| Sekiranya jarak masa 6 bulan dipanggil setengah tahun, dan jarak masa 3 bulan dipanggil sukuan tahun, jadi apakah nama/terma sesuai bagi menjelasakan jarak masa 4 bulan? Saya sedang menyediakan laporan di mana pelaporan perlu dilaksanakan sebanyak 3 kali setahun (setiap 4 bulan), jadi saya memerlukan terma yang tepat bagi menjelaskan jarak masa 4 bulan bagi tempoh masa berikut Januari - April; Mei - Ogos; dan September - Disember Penjelasan tuan/puan mengenai perkara ini amatlah dihargai | Tidak semua penggalan masa dinamakan bagi merujuk tempoh masa tertentu, kecuali yang lazim digunakan seperti suku tahun dan setengah tahun. Kami mencadangkan untuk tempoh berkala seperti Januari - April, Mei - Ogos, dan September - Disember dikenali sebagai empat bulan pertama, empat bulan kedua dan empat bulan terakhir tahun semasa. | Lain-lain | 24.12.2024 |