Pinangan Irfan ditolak____ oleh keluarga Irma kerana Irfan tidak berkelulusan tinggi dalam pelajaran. A bulat-bulat B mentah-mentah (munsyi, apakah jawaban yang lebih sesuai? TK) | Mentah-mentah | Tatabahasa | 07.03.2013 |
graduan dalam negara lebih berkualiti dalam memenuhi pasaran kerja..? ini adalah kehendak soalan karangan perbahasan. saya tidak memahami apakah kehendak soalan ini.. | Untuk pertanyaan ini, seelok-eloknya, saudara bertanya kepada guru saudara sekiranya saudara tidak faham atau tidak jelas dengan sesuatu perkara berkaitan dengan tugasan yang diberikan. Kemungkinan tajuk perbahasan ini berkaitan dengan perbandingan kualiti antara seorang siswazah yang berkelulusan daripada universiti dalam negara dengan siswazah yang berkelulusan daripada universiti luar negara. | Lain-lain | 22.02.2009 |
Apakah kerjaya yang melibatkan bidang sastera? | Bidang sastera suatu disiplin ilmu yang dipelajari bersama-sama disiplin lain di Institusi Pengajian Tinggi. Umumnya pengkhususan sastera dalam peringkat sarjana atau doktor falsafah , yang memungkinkan pemegangnya menjadi pensyarah atau sebagainya. Kerjaya lain yang melibatkan sastera termasuklah penulis sepenuh masa dalam bidang kreatif imaginatif seperti novel, cerpen, puisi, yang menjajikan pendapatan sekiranya diterima untuk penerbitan. Seelok-eloknya seseorang yang berkelulusan sastera harus mempelajari bidang ilmu yang lain seperti ekonomi, pentadbiran, kewangan, undang- undang, sekadar beberapa contoh agar dapat menghasilkan karya yang bertemakan isu semasa sebagaimana pengarang-pengarang Barat. Di Amerika umpamanya, penulis seperti John Grisham adalah pengamal undang-undang dan sebab itulah beliau dapat menggarap persoalan undang-undang dalam karyanya. | Lain-lain | 11.08.2008 |
Assalamualikum wbt. Saya ingin bertanya : 1. Apakah tujuan mempelajari bahasa? 2. Mempelajari bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang lebih penting? 3. Apakah rujukan kehormat bagi pensyarah(berkeluluasan Master) yang mengajar kelas bahasa Melayu saya? Sekian terima kasih. Wassalam. | Tujuan mempelajari bahasa untuk membolehkan seseorang itu menimba ilmu pengetahuan dalam apa jua bidang, berkomunikasi dalam masyarakat, dan berurusan dengan pihak lain. Semua bahasa adalah penting dan perlu dipelajari. Rujukan kehormat bagi pensyarah berkelulusan Sarjana (Master) ialah tuan atau encik. | Lain-lain | 12.05.2008 |