Salam sejahtera, Tuan; Ayat-ayat yang berikut, manakah yang betul? 1. Kami sekeluarga berkelah di tepi pantai. 2. Kami sekeluarga berkelah di tepi laut. 3. Kami sekeluarga berkelah di pantai. 4. Ibu memasak di dapur. 5. Ibu memasak di dalam dapur. Terima kasih. | Ketiga-tiga ayat yang dikemukakan adalah betul. Walau bagaimanapun, ayat yang terbaik ialah Kami sekeluarga berkelah di tepi pantai. Ayat yang betul ialah Ibu memasak di dapur. | Tatabahasa | 02.11.2011 |
1. Kami berkelah di pantai. 2. Kami berkelah di tepi pantai. "di pantai" atau "di tepi pantai", mana satu yang betul? | Encik Yong terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Kedua-dua ayat yang diberikan betul cuma ayat kedua berkelah di tepi pantai adalah lebih gramatis. terima kasih | Makna | 30.10.2009 |
Saya ingin tahu penggunaan perkataan yang mana betul : 1) Saya berkelah di tepi pantai, atau 2) Saya berkelah di pantai | Kedua-dua ayat yang diberikan betul cuma ayat kedua berkelah di tepi pantai adalah lebih gramatis. | Lain-lain | 02.11.2010 |
Mohon penjelasan: Dalam BM, apakah penggunaan tanda baca yang betul dalam tulisan berikut: Dia berkata, "Saya tidak mahu pergi berkelah kerana emak akan berkata, Kau harus bekerja di sawah." ATAU Dia berkata, "Saya tidak mahu pergi berkelah kerana emak akan berkata, 'Kau harus bekerja di sawah.'" ATAU Dia berkata, "Saya tidak mahu pergi berkelah kerana emak akan berkata: Kau harus bekerja di sawah." | Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Saya tidak mahu pergi berkelah kerana emak akan berkata, Kau harus bekerja di sawah." | Ejaan | 14.02.2012 |
"Saya sekeluarga "berkelah di pantai.Adakah penggunaan" saya sekeluarga "betul? "Saya dan keluarga"berkelah di pantai. Adakah penggunaan Saya dan keluarga betul? | Kedua-duannya boleh digunakan kerana saya sekeluarga bermaksud saya dengan keluarga dan kata se di situ bermaksud dengan, manakala saya dan keluarga menggunakan kata hubung dan juga menunjukkan bersama-sama atau dengan. | Tatabahasa | 03.02.2012 |
Ali sekeluarga berkelah di __________. A pantai B tepi pantai C tepi laut | Ali sekeluarga berkelah di pantai/tepi laut. | Tatabahasa | 08.05.2012 |
Harap jelaskan penggunaan "di" dan "ke" dengan betul. Yang manakah yang lebih tepat penggunaannya: Kami sekeluarga telah pergi berkelah "di" sebuah teluk yang terletak di Lumut. atau Kami sekeluarga telah pergi berkelah "ke" sebuah teluk yang terletak di Lumut. Terima kasih | Ayat yang lebih tepat ialah 'Kami sekeluarga telah pergi berkelah ke sebuah teluk yang terletak di Lumut.' Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa. Dalam konteks ini, 'ke' menunjukkan tempat atau arah. | Tatabahasa | 16.01.2012 |
tuan, 1. perkataan 'ada' dan 'mempunyai' membawa erti yang sama. bolehkah tuan menerangkan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut dengan memberikan contoh. 2. adakah perkataan 'bergotong-royong' bukan kata kerja? mengapa? 3. adakah perkataan 'berkelah' juga bukan kata kerja. Contohnya kami berkelah di tepi pantai. ada yang mengatakan bahawa ayat tersebut tidak mempunyai kata kerja. jika begitu bagaimanakah kita hendak memasukkan kata kerja ke dalam ayat tersebut. minta tuan betulkan ayat tersebut dengan memasukkan kata kerja ke dalam ayat ini. 4. saya membina ayat berdasarkan gambar yang diberi. gambar itu menunjukkan satu pesta buku yang sesak dengan pengunjung. jika saya tulis 'kami berkunjung ke pesta buku'. adakah ayat ini membawa erti telah berkunjung dan bukan sedang berkunjung. ada orang yang mengatakan ayat ini tidak dapat diterima kerana ayat tersebut menunjukkan aktiviti yang telah berlaku dan bukan sedang berlaku seperti mana yang ditunjukkan dalam gambar. minta tuan jelaskan. jika salah apakah ayat yang betul. sekian terima kasih. | Saudara, Perkataan ada dan mempunyai sama maksudnya. Contoh, 'Saya ada seekor kucing' dan 'Saya mempunyai seekor kucing'. Dalam ayat 'saya berkelah di tepi pantai' kata 'berkelah' ialah kata kerja, manakala ayat ' Berkelah menjadi kegemaran saya' kata berkelah ini mengambil tugas kata nama dan berfungsi sebagai subjek. Ayat 'Kami berkunjung ke pesta buku' boleh digunakan dalam kedua-dua situasi sama ada sedang berkunjung atau telah berkunjung. Bagi makna yang lebih jelas untuk menunjukkan sama ada sedang berlaku atau telah berlaku maka perkataan 'sedang' dan 'telah' digunakan bagi mengelakkan kekeliruan. | Tatabahasa | 28.11.2009 |
Apakah penggunaan tanda koma yang betul untuk memisahkan unsur-unsur yang sama seperti berikut:(Saya, Ali, dan Ah Chong pergi berkelah.) ataupun (Saya, Ali dan Ah Chong pergi berkelah.)? | Tanda koma digunakan untuk memisahkan unsur-unsur yang berbeza. Untuk makluman, ayat contoh yang diberikan tidsak memerlukan tanda koma kerana ayat tersebut merupakan ayat setara. Terima kasih. | Tatabahasa | 31.01.2006 |
Salam tuan di talian. Saya ingin memastikan penggunaan koma (,) yang sebenarnya. Contohnya: (a) Kamu perlu membawa pakaian mandi, pinggan, dan sudu ketika berkelah ATAU (b) Kamu perlu membawa pakaian mandi, pinggan dan sudu ketika berkelah. Ayat manakah yang menggunakan tanda koma yang sebetulnya? Diharap pihak tuan dapat memberi jawapan dengan kadar yang segera. Terima kasih. | Tanda koma tidak diperlukan sebelum kata 'dan' kerana ayat tersebut merupakan ayat majmuk biasa (setara). Walau bagaimanapun, tidak salah sekiranya tanda koma digunakan kerana tidak menimbulkan perubahan dari segi makna. | Ejaan | 05.07.2011 |