1.”Semoga berjumpa lagi di lain lembaran.” . Apakah yang dimaksudkan dengan frasa “lain lembaran”? | Dalam Kamus Pelajar halaman bermaksud helai atau muka surat pada buku umpamanya. Berkemungkinan perkataan lembaran dalam konteks ayat tersebut bermaksud pada keluaran buku yang akan datang. | Makna | 09.03.2015 |
Tuan/Puan, Tolong mengesahkan sama ada ayat ayat berikut betul: 1.Dia masih marah dan dia enggan berjumpa dengan sesiapa pun. 2.Dia enggan berjuma dengan sesiapa pun kerana masih marah. 3.Beliau meletakkan kepentingan rakyat di atas kepentingan diri. Terima kasih. | 1. Dia masih marah dan enggan berjumpa dengan sesiapa pun. 2. Dia enggan berjumpa dengan sesiapa pun kerana masih lagi marah. 3. Beliau meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan diri sendiri. | Tatabahasa | 19.11.2015 |
Saya telah berjanji untuk jumpa Ahmad atau Saya telah berjanji untuk berjumpa dengan Ahmad? Ayat manakah yang betul? Bagaimanakah penggunaan kata dasar "jumpa"? | Ayat yang betul: Saya telah berjanji untuk berjumpa dengan Ahmad. Penggunaan kata dasar "jumpa" biasanya digunakan untuk istilah seperti "temu duga jumpa terus", "jumpa semuka", "stesen boleh jumpa" dan lain-lain. | Tatabahasa | 01.11.2018 |
Sila semak struktur ayat-ayat berikut: 1. Jika ibu bapa hendak membawa anak keluar dari daerah Sandakan untuk bercuti semasa hari persekolahan, ibu bapa harus membawa surat memohon cuti berjumpa dengan guru besar. 2. Jika ibu bapa hendak membawa anak balik awal semasa hari persekolahan, ibu bapa harus berjumpa dengan kerani sekolah untuk mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Ibu bapa harus membawa Borang Kebenaran Balik Awal ke kelas anak dan menyerahkan borang tersebut kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar dari pintu sekolah. 3. Jika murid tidak dapat hadir pada kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum. Ibu bapa harus membawa anak berjumpa dengan Penolong Kanan I (kelas tambahan) atau Penolong Kanan III (aktiviti kokurikulum) dan mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Borang tersebut hendaklah menyerah kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar dari pintu sekolah. 4. Semua alat persekolahan murid mesti menulis nama atau melekat nama. Setiap hari Isnin, ada seorang guru bertugas di kantin B untuk murid menemukan barang-barang yang tercicir di sekolah. 5. Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia diadakan oleh pihak sekolah pada 2 Julai 2011(Hari Sabtu) . | 1. Jika ibu bapa hendak membawa anak keluar dari daerah Sandakan semasa hari persekolahan, ibu bapa harus mengemukakan surat memohon cuti dan berjumpa dengan guru besar. 2. Jika ibu bapa hendak membawa anak balik awal semasa hari persekolahan, ibu bapa harus berjumpa dengan kerani sekolah untuk mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Ibu bapa harus membawa Borang Kebenaran Balik Awal ke kelas anak dan menyerahkan borang tersebut kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar daripada pintu pagar sekolah. 3. Jika murid tidak dapat hadir ke kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum, ibu bapa harus membawa anak berjumpa dengan Penolong Kanan I (kelas tambahan) atau Penolong Kanan III (aktiviti kokurikulum) dan mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Borang tersebut hendaklah diserahkan kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar daripada pintu pagar sekolah. 4. Semua alat persekolahan murid mesti ditulis nama atau dilekatkan tanda nama. Setiap hari Isnin, seorang guru bertugas di kantin B dan murid-murid boleh menyerahkan barang yang dijumpai kepada guru tersebut. 5. Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia akan diadakan oleh pihak sekolah pada 2 Julai 2011(Hari Sabtu) . | Tatabahasa | 26.06.2011 |
Salam, Saya keliru dengan penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Bolehkah tuan/puan jelaskan penggunaannya dengan lebih jelas?Antara istilah di bawah ini yang manakah tepat? 