Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.li.ka.li] | برکالي - کالي

Definisi : beberapa kali (berturut-turut), berulang kali, kerap kali, sering kali: mereka membunyikan hon lori itu ~; ~ sudah saya ingatkan dia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.li.ka.li] | برکالي - کالي

Definisi : berulang kali; kerap atau acapkali; sering; selalu: Mereka membunyikan hon kereta ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkali-kali


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah satu betul? 1. bersungguh-sungguh belajar / belajar bersungguh-sungguh. 2. berkali-kali menasihatinya / menasihatinya berkali-kali 3. Adakah rumusan berikut terpakai untuk semua frasa keterangan kata kerja? [ frasa adjektif]+kata kerja. Contohnya, bergotong-royong membersihkan, bertungkus lumus memadamkan api, bersungguh-sungguh menyiapkan kerja rumah, dan lain-lain.

Jawapan yang betul  ialah belajar bersungguh-sungguh dan menasihatinya berkali-kali. Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang menerangkan kata kerja dengan lebih lanjut lagi. Unsur keterangan juga berfungsi sebagai frasa adverba. Unsur keterangan hadir sesudah kata kerja. Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek. Dari segi struktur binaannya, unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa nama dan kata adverba. Contohnya,

1. Kerajaan mengeluarkan kenyataan tentang kenaikan gaji

2. Sungai Perak mengalir dengan tenangnya.

3. Pemimpin yang sudah berumur itu bercakap perlahan-lahan.

4. Bunga rampai itu berbau sungguh harum.

5. Mereka berjuang bermati-matian.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang unsur keterangan dalam frasa kerja sila rujuk Tatabahasa Dewan ms. 399-402.

Tatabahasa22.03.2011
Ali berkali-kali menasihati adiknya yang berbuat jahat. Atau Ali menasihati adiknya yang berbuat jahat berkali-berkali. Atau kedua-dua ayat itu betul.Ayat yang pertama betul.Tatabahasa26.08.2010
assalam. Saya ingin tahu adakah betul ayat ini. Mak Mah berkali-kali memicit-micit kakinya. Kedua, adakah perkataan mencukup boleh digunakan dalam ayat ini. Bekalan rumput di ladang itu tidak mencukupi.Ayat yang gramatis ialah "Mak Mah berkali-kali memicit kakinya" dan "Bekalan rumput di ladang itu tidak mencukupi".Tatabahasa03.05.2013
ulang-alik dan bolak-balik kedua-dua perkataan ini ada perbezaan ?Sila berikan maksud dan penggunaannya. Terima kasih.

Makna ulang-alik ialah kerap kali (berkali-kali) pergi dan balik, bolak-balik, mundar-mandir: empat kali Pak Pandir dgn Mak Andeh berangkut ~, baharulah habis semuanya. Olak-alik pula ialah

  • berulang-ulang, bolak-balik, tidak tetap, (berubah-ubah pendirian, pegangan, percakapan, dll);
  • Makna21.10.2009
    Saudara, apakah makna Jubli Berlian? Saya sudah mencari berkali-kali di dalam kamus dewan tetapi tidak saya ketemui. Terima Kasih.Berdasarkan sumber rujukan kami, yang ada ialah Jubli Perak = perayaan memperingati ulang tahun yang kedua puluh lima, jubli emas = perayaan memperingati ulang tahun yang kelima puluh dan jubli intan = perayaan mem­peringati ulang tahun yang keenam puluh. Tidak ada ungkapan jubli berlian.Lain-lain01.11.2010
    Saya ingin mendapatkan pengesahan pengunaan kata “ia” yang mematuhi hukum tatabahasa. Sejak di bangku sekolah lagi, saya telah diingatkan berkali-kali bahawa perkataan “ia” ialah KGN Ketiga & tidak boleh digunakan bagi menggantikan benda atau haiwan. Jadi di sini saya ingin dapatkan pencerahan serta ilmu baharu jika pihak DBP boleh memberikan contoh untuk ayat-ayat yang boleh menggunakan perkataan “ia” selain hanya sebagai KGN Ketiga. Oh ya, sebelum saya menulis pertanyaan ini, saya telah merujuk laman web DBP dan membaca khidmat nasihat berkenaan penggunaan perkataan ia. Namun apabila mendapat nasihat dan saranan daripada para guru BM yang sedikit berbeza daripada jawapan pihak DBP, saya mula ragu-ragu. Tolong bantu saya serta murid yang lain untuk bertambah yakin akab penggunaan perkataan ia. Terima kasih kerana menyediakan platform ini untuk individu seperti saya yang jahil ini mendapatkan ilmu.​“Ia” merupakan kata ganti nama ketiga dan kata ganti nama bukan manusia.

    Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 796.
    Tatabahasa03.12.2025
    Salam bahagia, sesetengah pelajar begitu ghairah menggunakan kata 'rentetan' untuk mengungkapkan maksud 'ekoran' atau 'akibat' atau 'gara-gara' dalam penulisan karangan. Sudah berkali-kali saya merujuki Kamus Dewan untuk memastikan penggunaan kata itu betul kerana penggunannya begitu lelluasa sekali. Sebagai contohnya, "Penghidupan nelayan di negara kita terancam rentetan pencemaran laut." Ada pula menggunakan frasa 'rentetan itu' untuk membawa maksud 'sebagai akibatnya'. Contohnya, "Renteran iu, remaja ponteng sekolah dan berpelesiran di kompleks beli-belah." Adakah kata 'rentetan' sesuai dalam konteks kedua-dua kalimat tersebut? Sila berikan penjelasan agar semua pengguna bahasa Melalyu mendapat manfaat daripadanya. Salam hormat, Kay Seven, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Rentetan bermaksud deretan peristiwa atau bunyi. Penggunaan perkataan rentetan hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya. Dalam hal ini guru boleh memainkan peranan untuk membimbing pelajar menggunakan perkataan yang betul berdasarkan konteks ayat.Makna21.12.2016
    'repitisi' atau 'repitasi'Slam sejahtera. Menurut Kamus Dewan Edisi k- 4 (répetisi) IB ulangan (pelajaran), latihan ulangan (lakonan dll): seorang bintang filem berkali-kali mengadakan ~ utk menyesuaikan dirinya dgn lakonan yg akan dijalankan. Sekian.Lain-lain30.12.2008
    Assalamualaikum. 1. Apakah perbezaan penggunaan kata ' walhal' dan 'meskipun' Terima kasih.Walhal sama makna dengan padahal, meskipun dan sungguhpun: contohnya, Ia masih belum memahami masalah itu,  walhal/padahal/meskipun/sungguhpun sudah berkali-kali diterangkan.Tatabahasa22.06.2011
    Selamat sejahtera kepada Tuan/Puan Soalan saya adalah mengenai apakah perkataan Bahasa Melayu yang paling sesuai yang boleh digunakan untuk menterjemahkan perkataan Bahasa Inggeris 'chanting / chant' (yang membawa masuk 'menyebut/mengucap sesuatu perkataan dan megulanginya berkali-kali'). Contohnya chanting the name of God. (to say/utter the name of God and repeat the name many times) Bolehkah saya menggunakan perkataan seperti 'mengucap & mengulangi'. Adakah terdapat satu perkataan yang paling sesuai untuk membawa maksud 'menyebut dan mengulanginya' seperti mana yang terdapat dalam bahasa Inggeris ('chanting') Bolehkah kita menggabungkan 2 perkataan menjadi satu seperti mengucap & mengulangi menjadi 'mengucap ulangi' atau 'mengucap ulang' dan sebagainya. Penjelasan dan khidmat nasihat daripada pihak anda amatlah dihargai. Kerjasama daripada anda didahului dengan rubuan terima kasih. Yang Benar, S. PonnusamyTerdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "chant" dalam pangkalan data istilah DBP seperti yang berikut:

    chant - canta (Huraian: Nyanyian monofoni yang terhad kepada beberapa pic sahaja dan berirama bebas, Canta biasanya dinyanyikan di gereja seawal Zaman Pertengahan dan juga merujuk kepada muzik jenis plainsong.(bidang Muzik)

    chant - canta (Huraian: Nama umum untuk semua jenis lagu gereja.(bidang Kesenian)

    chant - nyanyi puja (bidang Kesusasteraan)

    Istilah27.06.2016
    123

    Kembali ke atas