bagaimana nak berpidato?daya cakapnye | Saudara, Sebelum seseorang berpidato pemodato hendaklah terlebih dahulu mempunyai sifat-sifat yang posiitif supaya dapat memberikan ucapan yang berkesan. Antaranya sifatnya ialah berpengetahuan, berkemahiran, berkeyakinan dan berkeperibadian baik. Selain itu, prinsip asas pengucapan awam perlulah diamalkan, iaitu yang berkaitan dengan pengumpulan, penyusunan, penguasaan isi, penggunaan gaya bahasa yang sesuai dan penyampaian ucapan kepada pendengar sasaran. Untuk maklumat yang lebih terperinci saudara disarankan merujuk buku Panduan Pengucapan Awam Edisi Kedua oleh Abdul Mua'ti@Zamri Ahmad. | Lain-lain | 06.08.2009 |
CARA BERPIDATO? BAHASA MELAYU..KALAU ADA CONTOH BOLEH EMAILKAN SEKALI..URGENT | Sebelum seseorang berpidato pemidato hendaklah terlebih dahulu mempunyai sifat-sifat yang positif supaya dapat memberikan ucapan yang berkesan. Antara sifatnya ialah berpengetahuan, berkemahiran, berkeyakinan dan berkeperibadian baik. Selain itu, prinsip asas pengucapan awam perlulah diamalkan, iaitu yang berkaitan dengan pengumpulan, penyusunan, penguasaan isi, penggunaan gaya bahasa yang sesuai dan penyampaian ucapan kepada pendengar sasaran. Untuk maklumat yang lebih terperinci saudara disarankan merujuk buku Panduan Pengucapan Awam Edisi Kedua oleh Abdul Mua'ti@Zamri Ahmad. Saudara juga boleh merujuk bahan ini: 1. Pidato Berpidato - Seni dan Teknik oleh Rahmat lsmail Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000 2. Pidato Politik - Menjana Kredibiliti mendepani Khalayak oleh Ahmad Zahid Hamidi Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2004. | Lain-lain | 31.08.2009 |