1. Perkataan acilut - tidak ada dalam sumber rujukan kami, berkemungkinan acilut ialah slanga yang dituturkan dalam kalangan kelompok tertentu sahaja. Peribahasa Adat periuk berkerak, Adat lesung berdedak bermaksud berkehendakkan keuntungan, haruslah susah;
2. Menasihatkan orang bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar; manakala menasihati orang bermaksud memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kepada.... Kedua-dua perkataan tersebut hampir sama maknanya tetapi terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaannya. Bezanya ialah perkataan menasihati mestilah diikuti dengan orang contohnya, menasihati Ali, manakala menasihatkan mestilah diikuti dengan sesuatu, contohnya menasihatkan berbuat kebaikan
Thanks for clicking. That felt good.