Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Mohon penjelasan daripada pihak Tuan berkenaan: 1. Salinan ketiga = peniga 2. Salinan keempat = pengempat (Contoh pengunaan resit rasmi) Adakah pengunaan bahasa tersebut adalah betul? Kerjasama daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasihPeniga ialah padanan perkataan triplicate dalam bahasa Melayu, walau bagaimanpun tidak ada perkataan pengempat dalam sumber rujukan kami.Tatabahasa25.11.2011
Assalamualaikum. Saya ingin mendapat penjelasan berhubung format penulisan minit mesyuarat terkini. i. Benarkah agenda Perutusan Pengerusi tidak dinomborkan. ii. Penomboran ditulis mengikut nombor agenda (contoh: 1.1, 1.2, 2.1.2.2, dan seterusnya) atau secara kronologi (contoh: 1, 2, 3, dan seterusnya) iii. Mana yang betul : Mengesahkan minit mesyuarat atau Pengesahan minit mesyuarat. iv. Dalam mesyuarat jabatan, bolehkah ketua jabatan selaku pengerusi mesyuarat juga dilantik sebagai urus setia mesyuarat berkenaan. Harap mendapat perhatian daripada pihak tuan. Terima kasih.

i. Agenda perutusan/kata alu-aluan pengerusi diletakkan nombor.

ii. Penomboran ditulis mengikut nombor agenda. Contohnya:

 1. Kata Alu-aluan Pengerusi 

 1.1......................

 1.2........................ 

2. Laporan Perkara Berbangkit

2.1..............................

2.2................................

 

iii. Pengesahan Minit Mesyuarat/Mengesahkan Minit Mesyuarat, kedua-duanya boleh diterima pakai bergantung pada pola penggunaan ayat dalam minit mesyuarat tersebut.

 Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Bahasa Laporan, oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP.  

iv. Pada lazimnya, ketua jabatan yang dilantik sebagai pengerusi mesyuarat akan bertindak selaku pengerusi mesyuarat sahaja. Contohnya, Pengarah Jabatan Bahasa mempengerusikan mesyuarat berkenaan dengan peristilahan, urus setia mesyuarat ialah Bahagian Peristilahan.  

Tatabahasa22.02.2010
apakah maksud domestik?Perkataan domestik bermaksud: 1.  berkenaan dengan hal (urusan dll.) dalam negeri. 2. Berkenaan dengan kegiatan rumah tangga.Makna30.01.2013
Salam sejahtera, saya menghadapi beberapa kekeliruan; 1. Berkenaan ucapan salam terutamanya pada waktu tengah hari, petang dan malam. Sila rujuk keterangan di bawah. a) 12.00- 12.59 minit tengah hari - "selamat tengah hari" b) 1.00- 6.59 petang - "selamat petang" c) 7.00 - 12.00 - "selamat malam"(Bahasa Inggeris disebut Good Evening" d) 12.01 - 11.59 pagi - "selamat pagi" Adakah keterangan di atas benar atau sebaliknya. Tolong jelaskan. 2. Tolong berikan jawapan untuk soalan ini, Sungguh amat terindah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. A. Amat terindah B. Sungguh amat indah C. Amat sungguh terindah D. Sungguh amat terindah Soalan tentang tajuk ini pernah saya kemukakan sebelum ini namun saya masih lagi keliru. Sekian, terima kasih.

Saudara,

Menurut maklumat yang dikemukakan  bagi (a) ucapannya ialah "selamat tengah hari", (b) ucapannya ialah "selamat petang", (c) ucapannya ialah "selamat malam" dan (d) ucapannya ialah "selamat pagi".

Kata amat, sangat dan sungguh merupakan kata penguat bebas yang letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Dalam hal ini salah satu kata sudah memadai digunakan dalam ayat. Contohnya, sungguh indah; amat indah. Awalan "ter-" ialah penanda darjah penghabisan dan digabungkan dengan kata penguat bebas . Contohnya, teramat indah; tersangat indah.  

Tatabahasa28.11.2010
Bolehkah berikan sejarah penubuhan DBP?Sila rujuk laman web DBP untuk mendapatkan maklumat berkenaan penubuhan DBP. Berikut disenaraikan bahan untuk maklumat tambahan berkenaan DBP.: 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan 1996).Lain-lain21.11.2008
Bahasa taboo masyarakat melayu sarawak. senaraikan 1 perkataan berkenaan dan kenapa taboo perkataan itu.Taboo ialah larangan atau perkara larangan ataupun pantang larang. Dalam konteks bahasa taboo masyarakat Sarawak, contoh perkataan taboo ialah 'lawa' yang bermaksud sombong atau angkuh.Istilah09.01.2008
apakah makna CelakaKamus Dewan menakrifkan celaka sebagai; 1. malang (berkenaan nasib seseorang), atau disebut juga sial, 2. sesuatu yg menyebabkan penderitaan 3. makian dan 4. seruan untuk menyatakan kemarahan, kekecewaan dan sebagainya.Makna12.03.2009
Assalamualaikum saudara Disini saya ingin membuat sedikit pertanyaan berkenaan kontroversi yang hangat ketika ini iaitu berkenaan 2 peribahasa yang agak terkenal iaitu "Harapkan pagar,pagar makan padi" yang didakwa "harapkan pegar,pegar makan padi" dan "melepaskan batuk ditangga" yang didakwa "melepaskan batok ditangga". Harapkan DBP dapat memberi maklumbalas berkenaan hal ini supaya saya dapat sebarkan kepada rakan-rakan yang lain melalui blog.Penjelasan yang sejelas jelasnya..

Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa  ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Wallahua’lam.

1">
Lain-lain13.01.2012
1)(Hanya mereka/Hanya) yang ada berkenaan sahaja dibenarkan masuk ke bilik pengantin itu. 2)(Dalam/Dengan) perkataan lain dapat kita bahagikan kepada beberapa bahagian. 3)Setiap orang haruslah melakukan perubahan paradigma agar hidup tidak lagi hanya bergantung pada belas kasihan orang lain. Tolong betulkan.Terima kashi.1) Hanya yang berkenaan sahaja dibenarkan masuk ke bilik pengantin itu.
2) Dengan perkataan lain dapat kita bahagikan kepada beberapa bahagian.
3) Setiap orang haruslah melakukan anjakan paradigma agar hidup tidak lagi hanya bergantung pada belas kasihan orang lain.
Tatabahasa26.06.2012
Tuan, Saya ingin bertanya berkenaan urutan perkataan berikut : 1. Cemerlang 2. Baik 3. Memuaskan 4. Lemah Adakah perkataan 'memuaskan' perlu diletakkan di bawah perkataan baik ataupun 'memuaskan' menunjukkan keadaan lebih daripada baik? Jawapan pihak tuan amat dihargai.

Puan Salina,

Turutan kedudukan yang diberikan itu adalah betul (cemerlang, baik, memuaskan dan lemah). Terima kasih

Tatabahasa05.10.2010
12345678910...

Kembali ke atas