Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkait 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikom, Saya ingin tahu mana satu ejaan yang betul bagi perkataan berikut:- 1. berkait rapat ...atau berkaitrapat... 2. hubungkait... atau hubung kait.... 3. walaubagaimana pun... atau walau bagaimana pun... 4. Bolehkah sesuatu ayat itu dimulakan dengan perkataan Oleh yang demikian... atau pun Dan....... terima kasih.Ejaan yang betul ialah berkait rapat, hubung kait, dan walau bagaimanapun. Ayat boleh dimulakan dengan "oleh yang demikian" dan tidak boleh dimulakan dengan "dan".Ejaan14.07.2010
Saya keliru bahawa pengggunaan "berkaitan dengan" atau "berkait dengan" barulah betul. Contoh: 1. ......berkaitan dengan alam sekeliling 2. ......berkait dengan alam sekeliling Yang manakah betul dan kenapa?Untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut, tuan perlu melihat makna kedua-dua kata. Berkait bermaksud:  i. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya;  ii. tersangkut (pada); dan iii. berkaitan (bersangkutan, berhubungan, berkenaan). Oleh itu, untuk situasi yang membawa maksud bersangkutan atau berhubungan kata berkait dan berkaitan boleh digunakan, manakala untuk situasi yang lain kata berkait sahaja yang digunakan.Tatabahasa13.05.2014
Cikgu, saya keliru bahawa penggunaan "berkaitan dengan" dan "berkait dengan" yang manakah baru betul. Contoh: 1. berkaitan dengan alam sekeliling 2. berkait dengan alam sekeliling Yang manakah barulah betul dan kenapa?Untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut, saudara perlu melihat makna kedua-dua kata. Berkait bermaksud:  i. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya;  ii. tersangkut (pada); dan iii. berkaitan (bersangkutan, berhubungan, berkenaan). Oleh itu, untuk situasi yang membawa maksud bersangkutan atau berhubungan kata berkait dan berkaitan boleh digunakan, manakala untuk situasi yang lain kata berkait sahaja yang digunakan.Tatabahasa13.05.2014
Madah berkait dengan pujangga, dan pujangga berkait dengan puisi. Adakah 'madah' boleh dikategorikan sebagai genre puisi?

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, madah bermaksud 1. kata yang terutamanya digunakan untuk puji-pujian: Ramlah tersipu-sipu mendengar madah Tuan Penghulu itu; 2. (sastera lama) perkataan; berpanjang madah berkata (menghuraikan dll) dengan panjang lebar; pendek ~ pendek kata, pen­deknya;.
Bermadah pula bermaksud bersyair dll dengan memuji-muji, memuji-muji: saya ~ spt pujangga, dia membisu sahaja.


Secara umum pembahagian genre ini dibuat mengikut bentuk, teknik dan persoalan dalam sesuatu hasil kesusasteraan itu. Jika mengikut konteks kesusasteraan Melayu pada hari ini, sebanyak lima genre dibahagikan dalam kesusasteraan Melayu, iaitu genre puisi, genre cerpen, genre novel, genre drama dan genre kritikan sastera. Dalam setiap genre itu pula dapat pula dibahagikan kepada jenis-jenis yang kecil lagi, contoh genre puisi dibagaikan pula kepada Puisi Melayu Tradisional dan Puisi Melayu Moden. Jenis-jenis Puisi Melayu Tradisional seperti pantun, syair, gurindam, nazam, seloka dan seumpamanya. Puisi-puisi Melayu Tradisional ini biasa ditentukan berdasarkan bentuk, teknik dan persoalan yang ingin dikemukakan dalam sesebuah puisi itu. 

Daripada huraian maksud, madah boleh dihimpunkan dalam genre puisi.

Sastera15.06.2019
Cikgu, ayat di bawah yang manakah adalah betul? Halaman berapa Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang harus saya rujuk berkait dengan soalan ini? 1. Album terkini Taylor Swift iaitu "Single 22" telah dilancarkan secara rasmi pada minggu lepas. 2. Album Taylor Swift "Single 22" yang terkini...... 3. Album Taylor Swift terkini "Single 22"...... 4. Album terkini "Single 22" Taylor Swift...... 5. Album Taylor Swift "Single 22" terkini...... (telah gugurkan "yang" dalam ayat 2) Tolong berikan penerangan dan rujukan halaman Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Saya sangat berterima kasih atas usaha DBP.Ayat yang betul dari segi tatabahasa ialah Album terkini Taylor Swift, iaitu Single 22 telah dilancarkan secara rasmi pada minggu lepas. Tatabahasa13.05.2014
Salam, berikan sebab atau alasan tatabahasa (sekiranya) dua ayat berikut tidak gramatis. Terima kasih. (1) Sehubungan dengan penaakulan teoretis— yang berkait rapat dengan pernyataan-pernyataan deklaratif— kebenarannya adalah bahawa terdapat ruang bagi penaakulan manusia untuk menanggapi dan menyatakan sesuatu tentang Tuhan. (2) Sebab penjelasan ini lemah adalah bahawa tiada sebarang bukti dijumpai dalam teks dan konteks tidak menyokongnya.

