Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.ré.ta] | برکريتا

Definisi : mempunyai atau mengenderai (menaiki, memakai) kereta: kebanyakan mereka tidak ~ sungguhpun banyak yg bergaji besar; dia tu ke mana-mana sahaja ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.ré.ta] | برکريتا

Definisi : menaiki atau mempunyai kereta: Kita tidak dpt pergi sebab tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkereta


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah kedua-dua ayat berikut SALAH ? 1. Cikgu Shida pergi ke pejabat dengan berkereta setiap hari. 2. Adik meminta ibu untuk membeli alat mainan untuknya. (setahu saya, "untuk" yang permata bermaksud "to" dan "untuk" yang kedua bermaksud "for" Terima kasih.Cadangan ayat yang gramatis adalah seperti yang berikut: 
1. Cikgu Shida pergi ke pejabat berkereta setiap hari.
2. Adik meminta ibu membeli alat mainan untuknya.
Tatabahasa06.07.2022
Salam sejahtera. Adakah ayat- ayat yang berikut betul ? 1 Merawat doktor kaki adik. 2. Mengayuh Hamid basikal ke sekolah. 3. Pelajar terpandai Ahmad di sekolah. 4. Berkereta Encik Wong ke pejabat. Terima kasih.Susunan ayat yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut:

1. Doktor merawat kaki adik.
2. Hamid mengayuh basikal ke sekolah.
3. Ahmad pelajar terpandai di sekolah.
4. Encik Wong berkereta ke sekolah.
Tatabahasa07.09.2018
Tuan, saya ingin mendapat kepastian tentang sesuatu kesalahan bahasa. Semasa saya berkereta ke Teluk Cempedak, saya ternampak ayat "Kurangkan laju". Ayat ini ayat perintah, dan kata ganti nama orang kedua dalam ayat ini telah digugurkan untuk membentuk ayat yang lebih bersifat memberikan perintah. Tetapi, ayat ini salah tuan. Teliti bahawa 'laju' ialah kata adverba, bukan kata nama, jadi tidak dapat berfungsi sebagai objek kepada kata kerja transitif ayat perintah "kurangkan". Hanya frasa nama sahaja yang dapat berperanan sebagai objek, golongan perkataan yang lain tidak boleh. Oleh itu, pada saya, saya berpendapat bahawa dengan penambahan apitan ke-...-an pada kata dasar 'laju' ini, terhasillah kata nama 'kelajuan' yang dapat berperanan sebagai penyambut kata kerja. Jadi, ayat yang betul sepatutnya "Kurangkan kelajuan". Kata nama 'kelajuan' berfungsi sebagai objek kepada kata kerja transitif 'kurangkan'. Betulkah pembetulan saya ini? Saya hendak mendapat kepastian. Minta tuan jelaskan pandangan saya ini.Frasa yang gramatis ialah "kurangkan kelajuan", kurangkan laju ialah terjemahan reduced speed dan penggunaannya khusus dalam konteks tertentu. Dalam penggunaan umum frasa "kurangkan kelajuan" yang digunakan.Tatabahasa21.11.2014
Betulkah perkataan ini: a) berfacebook b) berblogUntuk makluman, tidak ada istilah berfacebook dan berblog dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, imbuhan ber- boleh digunakan untuk membawa maksud memakai atau menggunakan, contohnya berbahasa Melayu (menggunakan bahasa Melayu) , berkereta (menggunakaan kereta).  Sekiranya bermaksud menggunakan Facebook atau menggunakan blog, bentuk tersebut boleh diterima. Oleh sebab Facebook ialah kata nama khas, ejaan yang betul ialah ber-Facebook.Istilah20.01.2012
Salam sejahtera. Saya maklum dengan jawapan tuan pada 12.9.2018 bagi soalan saya yang bertarikh 7.9.2018. Walau bagaimanapun, maksud saya ialah ayat yang saya berikan itu muncul dalam kategori ayat songsang. Maka adakah ayat-ayat itu ialah ayat songsang yang betul ? Sekiranya tidak, bagaimanakah ayat songsang yang betul bagi ayat-ayat tersebut. Terima kasih

Soalan Tuan, Salam sejahtera. Adakah ayat- ayat yang berikut betul ? 1 Merawat doktor kaki adik. 2. Mengayuh Hamid basikal ke sekolah. 3. Pelajar terpandai Ahmad di sekolah. 4. Berkereta Encik Wong ke pejabat. Terima kasih.

Susunan ayat songsang adalah seperti yang berikut:

1.    Doktor merawat kaki adik.  ( susunan biasa)
2.    Kaki adik doktor merawat   (susunan songsang)

 1.    Hamid mengayuh basikal ke sekolah.( susunan biasa)
 2.    Ke sekolah hamid mengayuh basikal (susunan songsang)
 
             1.    Ahmad pelajar terpandai di sekolah.( susunan biasa)
             2.    Di sekolah Ahmad pelajar terpandai (susunan songsang)  

            1.   Encik Wong berkereta ke pejabat .( susunan biasa)
            2.   Ke pejabat encik Wong berkereta (susunan songsang)

 

Tatabahasa15.09.2018
DIDALAM WEB/PORTAL KERAJAAN ADA PERKATAAN "WEB MOBIL" CONTOH PORTAL MAMPU, JPM. ADAKAH PERKATAAN MOBIL MEMBAWA ERTI TELEFON BIMBIT ATAU KENDERAAN? MOHON PENGGUNAAN BAHASA MELAYU YANG BETUL MENGENAI PERKATAAN MOBIL INI.

Merujuk  Kamus Dewan Perdana, halaman 1472, perkataan “mobil” merujuk kepada kenderaan berkereta dalam bahasa Indonesia. Makna keduanya ialah sesuatu yang mudah bergerak, digerakkan atau dipindahkan. Namun begitu, sudah menjadi kelaziman perkataan yang sesuai untuk “mobil” ialah “alat telekomunikasi mudah alih”. Berdasarkan laman web Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM), “Web Mobil” merujuk kepada “Laman Web Mudah Alih”, manakala “Aplikasi Mobil”  merujuk kepada “Aplikasi Mudah Alih”.

Tatabahasa13.07.2023
Apakah maksud perkataan seperti bawah: 1)kalau tidak rotan akar pun berguna 2)kalau tidak rotan akar pun jadi 3)bila tidak ada barang yang baik, yang buruk pun berguna pula Saya berfikir bahawa perkataan ini sepatutnya ialah peribahasa, tetapi Kamus Istimewa Peribahasa Melayu tidak ada perkataan ini. Apakah maksud tiga perkataan yang seperti di atas? Bolehkah memberikan contoh ayat? Atau perkataan ini tidak ada dalam semua kamus?Peribahasa ini terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1900) seperti yang berikut:

rotan...
tiada rotan akar pun /berguna, jadi/ peribahasa kalau tidak ada yang baik, yang kurang baik pun berguna juga;

dan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010, 2013):

rotan... 
tiada rotan akar pun berguna (jadi) peribahasa kalau tidak ada yang baik sekali, yang kurang baik pun berguna juga;

Contoh penggunaan:
Walaupun tidak berkereta, dia tetap ke pejabat dengan motosikalnya itu, bak kata pepatah tiada rotan, akar pun berguna.
Lain-lain02.09.2023

Kembali ke atas