tidak lagi berkembang atau tidak berkembang lagi? yang mana satu yang gramatis? oleh hal yang demikian betul atau oleh hal demikian betul? kenapa? | Kedua-dua bentuk boleh digunakan. Bentuk kedua ialah oleh yang demikian. | Tatabahasa | 23.10.2008 |
mekar berkembangan. Adakah dua perkataan ini boleh disatukan dalam satu ayat? | Salam sejahtera, Mekar membawa maksud mulai berkembang atau berkembang dan menjadi banyak. Oleh itu, penggunaan mekar berkembangan tidak boleh digunakan dalam ayat kerana berlaku pengulangan maksud yang sama. Sekian, terima kasih. | Makna | 20.12.2019 |
Bahasa yang berkembang ialah bahasa yang dapat menerima kata atau perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu. Ahli Lembaga Bahasa di DBP seharusnya memasukkan kata atau perkataan yang lazim dituturkan bukan memasukkan kata atau perkataan yang dipinjam( curian ) daripada bahasa Inggeris semata-mata. Contoh penggunaan kata dan perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu tetapi tiada di dalam Kamus Dewan ialah : 1. guris ( gores ) 2. cincang ( cencang ) 3. ciplak ( jiplak ) 4. gabra ( gubra ) 5. taksub ( taasub ) 6. celupar ( celopar ) 7. istirehat ( istirehat ) 8. Ramadhan ( Ramadan ) 9. analisa ( analisis ) 10. stokin ( stoking ) 11. kerinting ( keriting ) 12. lagenda ( legenda ) 13. pensil ( pensel ) 14. mustika ( mestika ) 15. ole-ole ( oleh-oleh ) 16. kuayer ( koir ) dll | Encik Rizuan, Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 11.05.2010 |
perkataan mula ialah kata apa? kata kerja? contoh ayat mula berkembang. brekembang ialah kata kerja, betul? | Berkembang ialah kata kerja. | Tatabahasa | 01.08.2013 |
Salam sejahtera, Saya ingin menanyakan mengenai perihal dua istilah yang agak sama (kata akar yang sama) iaitu: perkembangan dan pengembangan. Kadang-kadang kita akan musykil yang manakah harus dipakai (kalau ada 'case study' atau rujukan, ianya senang) dan apakah beza kedua-dua perkataan tersebut jika digunakan dalam konteks? Dalam sudut lain, apakah beza berkembang dan mengembang? Adakah ia berkaitan dengan subjek tersebut adalah maya ataupun fizikal? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengembangan bermaksud perihal (perbuatan) mengembang atau mengembangkan. Mengembang bermaksud menjadikan kembang. Contoh: pengembangan ajaran agama Islam Bagi perkataan perkembangan pula bermaksud keadaan atau hal berkembang. Berkembang bermaksud 1. kembang (terbuka atau terbentang) 2. menjadi makin sempurna. Contoh : perkembangan agama Islam Penggunaan perkataan tersebut hendaklah mengikut konteks yang hendak disampaikan. | Tatabahasa | 10.05.2019 |
Apakah terjemahan tepat untuk tema berikut : Evolving to Lead terjemahan : 1. Evolusi untuk Menerajui 2. Berkembang untuk Menerajui 3. Berubah untuk Menerajui Terima kasih | Kami berpandangan cadangan terjemahn yang sesuai ialah "Berkembang untuk Menerajui", walau bagaimanpun perlu disemak semula dengan maksud keseluruhan konteks yang dibincangkan. | Sastera | 14.04.2015 |
kerelevanan peristilahan dan sistem ejaan rumi Bahasa Melayu dalam konteks kurun ke-21 dan cabarannya. | Secara umumnya selagi bahasa Melayu ini terus berkembang selagi itulah segala aspek perancangan bahasa dan sistem yang terkandung di dalamnya turut berkembang dan relevan penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Walau bagaimanapun persoalan saudara ini perlu dijawab melalui kajian dan pembacaan yang banyak, saya sarankan saudara rujuk buku/makalah yang berkaitan juga kajian sarjana dan kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar bahasa dan linguistik. | Lain-lain | 20.11.2010 |
