Assalamualaikum tuan.. Saya di sini ingin bertanya mengenai proses penerbitan buku, manuskrip saya berjudul 'Aku Ingin Cemerlang' telah diluluskan JKP pada 24/2/2012 dan dikhabarkan akan melalui proses pra cetak dan cetak pada akhir Jun ini. Masalahnya saya belum dimaklumkan secara rasmi berkenaan status manuskrip saya walhal kini sudah berada di akhir Jun. Adakah saya tidak perlu menandatangani apa2 surat perjanjian? Atau berlaku kelewatan? Sekian terima kasih saya ucapkan atas maklum balas yang pantas drpd pihak tuan. | Sdr. Irfan. Saya sudah pun menjawab pertanyaan sdr. pada 7/6/2012 . Setelah disemak, manuskrip sdr. berjudul Aku Ingin Cemerlang, telah lulus JKP pada 24/2/2012. Jika diteliti, agak lama tempoh perjalanan manuskrip ini dari tarikh daftarnya. Insya-Allah saya akan memantau akan perkara ini. Sebaik lulus JKP, manuskrip akan disunting oleh editor. Proses penyuntingan bergantung kepada ketebalan manuskrip. Untuk makluman sdr., semua manuskrip yang lulus JKP pada tarikh tersebut akan diserahkan ke Bahagian Penyelarasan Penerbitan untuk proses pracetak dan cetak pada akhir Jun 2012. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi editor: Puan Khatijah melalui e-mel khatijah@dbp.gov.my. Untuk makluman sdr. mss. tersebut masih dalam proses penyuntingan ( setakat 27 Jun 2012). | Lain-lain | 23.06.2012 |
mencari penerbitan baru buku berjudul " Cadangan Penyelidikan dalam pendidikan " berwarna hijau (cover), tajuk sebenar kurang saya ingat cuma hampir sama dengan apa yang saya berikan. sila bagi respon | Sehingga kini tajuk sedemikian tiada dalam koleksi penerbitan baru DBP. Tapi saudara boleh merujuk bahan ini untuk panduan. 1. Analisis data dalam penyelidikan pendidikan oleh Sulaiman Ngah Razali terbitan DBP tahun 2002 Analisis data dalam penyelidikan pendidikan | Sulaiman Ngah Razali | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2002 |
| Lain-lain | 22.02.2008 |
Sdr budiman, Sebuah antologi puisi berjudul Pelopor akan diterbitkan bagi memperingati dua orang tokoh yang telah berjasa kepada masyarakat. Antologi berkenaan memuatkan puisi kedua-dua tokoh serta beberapa puisi penyair lain yang mengungkapkan tema yang selari dengan perjuangan dua tokoh berkenaan. Berpandukan maklumat di atas, saya telah memberikan judul untuk antologi seperti berikut: Pelopor: Antologi Puisi Sempena Memperingati A dan B Apakah judul yang saya berikan itu tepat dari segi nahu dan memadai untuk mengungkapkan maksud yang dinyatakan di atas? Diharap tuan memberikan judul yang bersesuaian berpandukan maksud yang dinyatakan di atas. Terima kasih atas khidmat nasihat yang tuan berikan. Yang benar, Chong | Merujuk makna 'pelopor' ialah orang yang mula-mula mengusahakan atau mewujudkan sesuatu; pengasas ; perintis. Manakala 'sempena' bermaksud berkat atau tuah ; atau mimpi. Bagi memberi judul buku antologi ini, sila pastikan kedua-dua tokoh tersebut sememangnya merupakan pelopor atau pengasas sesuatu aliran atau tema. Oleh yang demikian, tajuk antologi ini hendaklah menepati fokus dan kandungannya. Berdasarkan tajuk yang diberikan, dicadangkan supaya kata 'sempena' digugurkan. Cadangan tajuk : Pelopor : Antologi Memperingati Tokoh A dan B. | Lain-lain | 26.05.2010 |
Salam, Saya telah menulis buku yang berjudul Tip dan Trik Usrah. Mohon pandangan dan nasihat pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia berhubung penggunaan kalimah "trik" dalam konteks budaya dan kesesuaian bahasa. Apakah trik itu dikaitkan dengan konotasi negatif sekiranya disandarkan kepada perkara baik. Sebagai contoh Trik Usrah. Mohon pandangan pihak Tuan/Puan Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan tip bermaksud petua, manakala trik bermaksud teknik atau membuat sesuatu dengan cepat dan betul. Trik dalam bahasa percakapan bermaksud helah dan dalam penggunaan harian penggunaan trik lebih banyak menggambarkan maksud tersebut. Oleh itu, dalam hal menamakan buku kami cadangkan pihak tuan menggunakan nama lain yang lebih tepat dan santun seperti Panduan Mendekati Usrah. | Tatabahasa | 03.07.2012 |
