Ejaan untuk sangkakala, kadangkala, purbakala, manakala, senjakala, dahulukala, tatkala, apakala, berkala, sekala dan berkala-kala, semuanya dieja rapat. Mengapa untuk kata barang kala dieja dengan berjarak? Ini merujuk kepada 'carian PRPM@DBP Malaysia. Mohon penjelasan. | Tuan/puan yang dihormati, Berikut ialah penjelasan pengejaan frasa barang kala: Setelah dibuat penelitian dan penyemakan, tiada penjelasan khusus yang dapat diberikan berhubung pengejaan barang kala yg dieja sebagai dua perkataan dan tidak dieja sebagai satu kata seperti sangkakala, kadangkala, purbakala, manakala, senjakala, dahulukala, tatkala, apakala, berkala, sekala dan berkala-kala. Meskipun maksud perkataan barang kala mempunyai kaitan dengan masa, zaman, waktu dan sebagainya, namun pengejaannya tetap berjarak. Dalam Kamus Dewan (1970) lagi, kata barang kala dimasukkan sebagai frasa di bawah kata masukan barang dengan paparan seperti yang berikut: barang bila (kala) sesuatu waktu, bila masa sahaja Begitu juga dengan Kamus Besar Bahasa Indonesia, Kamus Umum Bahasa Indonesia, Kamus Nusantara, Kamus Bahasa Melayu Winstedt, A Malay – English Dictionary oleh RJ Wilkinson yang diterbitkan sejak tahun 50-an lagi. Kesemua kamus yang dirujuk ini memaparkan ejaan barang kala sebagai dua perkataan. Semoga penjelasan ini menjawab persoalan yang dikemukakan. Sekian, terima kasih. | Ejaan | 14.12.2017 |
1) Sehelai atau sekeping kertas? 2) Sekeping atau sehelai wang kertas? 3) Doktor Aminah menjalani pemeriksaan berkala ke atas nenek saya. (Gramatis?) 4) Melancong ke Taman Tema Disneyland merupakan salah satu kenangan manis bagi saya. (Gramatis?) | Jawapan soalan (1) dan (2) Penjodoh bilangan yang betul ialah sehelai kertas dan sekeping kertas. Ayat yang betul ialah (3) Doktor Aminah menjalani pemeriksaan berkala terhadap nenek saya. Jawapan soalan (4) Melancong ke Taman Tema Disneyland merupakan salah satu kenangan manis bagi saya. (ayat yang gramatis). | Tatabahasa | 22.02.2019 |
HALO,ASKUM, SY NK TANYA TENTANG MAKSUD AYAT GRAMATIS DLM CERPEN YG SESUAI DENGAN ZAMAN KINI,IAITU=TERKEKEH,SECARA BERKALA,BUNGKAM,DAN SAYA NAK TAHU PERBEZAAN AYAT GRAMATIS DAN DRAMATIS? | Waalaikumusslam wbk. Gramatis dalam cerpen bermaksud ayat yang dibina adalah berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Dalam hal ini ayat yang dibina adalah lebih menarik dibaca atau berseni. Maksud ayat: i. Terkekeh bermaksud ketawa berdekah-dekah, tergelak-gelak, terbahak-bahak. Binaan ayat dengan kata sifat ini dibenarkan dalam cerpen kerana ia jelas dan menarik. ii. Berkala (keluar, terbit, dsb) bermaksud berulang-ulang pada waktu yang tetap (mengikut jangka waktu yang tertentu). iii. Bungkam bermaksud tidak bersuara (bercakap dll), diam. Perbezaan ayat dramatis ialah ayat yang dibina oleh penulis drama mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa dan sifatnya lebih jelas, berseni dan menarik. | Lain-lain | 20.03.2008 |
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk menggambarkan: (a. beberapa artikel yang diterbitkan secara berkala setiap bulan, diringkaskan isi kandungannya) dan proses ini (a.) diulang setiap bulan yang akan datang. Edisi Pertama atau Terbitan Pertama? Terima kasih. | Penjodoh bilangan yang sesuai ialah "sebuah", seperti sebuah buku dan sebuah majalah. | Lain-lain | 07.08.2019 |
Sila rujuk lampiran fail. Terima kasih. soalan (1) dan (2) Penjodoh bilangan yang betul ialah sehelai kertas dan sekeping kertas. Bolehkah saya tahu mengapa sekeping wang kertas dan bukannya sehelai wang kertas; sedangkan penjodoh bilangan bagi kertas ialah sehelai? Ayat yang betul ialah (3) Doktor Aminah menjalani pemeriksaan berkala terhadap nenek saya. Adakah ayat-ayat berikut gramatis? - Doktor Aminah menjalankan pemeriksaan berkala terhadap nenek saya. - Nenek saya menjalani pemeriksaan berkala di hospital kerajaan. | - Penjodoh bilangan untuk wang kertas ialah sekeping. Ini kerana wang kertas berbentuk nipis atau pipih. Sedangkan penjodoh bilangan sehelai sesuai digunakan untuk benda yang nipis dan lebar.
