Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.te.ram.pi.lan] | برکترمڤيلن

Definisi : berupaya menjalankan tugas dsb dgn cekap: beliau adalah antara wanita yg ~ di negara ini yg boleh dibang­gakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.te.ram.pi.lan] | برکترمڤيلن

Definisi : mem­punyai keterampilan; bersifat terampil: Mereka menganjurkan program utk me­lahirkan usahawan yg dinamik dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berketerampilan


Khidmat Nasihat


Walau bagaimanapun sebaik-baik kaedah pengajaran adalah dengan berguru. Oleh itu, carilah kursus yang sesuai dengan minat saudara yang dianjurkan oleh DBP, persatuan-persatuan penulis dan universiti.
SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berketerampiln mengkategorikan betul ke ejaan iniEjaan yang betul ialah berketerampilan" title="berketerampilan">berketerampilan.Ejaan27.11.2008
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan kata bagi berketerampilan ataupun berketrampilan dan kokurikulum ataupun ko-kurikulum. Sekian, terima kasih.berketerampilan. kokurikulum.Tatabahasa07.11.2007
Mohon bertanya, apakah perkataan bahasa inggeris yang paling sesuai bagi menggambarkan makna untuk perkataan bahasa melayu 'berketrampilan'. Terima kasihEjaan yang betul ialah berketerampilan, bukan berketrampilan. Padanan dalam bahasa Inggeris ialah competence/competency.Istilah25.10.2009
Salam Sejahtera, Tuan/Puan, Mohon pengesahan penggunaan ayat "sifat-sifat terpuji" atau "sifat terpuji" dalam ayat seperti berikut: Mempamerkan sifat-sifat terpuji seperti adil dan saksama, bertimbang rasa, mesra, sabar, tegas dan konsisten dalam membuat keputusan, dapat menyesuaikan diri dalam semua situasi, bersedia mendengar pandangan dan teguran, dan sentiasa berketerampilan dan berbudi bahasa. Sekian, terima kasih.Frasa "sifat terpuji" tidak perlu digandakan kerana ia boleh menandakan tunggal atau jamak bergantung pada konteks penggunaannya.Tatabahasa04.08.2016
Apa itu debat perdana?Apakah pertandingan-pertandingan debat antara IPT yang dikategorikan sebagai Debat Perdana?Perdana ialah sesuatu yang utama. Debat Perdana boleh dianggap sebagai debat yang utama. Tidak ada kriteria khusus untuk menamakan sesuatu itu sebagai perdana atau sebaliknya. Namun bersesuaian dengan maksud perdana, debat yang dipertandingkan itu hendaklah memiliki ciri-ciri keutamaannya seperti pertandingan debat paling besar yang dianjurkan oleh penganjur dan melibatkan peserta yang berketerampilan.Tatabahasa17.12.2014
bagaimana hendak belajar sastera,bahasa baku bahasa melayu...boleh cadangkan buku-buku yang boleh dipelajari...saya berminatCadangan buku untuk rujukan:
Judul Penerbit Keluaran Tahun Terbit ISBN Sastera dan ilmu sastera : pengantar teori sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) Tiada 1995 983-62-4495-6 Sastera kebangsaan, pendidikan sastera dan pembinaan negara Tiada 2008 978-983-44252-0-3 Diskusi sastera - jilid I: sastera tradisi Dewan Bahasa dan Pustaka Tiada 1982 Akademi Sastera: " Pembinaan Kritikan Sastera dan Modal Insan Berketerampilan " ( Peringkat Saringan ) Pusat Dokumentasi Melayu Tiada 2008 Teori Moden Sastera dan Permasalahan Sastera Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) Tiada 1996 983-62- Isu-isu dalam pemasyarakatan bahasa Melayu baku Nurin Enterprise Tiada 1988 Ceramah pelaksanaan bahasa melayu baku Dewan Bahasa dan Pustaka Tiada 1995 Penulisan dalam Bahasa Melayu Baku Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) Tiada 1988 983.62.0600-0 Penulisan dalam Bahasa Melayu Baku (edisi kedua) Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) Tiada 1995 983-62-4924-9 Laporan Kajian Sosiolinguistik Penggunaan,penguasaan dan pelaksanaan bahasa Melayu Baku Dewan Bahasa dan Pustaka Tiada 1992 983-62-2546-3 Lain-lain28.11.2012

Kembali ke atas