salah sejahtera, "Penyertaan hanya terbuka kepada peserta berketurunan Cina & India, menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa melayu & memenuhi syarat-syarat penyertaan yang lain" adakah ayat "memenuhi syarat-syarat penyertaan yang lain" sesuai digunakan? jika tidak, boleh pihak tuan cadangkan ayat yang lebih gramatis.. terima kasih | Salam sejahtera, Penyertaan hanya terbuka kepada peserta berketurunan Cina dan India, menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Melayu dan memenuhi syarat-syarat penyertaan yang lain. Ayat tersebut boleh digunakan kerana tidak terdapat kesalahan di dalamnya. | Lain-lain | 05.08.2015 |
apakah maksud intan tersalah canai? | Maksud peribahasa ini ialah biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. Untuk mengetahui maksud peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain. Harap maklum. | Lain-lain | 22.06.2008 |
isitilah chetti | Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata "ceti" ;1. peminjam (pelepas) wang (biasanya berketurunan India) yg mengenakan bunga yg tinggi; ~ haram along; 2. orang India dr Coromandel atau Malabar (selalunya berniaga). | Istilah | 12.03.2009 |
Boleh tuan terangkan makna atau maksud gabungan perkataan HABIB ULUNG? | Habib bermaksud orang yang dicintai; atau panggilan kepada orang yang dipercayai berketurunan Sayidina Ali dan Siti Fatimah; dan ulung bermaksud cekap, terbaik dab berpengalaman. Walau bagaimanapun tiada maklumat tentang maksud Habib Ulung. | Lain-lain | 05.11.2018 |
Perkataan "Budaya Peranakan" dan "Budaya Baba Nyonya" adakah membawa maksud yang sama? | Budaya peranakan ialah keturunan drpd anak negeri yg berkahwin dgn orang asing: ~ India; ~ Cina. 3 orang asing yg dilahirkan di negara kita: Cina ~ Cina yg dilahirkan di negara kita. Manakala budaya baba nyonya pula ialah 1. segolongan kaum Cina di Malaysia (yg kebanyakannya terdapat di Melaka) yg bertutur dlm bahasa Melayu dialek Baba sbg bahasa pertama, dan mengamalkan serba sedikit cara hidup orang Melayu: berketurunan Baba; Baba Melaka; 2. orang lelaki yg berketurunan Baba: Baba dan Nyonya. | Makna | 21.06.2010 |
Assalamualaikum dan salam sejatera, Saya ingin mendapat kepastian dari pihak DBP mengenai persoalan ini; Adakah bahasa yang dituturkan oleh kaum Baba Nyonya boleh dikategorikan sebagai Bahasa Melayu? Terima kasih. | Waalaikumsalam dan Salam Sejahtera. Mengikut takrifan Kamus Dewan Edisi Keempat; Baba bermaksud, 1. Segolongan kaum Cina di Malaysia (yg kebanyakannya terdapat di Melaka) yg bertutur dlm bahasa Melayu dialek Baba sbg bahasa pertama, dan mengamalkan serba sedikit cara hidup orang Melayu: berketurunan Baba; Baba Melaka; 2. orang lelaki yg berketurunan Baba: Baba dan Nyonya. Nyonya pula bermaksud, 1. panggilan yg biasanya utk perempuan Cina yg sudah bersuami 2. perempuan Cina dr golongan Baba. Maka jelas menunjukkan bahasa yang dituturkan oleh kaum Baba Nyonya ialah bahasa Melayu dialek Baba atau lebih dikenali sebagai bahasa Melayu Peranakan Baba Nyonya. | Lain-lain | 28.01.2014 |
ASSALAMUALAIKUM. bARU-BARU INI RANCANGAN TELEVISYEN ASTRO PRIMA MENAYANGKAN DRAMA YANG BERTAJUK WADI UNUNG. APAKAH MAKSUD UNUNG ? PENCARIAN SAYA DALAM KAMUS DBP MASIH BELUM JUGA TEMUI MAKSUD UNUNG ITU . | Memang tidak ada maksud unung dalam sumber rujukan kami, dalam pusat rujukan persuratan Melayu hanya ada entri nung yang bermaksud gelaran untuk orang yang berketurunan raja di sebelah ibu. | Makna | 17.08.2009 |
Ribuan terima kasih atas penerangan yang diberi mengenai makna "patik" dan "hamba". Tetapi saya ada sedikit kekeliruan. (1) Bila seorang rakyat biasa yang bercakap dengan raja/sultan, perkataan 'patik' digunakan. Bila pembesar/ temenggung/ bendahara yang bercakap dengan raja/sultan, apakah perkataan digunakan untuk menggelar dirinya sendiri ? (2) Kalau Hang Tuah bercakap dengan Hang Jebat, perkataan "hamba" digunakan untuk menggelar dirinya sendiri, betulkah ? | Kata ganti nama "patik" digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja. Dalam hal ini, golongan yang berjawatan dalam pentadbiran istana tetap rakyat biasa, bukan berketurunan raja maka tetap menggunakan kata ganti diri “patik” apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama "hamba” pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud “saya”. Maka, Hang Tuah dengan Hang Hang Jebat menggunakan kata ganti diri “hamba” apabila bercakap sesama mereka. | Tatabahasa | 14.07.2014 |