuti oleh kata nama. Oleh itu, adakah ayat berikut boleh diterima? Perajurit berjuang demi mempertahankan negara. 2. Kata pemeri ialah diikuti dengan kata nama. Betulkah ayat yang berikut? Pekerjaannya ialah menternak ikan.

1. Ayat tersebut betul kerana frasa sendi nama boleh boleh wujud sebagai  unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama.  

2. Ayat yang betul ialah Pekerjaannya ialah penternak ikan. 

Tatabahasa09.06.2010
Betulkah ayat ini? 1) Sebuah pusat latihan polis di Melaka telah membentuk pelajar untuk menjadi wira negara. 2) Azizul Hasni Awang berjuang berhabis-habisan untuk memartabatkan sukan negara. 3) Tentera Rom telah menguasai salah satu daerah di parsi setelah menumpaskan raja Hercules. 4) Erry menolong ibunya mengangkat barang di dalam kereta.
  1. Ayat yang diberikan adalah betul
  2. Ayat yang diberikan adalah betul
  3. Ayat yang betul ialah Tentera Rom telah menguasai salah satu daripada daerah di Parsi setelah menumpaskan Raja Hercules.
  4. Ayat yang betul ialah Erry menolong ibunya mengangkat barang daripada kereta.

Tatabahasa07.07.2022
Asslamualaikum, Adakah perkataan 'GEMPUR' dan 'TEMPUR' membawa maksud yang sama? Antara kedua-dua perkataan itu,yg manakah membawa maksud 'serang dan rosakkan'?Gempur bermaksud diserang dan dibinasakan, manakala tempur bermaksud berlanggaran, berkelahi, berjuang, berperang.Makna30.05.2009
bagaimana kaedah penulisan sesuatu skrip dilaksanakan?sama ada dalam bentuk dialog, karangan atau selain itu?

Ada beberapa kaedah dalam penulisan skrip drama pentas. Lazimnya ada dua cara, iaitu

1.  Nama watak : dialog

Contoh:

Amin: Kita harus berjuang hingga titisan darah yang terakhir.

2.                                      Nama watak:

                                              dialog

Contoh:      

                                             Amin:

         Kita harus berjuang hingga titisan darah yang terakhir.

 

Sekian, terima kasih.

Lain-lain24.08.2009
ASSALAMUALAIKUM.SAYA INGIN BERTANYA TENTANG NOVEL ANTARA DENDAM DENGAN PERJUANGAN KARYA ALI JUSOH,2007.MEMANG BENAR CERITA TERSEBUT BENAR TETAPI ADAKAH ADIK MAT ,IAITU MAT KILAU ADIK KEPADA ADIK YAK,IAITU TOK GAJAH?BUKANKAH MAT KILAU ANAK TOK GAJAH ,DAN TOK GAJAH BERSAMA DATO BAHAMAN SERTA MAT KILAU TELAH BERJUANG UNTUK PAHANG.BENARKAH WATAK ZAKI HAMIDON,MARIA,ABON,SERI BANUM,PRABASNA,ABANG MUSA,DERAMAN,TAMBI SAN,AH WEE,AMAT DAN LAIN-LAIN.DAN BAGAIMANA SAYA BOLEH MENULIS BUKU ATAU SYARAT -SYARATNYA.SAYA HARAP PIHAK ANDA DAPAT MEMBALAS PERTANYAAN SAYA INI.TERIMA KASIH.

Waalaikumusalam wbk. Bagi menjawab soalan sdr tentang watak-watak dan perwatakan dalam novel Dendam dan Perjuangan karya Ali Jusoh, sdr bolehlah menghubungi penulisnya sendiri di talian 09-6663312 (rumah) atau 019-9490727 (t/bimbit). Alamat rumah beliau ialah No. 4, Taman Teratai, To Jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Mudah-mudahan beliau dapat menjelaskan sendiri tentang segala kemusykilan sdr.

Berhubung dengan minat dan syarat-syarat menulis buku, sdr. boleh mendapatkan atau membeli buku-buku yang dijual di pasaran yang diterbitkan oleh pelbagai penerbit.  Antara buku terbitan DBP ialah Panduan Menulis Puisi karya Rahman Shaari, Panduan Menulis Cerpen karya Othman Puteh dan Panduan Menulis Novel karya Shahnon Ahmad. 

Sekian, selamat berjaya dan wassalam.  

      

 

Lain-lain02.12.2009
Ishak Sairozi Jun 19th, 11:49am Assalammualaikum w.b.t... Saya Ishak Sairozi, Yang DiPertua Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya. Saya ingin menyatakan minat saya untuk menyertai sebanyak mungkin program yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Di UM kami menganggap persatuan kami umpama cawangan DBP di UM yang ingin berjuang untuk mengangkat kedaulatan Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kekurangan dana dalam persatuan menyebabkan kami sukar untuk menjalankan beberapa program. Justeru, kami sangat berbesar hati untuk menyertai apa-apa sahaja program yang dianjurkan oleh DBP. Beserta ini saya sertakan nombor telefon dan emel saya, 0172493805 ishaksairozi@gmail.comTerima kasih. Pihak kami amat berbesar hati dan akan mengambil tindakan susulan.Lain-lain19.06.2014
12

Kembali ke atas