Dalam halaman 201 dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Tiga, dalam contoh ayat 261-266, bolehkah saya ubah ayat kepada ayat yang seperti di bawah ini: 261. LAMPU-LAMPU yang bergantungan di dinding 262. BENDERA-BENDERA warna-warni berkibaran di sepanjang jalan. 263. BINTANG-BINTANG bertaburan di langit. 264. BURUNG-BURUNG layang-layang berterbangan di angkasa. 265. DAUN-DAUN/DEDAUN berguguran di halaman rumah. 266. (Ayat dikekalkan) Kanak-kanak berkejaran di padang sekolah. 1. Jika ayat tersebut tidak boleh diubah seperti yang saya tulis di atas, apakah sebabnya? Boleh berikan keterangan? 2. "Kanak-kanak" bukan kata ganda kerana "kanak-kanak" ialah satu perkataan? 3. "Dedaun" sama dengan "daun-daun"? | Perkataan bergantungan, berkibaran, bertaburan, berterbangan, berguguran dan berkejaran ialah kata kerja terbitan yang terhasil daripada penggunaan apitan beR-...-an yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek yang banyak. Oleh itu subjek seperti lampu, bendera, bintang, burung layang-layang, daun kering tidak perlu digandakan lagi. Manakala kanak-kanak pula ialah kata ganda semu dan membawa makna yang khusus apabila digandakan dan kata ganda semu bukan penanda jamak. Oleh itu, kanak-kanak betul dan boleh digunakan dalam ayat tersebut.. | Lain-lain | 05.05.2014 |
Salam sejahtera. 1. Adakah ayat berikut betul? i) Beberapa orang kanak-kanak dilihat masih saling berkejar-kejaran di tengah padang walaupun hari sudah senja. ii) Para pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menambahkan pengetahuan mereka dengan membaca pelbagai jenis bahan bacaan. 2. Yang berikut manakah yang lebih tepat, "pelbagai jenis bahan bacaan" atau "berbagai-bagai jenis bahan bacaan"? 3. Adakah perkataan "saling" sudah membawa maksud bersama-sama, jadi kata kerja seterusnya tidak boleh diakhiri dengan imbuhan apitan ber-an? (seperti: saling berkejar-kejaran dan saling berkejaran) Terima kasih. | 1. Beberapa orang kanak-kanak dilihat masih saling berkejar-kejaran di tengah padang walaupun hari sudah senja. Salah - ayat yang betul: Beberapa orang kanak-kanak dilihat masih saling berkejaran di tengah padang walaupun hari sudah senja atau Beberapa orang kanak-kanak dilihat masih berkejar-kejaran di tengah padang walaupun hari sudah senja. 2. Para pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menambahkan pengetahuan mereka dengan membaca pelbagai jenis bahan bacaan. Salah - ayat yang betul: Para pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menambahkan pengetahuan mereka dengan membaca pelbagai bahan bacaan. 3. Pelbagai bahan bacaan atau berbagai-bagai bahan bacaan. 4. Rujuk jawapan nombor 1 dan 2 dan PRPM untuk mendapatkan makna kata. | Tatabahasa | 31.08.2022 |
Salam sejahtera tuan. Saya faham kata nama sebelum imbuhan ber...an tidak perlu digandakan kerana ber... an bermaksud banyak. Jika perkataan yang berimbuhan ber...an yang membawa erti perbuatan yang dilakukan secara berulangan seperti berkibaran, berkerdipan, bergayutan dan sebagainya. Adakah salah sekiranya kata nama yang digunakan sebelum kata-kata tersebut digandakan? Contoh: 1. a. Bendera itu berkibaran ditiup angin. b. Bendera-bendera itu berkibaran ditiup angin. 2. a. Monyet bergayutan pada dahan pokok. b. Monyet-monyet bergayutan pada dahan pokok. 3. a. Bintang berkerdipan di langit. b. Bintang-bintang berkerdipan di langit. Adakah semua ayat di atas gramatis? Sekian, terima kasih. | Perkataan seperti berkibaran, bergayutan, berkedipan, bergantungan, berkibaran, bertaburan, berterbangan, berguguran, berkejaran dan sebagainya, yakni yang diimbuhkan dengan apitan beR- ... -an membawa maksud 'perbuatan yang menunjukkan jumlah yang banyak’. Oleh itu, perkataan sebelumnya yang berupa benda, orang dan sebagainya tidak perlu digandakan. | Tatabahasa | 05.08.2011 |