Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kem.ba.ngan] | برکمبڠن

Definisi : berkembang (mekar) merata­-rata (di sana sini), banyak atau semuanya berkembang (terbentang, terbuka, dsb): di halaman rumah itu kelihatan bunga-bungaan yg ~ semerbak baunya; maka tombak pun diuraikan dan payung pun ~lah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kem.ba.ngan] | برکمبڠن

Definisi : berkembang banyak-banyak atau di merata-rata: Bunga di taman itu ~ dan kelihatan indah sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkembangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mekar berkembangan. Adakah dua perkataan ini boleh disatukan dalam satu ayat?
Salam sejahtera,

Mekar membawa maksud mulai berkembang atau berkembang dan menjadi banyak. Oleh itu, penggunaan mekar berkembangan tidak boleh digunakan dalam ayat kerana berlaku pengulangan maksud yang sama.

Sekian, terima kasih.
Makna20.12.2019
1. Mohon maklum balas DBP bagi ayat yang betul sama ada a. Melestarikan Pembangunan Mapan atau b. Melestarikan Pembangunan Mampan 2. Apakah maksud ayat tersebut? Terima kasih.

Perkataan mapan bermaksud tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum atau mantap. Mampan bermaksud mampu terus berkembang dan mencapai tahap prestasi yang baik (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya).

Manakala maksud melestarikan ialah: 
membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal spt sediakala (bkn hutan rimba dsb).

Oleh itu ayat yang lebih tepat ialah ayat 2., iaitu Melestarikan Pembangunan Mampan. Ayat ini bermaksud "mengekalkan pembangunan yang boleh berkembangan dan mencapai prestasi yang baik.
Lain-lain20.10.2014

Kembali ke atas