| Cikgu, penggunaan di bawah yang manakah baru betul? 1. prihatan terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling. 2. prihatin tentang persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling. 3. prihatin mengenai persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling. Kata nama "persoalan" bukankah kata nama tak hidup abstrak? Bukankah patut menggunakan kata sendi nama "tentang" atau "mengenai" sedangkan kedua-dua kata sendi nama ini sama maksudnya. | Ayat yang betul ialah "prihatin tentang persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling" dan "prihatin mengenai persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling".
| Tatabahasa | 13.05.2014 |
| Saya bernama Mareenee Sama-alee pelajar bahasa Melayu Dasar,ingin bertanya,apakah buku yang berkaitan dengan Bahasa Melayu di Fatani,terima kasih. | Untuk makluman tuan, tiada data mengenai buku berkaitan dengan bahasa Melayu di Pattani, Thailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand. | Lain-lain | 06.11.2013 |
| Ada tak peribahasa yang berkaitan dengan menimba atau mencari ilmu? Terima kasih. | Peribahasa yang berkaitan dengan kepentingan ilmu adalah seperti yang berikut: 1. Melentur biarlah dari rebung 2. Bolehkah gabus sebelum diasah? 3. Biduk kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju 4. Supaya tahu akan pedas lada, supaya tahu akan masin garam. | Lain-lain | 03.10.2016 |
| Huraikan kesan penggunaan bahasa rojak dalam masyarakat? | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr melayari laman berikut bagi mendapatkan bahan rujukan tambahan. Pusat Dokumentasi Melayu, DBP https://pustakav2.dbp.gov.my/ | Lain-lain | 18.08.2025 |
| bagaimana untuk mengatasi bahasa rojak dalam kalangan individu | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr melayari laman berikut bagi mendapatkan bahan rujukan tambahan. Pusat Dokumentasi Melayu, DBP https://pustakav2.dbp.gov.my/ | Lain-lain | 18.08.2025 |
| Adakah istilah angka pengimbang wujud dalam bidang perakaunan? | Istilah angka pengimbang ialah merujuk istilah sumber balancing figure yang berkaitan dengan bidang ekonomi dan boleh juga berkaitan dengan bidang perakaunan. | Lain-lain | 22.12.2017 |
| salam 1 Malaysia, yang manakah ayat yang sesuai yang menunjukkan penggunaan adalah dan ialah bagi contoh ayat berikut; 1. Kebanyakan item cadangan tersebut adalah cadangan yang berkaitan dengan kebajikan dan beban kerja guru 2. Kebanyakan item cadangan tersebut ialah cadangan yang berkaitan dengan kebajikan dan beban kerja guru sekian tq | Kebanyakan item cadangan tersebut ialah cadangan yang berkaitan dengan kebajikan dan beban kerja guru. | Tatabahasa | 28.08.2015 |
| Bagaimanakah cara orang lama mempertahankan Bahasa Melayu ketika dijajah? | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr melayari laman berikut bagi mendapatkan bahan rujukan tambahan. Pusat Dokumentasi Melayu, DBP https://pustakav2.dbp.gov.my/ | Lain-lain | 19.08.2025 |
| Apakah cabaran utama dalam pengajaran dan pembelanjaran bahasa melayu ? | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr melayari laman berikut bagi mendapatkan bahan rujukan tambahan. Pusat Dokumentasi Melayu, DBP https://pustakav2.dbp.gov.my/ | Lain-lain | 18.08.2025 |
| Saya nama Mareenee belajar bahasa Melayu Dasar,ingin bertanya apakah buku yang berkaitan dengan sejarah bangkok,terima kasih | Thailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand. Puan juga boleh merujuk laman web http://www.ukm.my/penerbit/f569-x.html untuk buku terbitan UKM. | Lain-lain | 20.11.2013 |