MAKSUB BADAN BERKANUN DALAM BAHASA MALAYSIA DAN BAGAIMANA HENDAK TULIS BADAN BERKANUN DALAM BAHASA INGGERIS | Badan Berkanun ialah badan yg ditubuhkan, dibenarkan dsb mengikut statut atau undang-undang tertentu. Dalam bahasa Inggeris Badan Berkanun ditulis sebagai Statutory Body. T.kasih. | Lain-lain | 11.09.2008 |
Saya ingin memohon semakan kata nama am dan khas daripada pihak DBP merujuk kepada perkataan-perkataan yang dilampirkan di bawah; 1. Perbadanan Awam atau perbadanan awam? 2. Badan Berkanun atau badan berkanun? 3. kategori kata nama bagi 'Suruhanjaya', 'kerajaan', 'pihak berkuasa' 4. Bumiputera Sabah atau bumiputera Sabah? 5. agensi separuh kerajaan atau Agensi Separuh Kerajaan? 6. 'Terdapat 2 jenis jabatan...' atau 'Terdapat dua jenis jabatan...' Terima Kasih. | Ejaan yang betul ialah perbadanan awam, badan berkanun, suruhanjaya, kerajaan, pihak berkuasa, bumiputera Sabah, agensi separuh kerajaan dan jabatan. | Tatabahasa | 01.12.2014 |
apakah yang dimaksudkan dengan badan berkanun. adakah maksud secara literal ataupun konseptual mengikut persepsi masa kini? | Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, badan berkanun ialah jabatan kerajaan yang dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan salah satu contoh badan berkanun. | Makna | 26.12.2009 |
Badan berkanun apa yang tidak diwajibkan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ? | Semua agensi kerajaan termasuk badan berkanun wajib menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, tiada yang terkecuali dalam hal melaksanakan peruntukan Perkara 52, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, dan sebagainya. | Lain-lain | 25.09.2014 |
Kepada pegawai yang berkenaan, Apakah terjemahan sesuai untuk perkataan "Chartered" untuk yang berikut: 1) Chartered Institute of Islamic Finance Professionals (sebuah institusi profesional) - Yang mana di antara "Berpiagam" dan "Berkanun" lebih sesuai? 2) Chartered Professional in Islamic Finance (individu profesional dalam kewangan Islam) - Yang mana di antara "Bertauliah" dan "Berkanun" lebih sesuai? Terima kasih. | Merujuk Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan, chartered diberikan padanan berkanun atau berpiagam, iaitu chartered company diberikan padanan syarikat berpiagam/syarikat berkanun. Tuan boleh menyemak semula frasa dalam bahasa Inggeris Chartered Institute of Islamic Finance Professionals kerana agak data kami menunjukkan kata Professionals merujuk pada orang yang profesional. Bagi frasa yang tuan kemukakan kami mencadangkan padanan Institut Profesional Kewangan Islam Berkanun. Begitu juga, kami mohon tuan menyemak frasa Chartered Professional in Islamic Finance. Kami mencadangkan Profesional Kewangan Islam Bertauliah, namun dari segi makna frasa ini tidak merujuk pada individu seperti maksud yang tuan maklumkan. | Istilah | 23.01.2015 |
Urusan surat menyurat didalam sektor awam haruslah dibuat di dalam bahasa melayu. Bagaimana pula dengan badan-badan berkanun, Suruhanjaya dan syarikat-syarikat kerajaan. Adakah semua urusan harus dibuat di dalam bahasa melayu juga. | Surat-menyurat dalam sektor awam dan badan berkanun, suruhanjaya dan syarikat-syarikat kerajaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu. Ini bersesuaian dengan Pekeliling Bilngan 1/2006 - Penggunaan bahasa kebangsaan Dalam Urusan Rasmi. | Lain-lain | 11.05.2007 |
Salam. Saya ingin mendapat kepastian penggunaan perkataan "Chartered" di dalam bahasa. Adakah berkanun atau bertauliah? Untuk makluman, syarikat saya merupakan salah satu badan profesional dan baru menukar nama kepada "Chartered Tax Institute of Malaysia". Oleh itu, saya berharap maklum balas dari pihak Dewan Bahasa, apakah nama yang sesuai untuk syarikat di dalam bahasa?Sekian, terima kasih. | Saudara Emma, Cadangan bahasa Melayu bagi nama tersebut ialah Institut Cukai Bertauliah Malaysia. | Istilah | 09.07.2009 |
Apa maksud DBP | DBP. Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekiranya saudara memerlukan maklumat berkaitan DBP sila layari laman web kami di http://www.dbp.gov.my | Lain-lain | 26.01.2008 |
maksud perbadanan kerajaan | Perbadanan kerajaan ialah jabatan kerajaan yang ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. | Lain-lain | 21.04.2010 |
Salam, Saya cuba untuk mendapatkan beberapa definasi dalam konteks malaysia bertujuan untuk tujuan pembelajaran antaranya : 1. Malaysian government agencies 2. Badan-badan berkanun kerajaan (federal / state) 3. Syarikat berkaitan Malaysia (GLC) 4. perbadanan kemajuan ekonomi negeri kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih. | Saudara boleh merujuk buku Malaysia Kita dan Who is who bagi tujuan tersebut di samping menghubungi Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) dan melayari laman sesawang Perbadanan Kemajuan setiap negeri. . | Lain-lain | 26.11.2008 |