Salam Sejahtera, Saya telah mendapati bahawa Kerajaan akn melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), mewujudkan dana berjumlah RM2 juta mulai tahun depan bertujuan menggalakkan penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi dalam Bahasa Malaysia. Saya berhasrat untuk menulis buku teknologi untuk guru dan pelajar-pelajar dalam Bahasa Malaysia supaya semua rakyat Malaysia dapat belajar teknologi dengan Bahasa Kebangsaan. Saya ialah Guru Sains di Sekolah, saya berharap saya boleh menulis dan menerbitkan buku sains dan teknologi. Apakah buku yang sesuai saya tulis untuk menepati kriteria menerima ganjaran RM20,000? Sekian, terima kasih. | DBP sedang menyediakan garis panduan dana tersebut. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Dr. Amran Joned (telefon: 0122440569). | Lain-lain | 20.11.2011 |
sila sahkan penggunaan ayat yang betul pada file yang saya sertakan. terima kasih | Lafazkan... "aku Terima..." pada ketinggian 421 meter, di Menara Kuala Lumpur (Sila ambil perhatian titik elipsis selepas ungkapan "Lafazkan" berjumlah tiga sahaja "..." bukan enam seperti yang dikemukan pihak puan) | Ejaan | 18.12.2008 |
Apakah benar perkataan serta susunan ayat yang telah saya gunakan dalan karangan ayat dibawah ini? "Kami adalah diarahkan oleh pelanggan kami yang disebut di atas supaya merujuk kepada Borang B bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan pihak tuan yang selanjutnya. Untuk makluman pihak tuan, sepertimana yang ditunjuk di dalam Borang B bagi T/T 2011, pelanggan kami adalah dikenakan cukai sebanyak RM __________, tetapi setelah ditolak bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB), bayaran ansuran Seksyen 107 B (CP 500) dan bayaran CP 38 berjumlah RM 32,893.89 bagi T/T 2011 pelanggan kami masih mempunyai baki kredit sebanyak RM __________ seperti yang ditunjukkan berikut: - Dengan keterangan dan penyata yang seperti ditunjuk diatas, pelanggan kami berharap supaya pihak tuan dapat mengesah dan memulangkan baki kredit pelanggan kami dengan secepat yang mungkin setelah ditaksirkan. Terima kasih." | Apakah benar perkataan serta susunan ayat yang telah saya gunakan dalan karangan ayat dibawah ini? "Kami adalah diarahkan oleh pelanggan kami yang disebut di atas supaya merujuk kepada Borang B bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan pihak tuan yang selanjutnya. Untuk makluman pihak tuan, sepertimana yang ditunjuk di dalam Borang B bagi T/T 2011, pelanggan kami dikenakan cukai sebanyak RM__________, tetapi setelah ditolak bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB), bayaran ansuran Seksyen 107 B (CP 500) dan bayaran CP 38 berjumlah RM32,893.89 bagi T/T 2011 pelanggan kami masih mempunyai baki kredit sebanyak RM__________ seperti yang berikut: Dengan keterangan dan penyata yang seperti ditunjukkan di atas, pelanggan kami berharap supaya pihak tuan dapat mengesahkan dan memulangkan baki kredit pelanggan kami dengan secepat yang mungkin setelah selesai ditaksirkan. | Tatabahasa | 07.06.2012 |
Jabatan ini ingin mendapatkan perkhidmatan menterjemah Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (KKPP) 2009 yang disediakan dalam versi Bahasa Melayu untuk diterjemah kepada Bahasa Inggeris. KKPP mengandungi 100 muka surat (9 teks dan 82 berbentuk borang) Samaada pihak Dewan menyediakan perkhidmatan terjemahan tersebut dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi. | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan bagi teks berjumlah seperti yang dinyatakan. Untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut saudara boleh menghubungi Institut Terjemahan Negara,no. telefon 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia,no. telefon 012-2067076. | Lain-lain | 22.05.2009 |
Kamus ekabahasa yang paling tua?Secara keseluruhan edisi terkini memuatkan ________jumlah kata baharu yg berupa kata tunggal, kata terbitan dan kata majmuk? KamusDewan mutakhir memuatkan ______kata baharu?Ensiklopedia tertua berasal dari mana?Penyusu kamus ekabahasa yang pertama ialah_________.Apakah maksud menterjemah?Perkataan Serban berasal dari _______. | Kamus ekabahasa tertua ialah Kitab pengetahuan Bahasa : iaitu Kamus Loghat Melayu Johor, Pahang, Riau-Lingga. Dikarang di Riau pada tahun 1858 oleh Raja Ali Haji bin Raja Ahmad. Entri baru dalam Kamus Dewan Edisi Keempat berjumlah 5843 meliputi kata umum, istilah umum, kata serapan Arab, dan kata slanga. Sejumlah 375 kata diberi peluasan makna. Kata serban berasal dari Parsi (sumber : Prof Adelaar (Bausani) dan Kamus Wilkinson) | Lain-lain | 06.02.2008 |
Salam 1 Malaysia kepada warga DBP. Saya ingin mengetahui kandungan sebenar jumlah kata tunggal, kata terbitan, kata Akronim dan kata majmuk yang terkandung dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang terbaru. Saya ingin juga mengetahui setiap perubahan jumlah tersebut supaya saya dapat melihat sejauh mana perkembangan bahasa Melayu di negara kita pada masa kini. Berapa jumlah kata dasar, kata terbitan, Kata Akronim dan Kata majmuk yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat? Saya mengharapkan maklumat yang akan tuan atau puan berikan dapat membantu saya dalam mengkaji sejauh manakah Bahasa Melayu pada masa ini mampu menyaingi bahasa-bahasa lain di dunia. Sekian. | Secara khusus, pihak kami tidak ada maklumat yang diperlukan. Maklumat yang ada hanyalah jumlah kata terbitan, iaitu sebanyak 24,180 kata. Jumlah kata masukan ialah 34,578 yang merangkumi kata dasar, kata majmuk, akronim dan sebagainya. Sebahagian kata majmuk juga terdapat dalam frasa yang berjumlah 24,142 kata. | Lain-lain | 14.01.2011 |