Cadangan penggunaan bahasa Melayu yang betul dari segi tatabahasa ialah:

1.  Sehubungan dengan penaakulan teoretis yang berkait rapat dengan pernyataan deklaratif, kebenarannya terdapat ruang bagi penaakulan manusia untuk menanggapi dan menyatakan sesuatu tentang tuhan.

2.   Penjelasan ini lemah kerana tiada sebarang bukti dijumpai dalam teks dan konteks tidak menyokongnya. 

Tatabahasa04.06.2022
Salam sejahtera. Saya ingin minta pencerahan tentang 3 perkara berikut: 1. Penggunaan istilah 'petang' & 'malam': Untuk kata alu-aluan (ucapan pada pukul 7.30 malam), yang malam satu lebih tepat: a. Selamat 'petang' dan salam sejahtera... terlebih dahulu.. b. Selamat 'malam' dan salam .................. 2.Adakah tanggapan saya ini betul? a. 'baru' untuk 'just' dalam bahasa Inggeris b. 'baharu' untuk 'new' dalam bahasa Inggeris 3. Yang mana di bawah ini betul? a. berkait dengan isu ini... b. berkaitan dengan isu ini... c. berkait isu ini... d. berkaitan ini... e. tentang isu ini... Terima kasih.
  1. Penamaan tempoh masa dari 7.00pm hingga 11.59pm ialah malam.  2.    Kamus Dewan memberi makna baharu sama dengan baru. Buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Baharu ialah kata adjektif (dalam bahasa Inggeris ialah new) yang lazim kita temui dalam ayat rumah baharu dan pelajar baharu, manakala baru ialah kata bantu (dalam bahasa Inggeris ialah just) seperti dalam ayat dia baru sampai dari Terengganu. Untuk golongan pelajar, kami nasihatkan mengambil panduan yang ditetapkan dalam buku Tatabahasa Dewan kerana Kamus Dewan lebih kepada mengungkapkan makna sesuatu kata bukannya panduan dalam berbahasa. 3. Frasa yang betul ialah ...berkaitan dengan isu ini....  dan berkenaan dengan isu ini.
Tatabahasa06.02.2015
Istilah-istilah berikut dalam Bahasa Melayu: 1. Interlocking pavement 2. SignagePadanan bahasa Melayu bagi istilah interlocking pavement ialah turapan berkait dan istilah signage ialah penunjuk. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang pertanian.Istilah05.02.2024
Mohon nasihat dan pandangan tuan/puan bagi terma-terma berikut: 1) "culture rape" seperti dalam ayat: The 17-year-old exposing rape culture in Malaysian schools 2) "victim percipitation" seperti dalam ayat: Victim precipitation is a controversial theory asserting that victims sometimes initiate the actions which lead to their harm or loss. Kedua-dua terma ini berkait dengan bidang kriminologi. Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah rape culture ialah budaya rogol dan istilah victim precipitation ialah dorongan mangsa. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.

Istilah27.02.2024
1.Siapakah penulis buku Tatabahasa Dewan Terbitan DBP? 2.Apakah yang di maksudkan dengan Akta Hasutan 1948 yang berkaitan dengan penggunaan Bahasa Melayu?Sdr. Devil_demon82 Buku "Tatabahasa Dewan" Terbitan DBP ditulis oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood dengan cetakan terkini 2006. Soalan 2 - Akta Hasutan 1948 bertujuan untuk melarang soalan mengenai hak, taraf kedudukan, hak istimewa, kedaulatan raja yang dilindungi oleh perlembagaan ke atas bahasa kebangsaan, kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu dan kuasa pemerintahan raja-raja. Sdr. boleh mendapatkan melalui carian google atau yahoo dengan memasukkan kata carian "akta hasutan" "bahasa melayu". Ia juga berkait dengan perbincangan kontrak sosial.Lain-lain24.07.2007
123

Kembali ke atas