Saya ingin memohon cadangan terjemahan Bahasa Melayu bagi "Internet Of Things" atau IOT, satu cabang sektor ICT yang sedang berkembang pesat di Malaysia dan di dunia. Terima kasih. | Pertanyaan tuan telah kami rujuk kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi dan kami berusaha untuk memberikan jawapan dengan kadar segera. Jawapan akan di-e-mel terus kepada tuan melalui alamat yang tertera. | Istilah | 24.02.2014 |
apakah tatabahasa struktural? | Terdapat dua pengertian utama: Pada satu segi istilah ini bermaksud “ pendekatan analisis bahasa yang memberikan perhatian yang eksplisit kepada kepada pelbagai unsur bahasa sebagai struktur dan system “ ( Harimurti 1982 ). Dari segi yang lain pula istilah struktural dikatkan dengan pendekatan-pendekatan yang berkembang pesat di Eropah dan Amerika Syarikat., masing- masing dikenali dengan ciri-cir tersendiri. Dua aliran yang terkemuka ialah aliran Prague di Eropah dan aliran Deskritif di Amerika. Tatabahasa struktur Tatabahasa sturtur juga disebut tb. Formal, tetapi pengertian tb formal itu di masa yang terakhir-akhir ini telah dipecahkan kepada dua iaitu tb formal struktur dan tb formal tranformasi generatif mengimbangi bentuk dan makna. | Tatabahasa | 27.07.2006 |
Saya terbaca perkataan Pelajar Digital-Natif dalam skema pemarkahan....maka saya ingin kepastian sama ada perkataan "Natif" itu diterima pakai dalam penulisan esei Bahasa Melayu. Secara peribadi saya tidak bersetuju(amat tidak bersetuju) tentang pengaruh Bahasa Inggeris yang "terlampau" dalam Bahasa Melayu seperti Bahasa Indonesia. Mohon pencerahan.Terima kasih tuan. | Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang berkembang pesat di dunia ini. Tidak dapat tidak bahasa ini mengalami kemasukan kata-kata asing daripada bahasa lain termasuklah bahasa Inggeris. Keadaan tersebut sama seperti bahasa-bahasa yang lain di dunia. Kata "natif" merupakan salah satu contoh kata yang telah terserap dalam bahasa Melayu. Kata ini telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dengan tiga pecahan makna. Kehadiran kata ini dalam bahasa Melayu terbukti dengan penggunaannya yang meluas dalam korpus bahasa Melayu, misalnya dalam bidang linguistik. Masyarakat bebas menggunakan kata ini mengikut sistem dan laras bahasa Melayu yang sesuai. Berikut ialah makna kata natif dalam KDP: natif ناتيف kata adjektif 1. (berkenaan dengan bahasa) mula-mula dituturkan sejak lahir. Contoh: Cara mereka menyebut kata-kata pinjaman ini dipengaruhi oleh bunyi yang sepadan dalam bahasa natif mereka. 2. (berkenaan dengan penutur atau pengguna sesuatu bahasa) bertutur atau bercakap dalam bahasa tertentu sebagai bahasa pertamanya sejak lahir dan bukannya sebagai bahasa asing. Contoh: a) Orang Melayu penutur natif bahasa Melayu dan menggunakannya sebagai bahasa pertama. b) Pengguna natif bahasa ini ialah puak Cherokee di Amerika Utara. 3.(berkenaan dengan orang, tumbuh-tumbuhan, binatang dan lain-lain) mula-mula tinggal di sesuatu tempat atau sesebuah daerah, negeri dan sebagainya sejak lahir atau tumbuh. Contoh: a) Dalam sejarah, penduduk natif Afrika Selatan pernah menjadi mangsa dasar diskriminasi kerajaan kulit putih di negara itu. b) Untuk landskap di Putrajaya, pokok natif dan yang rendah tahap senggaranya dipilih sebagai keutamaan.
