Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.khé.mah] | برخيمه

Definisi : mendirikan atau memasang khemah (utk berteduh atau bermalam): apabila tiba malam, pengembara-pengembara itu pun bersiap utk ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.khé.mah] | برخيمه

Definisi : mendirikan atau memasang khemah: Apabila hari hampir malam, pengakap itu pun ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khemah (kata nama)
Bersinonim dengan ceteri, tenda, tutup, kanopi;,
Kata Terbitan : berkhemah, perkhemahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, berkenaan dengan aktiviti perkhemahan , mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka : berkhemah bermaksud : mendirikan atau memasang khemah (utk berteduh atau bermalam) .Oeh itu, Perkhemahan itu boleh diandaikan berteduh dan tidak semestinya bermalam? adakah aktiviti ini mesti bermalam? Bolehkah kita andaikan aktiviti sebagai aktiviti sehari? minta pencerahan. Ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu.Dalam Kamus Dewan Perdana, "berkhemah" maksudnya memasang khemah untuk tidur atau melakukan aktiviti di sesuatu kawasan. Berdasarkan maksud yang diberi aktiviti berkhemah boleh bermalam atau tidak bermalam kerana tidur tidak semestinya bermalam. Pihak penganjur perlu memberikan penjelasan terhadap aktiviti berkhemah yang hendak dijalankan. Tatabahasa17.07.2026
Salam. Mohon pencerahan cara mengguna perkataan sebab dan akibat. Adakah betul ayat di bawah: 1. Kepatuhan pelancong terhadap garis panduan berkhemah disebabkan oleh kesedaran alam sekitar yang tinggi. 2. Pembaziran air mengakibatkan kos operasi semakin meningkat.Waalaikumsalam. Ayat 1 dan 2 adalah betul.Tatabahasa27.04.2015

Kembali ke atas