Negara kita stabil dan aman adalah berkat daripada sikap segenap lapisan masyarakatnya yang toleransi. MUNSYI, adakah ayat segenap lapisan adalah salah dalam ayat ini? TK | Dalam Kamus Dewan edisi keempat, segenap bermaksud seluruh, sekalian, semua. Oleh itu, penggunaan segenap adalah betul dalam ayat yang diberikan. Ayat yang betul ialah: Negara kita stabil dan aman ialah berkat daripada sikap segenap lapisan masyarakatnya yang toleransi. | Tatabahasa | 11.06.2012 |
Berikut adalah ayat-ayat yang digunakaan pada papan tanda: "khidmat simpan beg" "kanak-kanak di bawah 6 tahun" "tempat menyimpan beg" "Restoran Al-Berkat Maju" "awasi penyeluk saku" atau "awas penyeluk saku" "dilarang berlegar dan berurus niaga di kawasan ini" "D'Santai Station" "Wakil Insurans Am" "laluan untuk busiuness sahaja" "Parking Motosikal" "Motosikal s'ja" saya ingin tahu ayat yang betul. terima kasih. | Saudara, Frasa yang betul ialah : i. khidmat simpan beg atau tempat menyimpan beg ii. Restoran Al-Berkat Maju (bergantung pada pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia) iii. kanak-kanak di bawah 6 tahun iv. awas, penyeluk saku! v. Dilarang berlegar dan berurus niaga di kawasan ini vi. D Santai Station seharusnya Stesen D' Santai(bergantung pada pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia) vii. wakil insurans am viii. laluan untuk niaga sahaja ix. motosikal sahaja | Tatabahasa | 25.08.2010 |
Puan, Salam sejahtera. Sila semak penggunaan "tanda" dan "susah senangnya" dalam ayat-ayat yang berikut : "Perbanyakkanlah amalan pada bulan Ramadan sebagai tanda kita memuliakan bulan yang penuh berkat itu," kata Ustaz Monir. Susah senangnya membesarkan anak-anaknya selama ini mula memperlihatkan hasil apabila anak sulungnya berjaya menjadi jurutera. Ribuan terima kasih. | "Perbanyakkanlah amalan pada bulan Ramadan sebagai tanda kita memuliakan bulan yang penuh berkat itu," kata Ustaz Monir. Susah senang membesarkan anak-anaknya selama ini mula memperlihatkan hasil apabila anak sulungnya berjaya menjadi jurutera | Tatabahasa | 14.01.2013 |
1. tertarik oleh / kepada keindahan .penggunaan oleh atau kepada yang betul serta ulasannya. 2. Sebatang anak panah atau sebilah anak panah. 3. Kejayaan itu kami peroleh berkat usaha gigih. Adakah betul kata peroleh dalam ayat itu. 4. Mengapa kata sendi oleh tidak menerima akhiran"i" berikan ulasan. 5. Buku di dalam perpustakaan itu tebal-tebal belaka. Adakah betul "tebal-tebal belaka" | Saudara Zam, i. Kata sendi nama 'oleh' digunakan untuk menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif dan juga untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Kata sendi nama 'kepada' digunakan untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan perubahan keadaan. Oleh yang demikian, berdasarkan keterangan di atas, kedua-dua kata sendi nama betul dan boleh digunakan dalam frasa tersebut. ii. Yang betul sebatang anak panah. iii. Perkataan yang betul ialah 'peroleh' daripada bentuk kata kerja transitif 'memperoleh' bukan 'memperolehi'. iv. Ayat 'Buku di perpustakaan tebal-tebal belaka' betul. Ayat ini bermaksud semua buku di perpustakaan tebal. | Tatabahasa | 06.08.2009 |
(Sempena) dengan (ulang tahun) kelahiran ibu kami yang ke-50, (suatu) majlis kesyukuran akan diadakan pada malam ini. kesalahan bahasa adalah di dalam kurungan. saya berpendapat sempena adalah salah. sesuaikah diganti dengan perkataan (selaras)? | Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ibu kami yang ke-50, suatu majlis kesyukuran akan diadakan pada malam ini. Kata sempena lebih tepat dibandingkan dengan penggunaan kata selaras. Bersempena bermaksud mengambil berkat daripada. | Tatabahasa | 01.08.2008 |
Sdr budiman, Sebuah antologi puisi berjudul Pelopor akan diterbitkan bagi memperingati dua orang tokoh yang telah berjasa kepada masyarakat. Antologi berkenaan memuatkan puisi kedua-dua tokoh serta beberapa puisi penyair lain yang mengungkapkan tema yang selari dengan perjuangan dua tokoh berkenaan. Berpandukan maklumat di atas, saya telah memberikan judul untuk antologi seperti berikut: Pelopor: Antologi Puisi Sempena Memperingati A dan B Apakah judul yang saya berikan itu tepat dari segi nahu dan memadai untuk mengungkapkan maksud yang dinyatakan di atas? Diharap tuan memberikan judul yang bersesuaian berpandukan maksud yang dinyatakan di atas. Terima kasih atas khidmat nasihat yang tuan berikan. Yang benar, Chong | Merujuk makna 'pelopor' ialah orang yang mula-mula mengusahakan atau mewujudkan sesuatu; pengasas ; perintis. Manakala 'sempena' bermaksud berkat atau tuah ; atau mimpi. Bagi memberi judul buku antologi ini, sila pastikan kedua-dua tokoh tersebut sememangnya merupakan pelopor atau pengasas sesuatu aliran atau tema. Oleh yang demikian, tajuk antologi ini hendaklah menepati fokus dan kandungannya. Berdasarkan tajuk yang diberikan, dicadangkan supaya kata 'sempena' digugurkan. Cadangan tajuk : Pelopor : Antologi Memperingati Tokoh A dan B. | Lain-lain | 26.05.2010 |