1. berjuta kali atau berjuta-juta kali ? 2. beribu orang atau beribu-ribu orang ? 3. setinggi tahniah atau setinggi-tinggi tahniah ? | 1. Berjuta dan berjuta-juta sama maknanya, iaitu beberapa juta. Begitu juga dengan beribu dan beribu-ribu. 3. Yang betul ialah setinggi-tinggi tahniah (setinggi bermaksud sama tinggi). | Tatabahasa | 16.09.2010 |
Dalam soalan PMR 2011, no.9 Demi [memulihara] warisan sejarah, kerjaan telah [memperuntukkan] berjuta-juta ringgit untuk [membaik pulih] bangunan tersebut. [Tiada kesalahan] Yang manakah betul? Adakah kesalahan dalam ayat berikut? Walaupun dia bukan sangat pandai, dia sanggup membantu rakan-rakannya. | Demi [memulihara] warisan sejarah, kerjaan telah [memperuntukkan] berjuta-juta ringgit untuk [membaik pulih] bangunan tersebut. - tiada kesalahan dalam ayat ini Walaupun dia bukan sangat pandai, dia sanggup membantu rakan-rakannya. - Struktur binaan ayat ini adalah betul, mungkin terdapat kekeliruan dari aspek semantiknya. Oleh sebab pertanyaan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan, kami cadangkan saudara merujuk kepada Lembaga Peperiksaan (melalui guru di sekolah) untuk memastikan sama ada ayat ini betul atau sebaliknya. | Tatabahasa | 07.10.2011 |
Kerajaan telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk memperbaiki sistem jalan raya di negara kita. Adakah penggunaan kata kerja transitif memperbaiki dalam ayat di atas betul? Kalau tidak, tolong berikan jawapan yang betul dan jelaskan sebabnya. Adakah imbuhan memper....i tidak boleh dibubuhkan pada kata adjektif lagi? Terima kasih. | Bagi kata memperbaiki adalah lewah kerana perkataan tersebut seharusnya menerima awalan meN- atau memper-, apitan men-i atau apitan memper-...-kan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 211 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 12.08.2010 |
Pilih jawapan yang betul. Syarikat telekomunikasi terkenal itu telah melabur berjuta-juta ringgit untuk ---- rangkaian perkhidmatan perhubungan ke seluruh negara. A mengadakan B melaksanakan C meningkatkan D menganjurkan | Jawapan yang betul "meningkatkan". | Tatabahasa | 06.08.2015 |
berjauta-juta ialah kata kerja atau kata apa? tq | Berjuta-juta merupakan kata bilangan yang menjadi penerang pada frasa nama yang hadir sebelum frasa tersebut. | Tatabahasa | 01.08.2013 |
ISyafiq menelan sup ayam yang baru dimasak oleh ibunya kerana terlalu lapar. IIPembinaan lebuh raya itu menelan kos berjuta-juta ringgit. IIIJasmin hanya menelan sahaja kata-kata cacian yang telah dilemparkan kepadanya dengan perasaan sedih. IVKerajaan Malaysia telah menelan wang yang banyak untuk mendapatkan bekalan vaksin untuk rakyat. "Dalam keempat-empat ayat ada kesalahan tak? | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Syafiq menghirup sup ayam yang bari dimasak oleh ibunya kerana terlalu lapar. 2. Pembinaan lebuh raya itu menelan kos jutaan ringgit. 3. Ayat " Jasmin hanya menelan sahaja kata-kata cacian yang telah dilemparkan kepadanya dengan perasaan sedih" adalah betul. 4. Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan wang yang banyak untuk mendapatkan bekalan vaksin. | Tatabahasa | 26.04.2022 |
Selamat sejahtera. Introduction to Skin Microbiome Did you know our skin is home to millions of good bacteria? These tiny protectors are essential for keeping our skin healthy and happy! Pengenalan pada Mikrobiom Kulit Tahukah anda bahawa kulit kita mempunyai berjuta-juta bakteria baik? Pelindung kecil ini penting untuk memastikan kulit kita sihat dan ceria! Adakah terjemahan tersebut betul? Sekian, terima kasih. | Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Bagi mendapatkan perkhidmatan penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.08.2024 |
