Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kas] | برکس

Definisi : ikatan atau susunan (kayu api, lidi, surat, dll): membeli beberapa ~ kayu api; ~ pembuluh gabungan saluran yg mengalirkan bahan makanan ke seluruh bahagian tumbuhan; memberkas 1. mengikat menjadi satu ikatan: tebu itu diberkas dlm ikatan sepuluh-sepuluh; 2. ki menangkap, menahan: perintah dikeluarkan supaya orang itu dihendap dan diberkas;memberkaskan mengikatkan: basikal kami diberkaskan di belakang motokar;terberkas terikat dlm satu ikatan, tergabung;pemberkasan 1. perbuatan memberkas (mengikat); 2. perbuatan memberkas (menangkap, menahan, dsb), penangkapan: dlm ~ ini, terlibat juga beberapa ahli parlimen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kas] | برکس

Definisi : sj ikan laut, cupak, Caranx sexfasciatus, Caranx ignobilis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kas] | برکس

Definisi : ikatan beberapa benda, spt kayu api; kumpulan beberapa benda dlm satu ikatan: Ketika kembali dr ladang, ia membawa se~ kayu api. memberkas 1 mengikat beberapa benda dlm satu ikatan: Ia ~ tebu itu sepuluh-sepuluh setiap ikatan. 2 ki menahan orang(-orang) yg disyaki bersalah; menangkap: Petang semalam, polis telah ~ tiga orang pemuda yg disyaki mencuri barang-barang kemas dr rumah Ahmad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Tugas guru (ialah, adalah) mengajar murid-murid. 2. Dia (mencatat, mencatatkan) nama di dalam buku catatan. 3. Se(berkas, batang) penyapu lidi. 4. Mengapakah kebanyakan kata kerja di dalam buku teks KSSR terbitan baru DBP untuk SRJK Tahun 1 ditulis tanpa imbuhan me-? Contohnya> Mereka tanam pokok. Mereka nyanyikan lagu. Mereka kibarkan bendera.

1. Tugas guru ialah mengajar murid-murid.

2. Dia mencatatkan nama di dalam buku catatan.

3. Seberkas penyapu lidi.

4. Terima kasih atas maklumat yang diberikan, pihak kami akan memaklumkan kepada pihak yang berkenaan tentang perkara ini.

Tatabahasa20.03.2011

Kembali ke atas