1. ketua kelas Tahun Lima Bestari @ Ketua Kelas Tahun Lima Bestari 2. Saya ingin berjumpa dengan guru besar @ saya ingin berjumpa dengan Guru Besar 3. guru kelas Tahun Enam Cerdas @ Guru Kelas Tahun Enam Cerdas 4. ketua murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan @ Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan Setakat pemahaman saya, jika jawatan itu disertai dengan kata nama khas, maka ejaannya perlulah menggunakan huruf besar. Namun, bagaimanakah pula jika jawatan itu bukanlah jawatan yang besar dan diiktiraf seperti ketua pengawas, pengerusi persatuan dan sebagainya? Sekian, terima kasih. | 1. ketua kelas Tahun Lima Bestari @ Ketua Kelas Tahun Lima Bestari = Ketua Kelas Tahun Lima Bestari 2. Saya ingin berjumpa dengan guru besar @ saya ingin berjumpa dengan Guru Besar = Saya ingin berjumpa dengan guru besar. Guru Besar ditulis dengan huruf besar sekiranya merujuk kata nama khas seperti Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Maluri. 3. guru kelas Tahun Enam Cerdas @ Guru Kelas Tahun Enam Cerdas = Guru Kelas Tahun Enam Cerdas 4. ketua murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan @ Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan = Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan. guru besar, guru kelas, ketua murid ialah kata nama am. Oleh itu, kata-kata tersebut tidak perlu ditulis dengan huruf besar pada awal kata. Sekiranya merujuk kata nama khas, huruf di awal kata ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 26.12.2012 |
Pada suatu hari, ketika saya hendak mengambil air panas di kafe saya terserempak dengan seseorang yang saya amat berharap untuk berjumpa sebelum ini iaitu Ustaz Salahuddin. Saya agak terkejut kerana tidak menyangka akan berjumpa dengan beliau. Sempat saya menyapa beliau. Alhamdulillah ustaz masih ingat kepada saya. merujuk ayat-ayat di atas, adakah ustaz dieja sebagai huruf kecil atau besar? sebab ia merujuk kepada ustaz yang dinamakan dalam ayat di atas. Mohon penjelasan. | Ustaz Salehuddin ialah kata nama khas dan ustaz ialah kata nama. Apabila dalam satu wacana hanya perkataan ustaz digunakan untuk merujuk Ustaz Salehuddin, hendaklah dieja dengan huruf kecil. | Ejaan | 05.07.2022 |
1. Saya berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan di majlis persandingan atau pada majlis. 2. Untuk mengelakkan kemalangan berlaku atau berlaku ya kemalangan Mana Yang tepat | Ayat yang betul ialah: 1. Saya berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan di majlis persandingan. 2. Untuk mengelakkan berlakunya kemalangan. | Tatabahasa | 25.07.2023 |
Contoh penulisan dalam buku: Oleh kerana penyakitnya semakin teruk, Aina terus berjumpa doktor pakar di sebuah hospital swasta. Selepas pemeriksaan dibuat, Aina bertanya pada Doktor Mansor, "Kenapa dengan saya Doktor? Adakah penyakit saya ini serius?" Soalan saya: Doktor yang merujuk Doktor Mansor itu perlu ditulis menggunakan huruf besar atau tidak? | Salam sejahtera, Menerusi ayat yang dikemukakan oleh saudari, nama Doktor Mansor dalam ayat perlu ditulis dalam singkatan iaitu 'Dr.' Ayat: Oleh kerana penyakitnya semakin serius, Aina segera berjumpa doktor pakar di sebuah hospital swasta. Selepas pemeriksaan dilakukan, Aina bertanya kepada Dr. Mansor, "Kenapa dengan saya doktor? Adakah penyakit saya ini serius?." Untuk ayat 'Kenapa dengan saya doktor?' perkataan doktor ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 23.10.2012 |
Bolehkah frasa tempat diletakkan di hadapan ayat? Contoh. Di dalam bilik guru, Rani berjumpa dengan gurunya. | Ayat "Di dalam bilik guru Rani berjumba dengan gurunya" adalah betul. Ayat ini dalam susunan songsang, iaitu melalui proses pendepanan di mana unsur-unsur dalam konstituen pradikat yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Ayat tersebut dalam susunan biasa iaitu "Rani berjumpa dengan gurunya di dalam bilik guru." Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 477 - 483). | Tatabahasa | 28.09.2021 |
SOALAN 1 MENGIKUT ENTRI Kamus Dewan: Makna MENEMUI 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: CONTOH AYAT YANG DIBERI: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut. ENTRI MENEMUKAN, MAKNA 2. memperoleh sesuatu yg dicari dll (dgn usaha, penyelidikan dsb): Polis telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak itu di sebuah ladang getah. KEMUSYKILAN: Adakah bererti kedua-dua kata MENEMUI / MENEMUKAN pun boleh digunakan dalam ayat ini? APAKAH BEZANYA? SOALAN 2: Kita akan dapat MENEMUIKAN persamaan jika kita membaca kedua-dua novel tersebut. BETUL ATAU SALAH? JAWAPAN DIBERI OLEH BUKU SALAH. TETAPI, BUKANKAH BOLEH dijelaskan menggunakan MENEMUKAN MAKNA ENTRI 2.? TERIMA KASIH. | Berdasarkan makna ketiga menemui iaitu sama makna dengan menemukan, berjumpa dengan apa yang dicari, ayat "Kita akan dapat menemui/menemukan (bukan menemuikan) persamaan jika kita membaca kedua-dua novel tersebut" adalah betul. | Tatabahasa | 28.06.2011 |