Salam sejahtera, tuan. 1. Menteri Pendidikan akan merasmikan seminar peringkat kebangsaan esok. Adakah ayat ini betul? Jika tidak, pembetulan ialah apa? 2. Baik Ali mahupun Ahman amat bagus dalam mata pelajaran Sejarah. 3. Pemandangan di Tanah Tinggi Cameron pada waktu senja amat indah nian. 4. Lencongan/Gangguan di hadapan menyebabkan Ah Meng tidak dapat meneruskan perjalanannya. 5. Segala gangguan/kesulitan amat dikesali oleh Pihak Jabatan Kerja Raya. 6. Perkara itu dikhuatiri akan menimbulkan gangguan kepada orang ramai. Adakah ayat ini betul? 7. Yi He menjalin/mencampurkan kedua-dua warna tersebut sebelum melakukan kerja-kerja mengecat. 8. a) Kumpulan ekspedisi berpeluang melihat jutaan kelawar yang muncul dari Gua Rusa pada sebelah petang. b) Kumpulan ekspedisi berpeluang menyaksikan berjuta-juta kelawar yang keluar dari Gua Rusa pada sebelah petang. Ayat manakah yang betul? 9. Kucing itu sakit, maka ia dibawa ke klinik haiwan. Adakah ia betul? Kalau tidak, apakah perkataan yang sesuai? 10. Tangannya meraba-raba/merayau-rayau mencari jarum yang jatuh ke lantai. Adakah ayat ini betul? Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul dan sesuai digunakan adalah seperti yang berikut: - Menteri Pendidikan akan merasmikan seminar peringkat kebangsaan esok.
- Baik Ali, mahupun Ahman kedua-duanya amat bagus dalam mata pelajaran Sejarah. atau Ali dan Ahman amat bagus dalam mata pelajaran Sejarah.
- Permandangan di Tanah Tinggi Cameron pada waktu senja amat indah nian. (perkataan “nian” boleh diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif).
- Lencongan/Gangguan di hadapan menyebabkan Ah Meng tidak dapat meneruskan perjalanannya.
- Sebarang kesulitan amat dikesali. (Jabatan Kerja Raya) Biasanya Jabatan Kerja Raya ditulis pada bahagian bawah sebelah kiri atau kanan papan tanda/teks.
- Perkara itu dikhuatiri akan menimbulkan gangguan kepada orang ramai.
- Yi He mencampurkan kedua-dua warna cat sebelum melakukan kerja mengecat.
- a) Kumpulan ekspedisi berpeluang melihat jutaan kelawar yang muncul dari Gua Rusa pada sebelah petang. b) Kumpulan ekspedisi berpeluang menyaksikan berjuta-juta kelawar yang keluar dari Gua Rusa pada sebelah petang. Kedua-dua perkataan “melihat” dan “menyaksikan” boleh digunakan dan sama maknanya.
- Kucing itu sakit, maka ia dibawa ke klinik haiwan. (“ia” boleh merujuk kepada kata ganti nama bukan manusia, selain kata ganti nama diri ketiga bagi manusia)
- Tangannya meraba-raba mencari jarum yang jatuh ke lantai.(Perkataan yang sesuai digunakan ialah “meraba-raba”, manakala perkataan “merayau-rayau” digunakan untuk menekankan “merayau”).
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021). | Tatabahasa | 15.07.2024 |
Salam sejahtera, saya menghadapi masalah menterjemah perkataan millionaire dan billionaire ke dalam bahasa Malaysia, terutamanya apabila kedua-duanya hadir dalam ayat yang sama. Setahu saya, kedua-duanya mempunyai padanan jutawan dalam BM. Apakah cadangan DBP untuk membezakan dua perkataan ini, millionaire & billionaire? | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, terjemahan bagi millionaire dan billionaire ialah jutawan. Merujuk kepada maksud jutawan ialah orang yang mempunyai wang (harta benda) yang jumlahnya (nilainya) berjuta-juta ringgit.
| Makna | 14.09.2021 |