Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ki.rim] | برکيريم

Definisi : (sedang) menyampaikan atau meminta supaya disampaikan: ada lagi Raja ~ kpd Tuan Bonham seekor kambing kembiri; ~ surat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ki.rim] | برکيريم

Definisi : sedang menyampaikan atau meminta supaya disampaikan sesuatu (kpd seseorang): ~ surat; ~ salam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkirim

Puisi
 

Sungai Baram terlalu bangat,
     Lama berkayuh sembilan hari;
Berkirim salam minta selamat,
     Berkirim surat minta jumpai.


Lihat selanjutnya...(14)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kita boleh saling ______ khabar melalui internet. A. bertanyakan B. berkirim Jawapan mana yang sesuai untuk soalan di atas.Jawapan yang sesuai ialah bertanyakan.Tatabahasa10.09.2013
apa beza berutus dan mengutus?​Assalamualaikum, 

Perkataan berutus bermaksud berkirim surat, berita, e-mel dan sebagainya (kelas kata: kata kerja tak transitif)

Contoh ayat - Kami masih berutus e-mel walaupun jarang-jarang bertemu.


Manakala perkataan mengutus mempunyai dua maksud:

1. mengirim atau menghantar (surat, berita, e-mel dan sebagainya) (kelas kata: kata kerja transitif)

Contoh ayat - Dia mengutus surat kepada gadis idamannya kerana dia malu hendak bertemu muka.


2. menyuruh (seseorang) pergi sebagai wakil diri (kelas kata: kata kerja transitif)

Contoh ayat - Akhirnya dia pun mengutus seseorang untuk meminang gadis pujaannya itu.


 (Rujukan Kamus Dewan Perdana, 2020:hlm. 2492)


 Terima kasih.
Makna22.05.2025

Kembali ke atas