Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ker.lip] | برکرليڤ

Definisi : berkedip-kedip, berkelip-kelip (bkn mata, lampu, bintang, dll): di langit tiada bulan yg mengambang dan tiada bintang yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ker.lip] | برکرليڤ

Definisi : , mengerlip sekejap terbuka sekejap tertutup; berkedip-kedip; berkelip-kelip: Di langit kelihatan bintang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerlip (kata nama)
Bersinonim dengan gerlip, kedip, kerdip, kersip, kejap;,
Kata Terbitan : berkerlip, mengerlip, kerlipan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam. saya ingin tahu apakah perbezaan kerdip dan kerlip?Menurut Kamus Pelajar,  kerdip ditakrifkan sebagai  berkerdip sekejap terbuka sekejap tertutup (bkn lampu, mata dll); berkelip. mengerdipkan menjadikan sekejap terbuka dan sekejap tertutup; mengelipkan. kerdipan cahaya yg berkerdip; gerakan kelopak mata utk pejam celik; kelipan.

Manakala kerlip ditakrifkan sebagai berkerlip, mengerlip sekejap terbuka sekejap tertutup; berkedip-kedip; berkelip-kelip:Di langit kelihatan bintang ~. sekerlip;~ mata sekejap mata.

Berdasarkan takrifan tersbeut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama.
Makna19.03.2014

Kembali ke atas