APAKAH KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA YANG TERDAPAT DALAM AYAT DI BAWAH : Walaupun berhadapan di atas kemelut ekonomi global namun aliran kredit di negara ini terus berkembang kerana sikap pengguna yang bijak berbelanja TERIMA KASIH | Walaupun berhadapan di atas kemelut ekonomi global namun aliran kredit di negara ini terus berkembang kerana sikap pengguna yang bijak berbelanja. Penggunaan perkataan "di atas" adalah tidak tepat dan digantikan dengan kata "dengan", dan ayat ini menjadi Walaupun berhadapan dengan kemelut ekonomi global namun aliran kredit di negara ini terus berkembang kerana sikap pengguna yang bijak berbelanja. | Tatabahasa | 07.10.2010 |
Semakin dunia teknologi berkembang pesat dan ciptaan alat berteknologi tinggi bertambah, ramai orang kian menggunakan pelbagai alat komunikasi bergerak (mobile devices) seperti iPod Touch, iPhone, dan MacBook Air. Syarikat Apple telah menyediakan gedung muat turun yang menjual pelbagai perisian untuk alat-alat yang disebutkan di atas. Malangnya dan dukacitanya, tidak ada satu pun pihak yang menghasilkan Kamus bahasa Melayu untuk iPhone dan iPod Touch. Malah versi kamus untuk sistem komputer Macintosh juga tidak ada di pasaran. Saya mohon pertimbangan DBP untuk menghasilkan kamus Melayu untuk alat iPod/iPhone dengan segera kerana jumlah kamus untuk bahasa-bahasa lain semakin banyak ditawarkan untuk iPod dan iPhone tetapi tidak kamus Melayu. Saya yakin tawaran kamus Melayu untuk iPhone bukan sahaja memartabatkan bahasa Melayu secara hebat tetapi satu kaedah DBP juga boleh meraih keuntungan yang besar dengan jumlah muat turunnya sehari mencecah 1 juta setiap hari. | Salam Sejahtera Hairudin Bin Djorimi, Soalan : Semakin dunia teknologi berkembang pesat dan ciptaan alat berteknologi tinggi bertambah, ramai orang kian menggunakan pelbagai alat komunikasi bergerak (mobile devices) seperti iPod Touch, iPhone, dan MacBook Air. Syarikat Apple telah menyediakan gedung muat turun yang menjual pelbagai perisian untuk alat-alat yang disebutkan di atas. Malangnya dan dukacitanya, tidak ada satu pun pihak yang menghasilkan Kamus bahasa Melayu untuk iPhone dan iPod Touch. Malah versi kamus untuk sistem komputer Macintosh juga tidak ada di pasaran. Saya mohon pertimbangan DBP untuk menghasilkan kamus Melayu untuk alat iPod/iPhone dengan segera kerana jumlah kamus untuk bahasa-bahasa lain semakin banyak ditawarkan untuk iPod dan iPhone tetapi tidak kamus Melayu. Saya yakin tawaran kamus Melayu untuk iPhone bukan sahaja memartabatkan bahasa Melayu secara hebat tetapi satu kaedah DBP juga boleh meraih keuntungan yang besar dengan jumlah muat turunnya sehari mencecah 1 juta setiap hari Jawapan : Terima kasih atas cadangan yang diberi, kami akan membawa cadangan ini kepada pihak pengurusan DBP. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Yang menjalankan tugas, Abdul Razak Mohammad | Lain-lain | 09.07.2009 |
Bunga-bungaan di taman itu berkembang segar-bugar dan mengeluarkan bau yang sangat harum. MUNSYI, SEGAR-BUGAR WAJARLAH DIGANTIKAN DENGAN APA KATA? TQ | Buang perkataan segar-bugar dalam ayat tersebut. Rujuk www.prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Tatabahasa | 07.02.2012 |