Saya dalam proses menulis sebuah buku berjudul "JUTAWAN BUKU BESTSELLER". Adakah perkataan "bestseller" sesuai saya gunakan sebagai judul buku kerana perkataan "bestsller" lebih popular berbanding perkataan "terlaris". | Padanan istilah bagi "best seller" ialah "buku laris". Oleh itu judul tersebut menjadi "Jutawan Buku Laris". | Istilah | 16.07.2007 |
Saya berminat tentang sebuah karya klasik Melayu lama berjudul Hikayat Raja Muda, bolehkah saya dapatkan maklumat dan nasihat mengenainya? | Hikayat Raja muda ialah salah sebuah cerota Penglipur Lara. Hikayat ini telah diceritakan semula oleh Pawang ana dan dicatat oleh Raja Haji Yahya dari Perak. Hikayat ini kemudian telah diterbitkan oleh Oxford University Press pada tahun 1964 berdasarkan naskhah R.O Winstesdt dan A.J Sturrock. Untuk membuat rujukan tentang Hikayat Raja Muda ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3 DBP, Kuala Lumpur atau ke Perpustakaan Negara Malaysia. | Lain-lain | 29.09.2008 |
Saya sangat berbesar hati jika DBP boleh mencetak semula novel yang berjudul PELAJAR TERBAIK oleh WAHBA. Jika ada,saya ingin memilikinya. Terima Kasih | Puan, Insya-Allah, kami akan meneliti cadangan puan ini. | Lain-lain | 22.12.2012 |
INGIN MENGETAHUI BAHASA DAN PERCAKAPAN MELAYU RAWA DI MALAYSIA? | Sdr. boleh merujuk kepada artikel berjudul "Satu tinjauan ringkas tentang fonologi dialek Rawa tulisan Mohd. Tajudin Noordin dalam majalah Dewan Bahasa jil. 19 bil 2 (Feb.) 1975 yang membincangkan dialek Rawa di Gopeng, Perak. | Lain-lain | 01.08.2007 |
Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera, Tidakkah pihak DBP ada merancang untuk mengulang cetak novel karya Ramlee Awang Murshid berjudul Igauan Maut? Pada pendapat saya, sekiranya novel ini diulang cetak, sudah pasti akan mendapat sambutan yang hangat memandangkan begitu ramai peminat karya-karya ciptaan Saudara Ramlee di luar sana. Sekiranya pihak DBP meninjau laman Facebook Kelab RAM (lebih 26,000 pengikut) atau ke laman web Kelab RAM, begitu ramai peminat setia yang tercari-cari novel ini bagi melengkapkan koleksi mereka. Ada yang sanggup meminjam sesama sendiri dan tawar-menawar bagi mendapatkannya. Pada hemat saya, sekiranya novel ini diulang cetak, bukan sahaja mampu memberi khabar gembira buat peminat-peminat Saudara Ramlee, malah pihak DBP juga boleh meraih keuntungan dengan edisi ulang cetak ini seperti mana karya-karya laris lain yang telah diulang cetak. Diharapkan agar cadangan saya ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih. | Waalaikumsalam. Untuk pengetahuan tuan, DBP akan mencetak ulang buku ini. Kami berharap berita ini akan menggembirakan tuan dan semua peminat/pengikut penulis terkenal ini. | Lain-lain | 28.06.2012 |
saya mahasiswa ingin pertanya? Apakah perkaitan puisi | Bagi menjawab pertanyaan sdr itu, sila rujuk atau dapatkan buku terbitan DBP (2005) berjudul Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden - Puisi, pengkaji oleh Sahlan Mohd. Saman. Sdr juga boleh layari laman sesawang DBP iaitu http://www.dbp.gov.my dan klik ikon INGIN MEMBELI BUKU. Dalam hal ini sdr boleh memilih judul-judul buku yang sesuai untuk maksud tersebut. Sekian, terima kasih dan selamat berjaya! | Lain-lain | 14.07.2010 |