- Kedua-dua ayat yang dinyatakan adalah betul dari segi penggunaan tatabahasanya.
| Tatabahasa | 27.02.2019 |
berikan maksud jurnal berserta jenis-jenis jurnal.terima kasih | Jurnal ialah terbitan atau majalah berkala yg khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu (biasanya yg termuat karangan-karangan ilmiah). Terdapat pelbagai jenis jurnal mengikut bidang, misalnya jurnal berkaitan bahasa, sejarah, politik, sains dan lain-lain. | Makna | 14.03.2013 |
Bagaimana hendak menerbitkan sebuah majalah sekolah?Harap dapat memberi tunjuk ajar.Terima kasih | Majalah sekolah telah banyak yang diterbitkan. Kaedah penerbitannya sama dengan kaedah penerbitan bahan berkala; penulisan, penyuntingan, atur huruf, dan percetakan. | Lain-lain | 18.05.2008 |
Manakah yang lebih sesuai untuk di buat tajuk bagi terbitan berikut? koleksi/himpunan kertas-kertas kajian akademik DIGEST atau JOURNAL | Digest diterjemahkan kepada ringkasan, manakala jurnal ialah terbitan atau majalah berkala yang khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu. | Istilah | 25.01.2017 |
Apakah terjemahan bahasa Melayu yang sesuai untuk istilah 'scaffold' dan 'scaffolding' yang biasa digunakan dalam bidang pendidikan? Scaffold dari segi istilah bermaksud perancah (dalam bidang pembinaan). Dalam konteks pendidikan, scaffold merujuk kepada bimbingan guru secara berterusan/berkala sehingga pelajar mahir sendiri tanpa bantuan guru. Terima kasih | Ada dua pilihan mengikut konteks: 1. scaffolding - sokongan 2. instructional scaffolding - perancah pengajaran. Namun, kami berpandangan Kementerian Pendidikan sudah ada istilahnya sendiri bagi konsep tersebut kerana konsep ini sudah lama juga usianya dalam dunia pendidikan. | Istilah | 21.02.2015 |
ADAKAH FORMAT BARU UNTUK PENULISAN MINIT MESYUARAT DAN SURAT KIRIMAN RASMI? | Format penulisan minit mesyuarat ada dua bentuk, iaitu dalam kotak dan tanpa kotak. Bentuk ini dipilih bergantung pada jenis mesyuarat yang diadakan. Misalnya, mesyuarat berkala lazimnya menggunakan format kotak, manakala mesyuarat agung menggunakan format tanpa kotak. Bagi penulisan surat rasmi pula, format yang diguna pakai umumnya berbentuk santak kiri. Untuk penjelasan lanjut, sila berhubung dengan pihak INTAN atau Jabatan Perkhidmatan Awam. | Lain-lain | 02.07.2009 |