| Makna | 09.01.2025 |
Salam sejahtera tuan, saya ada beberapa pertanyaan. 1. bau yang harum atau harum baunya betul? berkembang dengan pesatnya atau pesat berkembang betul? berlari dengan pantas atau berlari dengan pantasnya betul? 2. Mereka mengemas bilik tidur atau mereka mengemaskan bilik tidur betul? 3. Saya telah dihadiahi seutas jam tangan oleh ibu pada hari jadi saya atau saya telah dihadiahi oleh ibu seutas jam tangan pada hari jadi saya betul? 4. Lariannya yang pantas itu membolehkannya memenangi pertandingan. Adakah ayat ini betul? 5. Hujan yang turun lebat sejak pagi tadi kelihatan semakin reda pada petang ini. Adakah ayat ini betul? Terima kasih atas jawaban tuan. | Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. 1. Bau yang harum/harum baunya 2. 2. Berkembang dengan pesatnya/pesat berkembang 3. 3. Berlari dengan pantasnya 4. 4. Mereka mengemas bilik tidur/mereka mengemaskan bilik tidur 5. 5. Saya telah dihadiahi seutas jam tangan oleh ibu pada hari jadi saya 6. 6. Lariannya yang pantas itu membolehkannya memenangi pertandingan 7. 7 7. Hujan yang turun lebat sejak pagi tadi kelihatan semakin reda pada petang ini. | Tatabahasa | 15.07.2021 |
bagaimanakah bahasa asing mempengaruhi perkembagan bahasa melayu, khususnya di sekolah-sekolah di malaysia? | Bahasa Melayu seperti bahasa moden yang lain tidak terlepas menerima pengaruh daripada bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu dututurkan oleh ratusan juta manusia daripada pelbagai etnik dan bangsa sudah pasti pesat berkembang dan dalam proses tersebut sedikit sebanyak turut dipengaruhi oleh bahasa-bahasa lain. Soalan saudara sebenarnya terlalu luas untuk dibincangkan dalam wahana yang sebegini dan memerlukan kajian dan pembacaan yang banyak. Oleh itu, kami sarankan saudara merujuk makalah atau buku yang berkaitan dengan tajuk tersebut. | Lain-lain | 28.11.2009 |
Mohon diberi penerangan tentang penggunaan frasa dalam ayat yang ditulis dalam akhbar tempatan. | Terdapat banyak kesalahan dalam ayat contoh yang diberikan termasuklah pemilihan kata yang tidak sesuai, ejaan yang salah penggunaan kata terbitan yang tidak betul, penggunaan kata sendi nama yang tidak betul, penggunaan kata tanya dalam ayat penyata dan ayat tidak lengkap. Contohnya dalam ayat 1: Sebagai sebuah negara yang muda, Malaysia mengambil langkah besar dalam mencapai kemajuan serta kemakmuran. Penggunaan kata muda dan besar tidak tepat dari segi semantik (rujuk kamus untuk melihat makna ayat), begitu juga dengan penggunaan kata sendi nama dalam tidak sesuai dengan konteks ayat. Ayat tersebut boleh dibaiki menjadi Sebagai sebuah negara yang pesat berkembang pemimpin Malaysia mengambil langkah berani demi kemajuan dan kemakmuran negara. Begitu juga dengan ayat 2: Menurut Dr. Leong, kanak-kanak belajar dengan cara bermain dan mendapat kepandaian dan keupayaan baru. Sebab itulah penting bagi menggalakkan mereka buat apa yang mereka mahu serta mencuba sesuatu benda atau perkara baru. Ayat ini boleh dibaiki menjadi Menurut Dr. Leong, kanak-kanak belajar dengan cara bermain dan berusaha mendapat kepandaian dan keupayaan baharu. Sebab itulah penting bagi ibu bapa menggalakkan mereka membuat apa yang mereka mahu serta mencuba sesuatu benda atau perkara baharu. Untuk ayat 3 - 11 sila analisis dengan merujuk buku tatabahasa dan kamus. | Tatabahasa | 09.10.2012 |