1) Bolehkah perkataan berkisar digunakan dalam ayat di bawah sebab kamus dewan edisi keempat menyatakan berkisar bermaksud berpusing/berputar.Ataupun berkisar tidak lazim digunakan dalam ayat di bawah? - Kipas angin di dalam bilik itu berkisar dengan laju. 2. Pak Leman sedang berkisar tentang pengalamannya ketika menjadi tentera. Adakah berkisar sesuai digunakan dalam ayat di atas? 3. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat di bawah? - Pelbagai barang-barang dikenakan kawalan harga. - Gadis itu berkelakuan gila-gilaan setelah ibunya meninggal. | 1. Kipas angin di dalam bilik itu berkisar dengan laju. Pak Leman sedang berkisar tentang pengalamannya ketika menjadi tentera. Penggunaan perkataan berkisar dalam kedua-dua ayat tersebut kurang tepat. Seperti yang tuan maklumi perkataan berkisar tidak sesuai dengan kedua-dua konteks ayat yang tersebut. 2. Ayat yang gramatis ialah "Pelbagai barang dikenakan kawalan harga" dan "Gadis itu gila-gilaan setelah ibunya meninggal dunia". | Tatabahasa | 26.07.2013 |
Mohon bantuan proses penerbitan bahan bercetak berbentuk ilmiah yang berkisar sektor pertanian. Adakah perlu dapatkan kelulusan KDN atau memadai DBP sahaja. Bahan terbitan adalah berkaitan aktiviti LPP dan kisah kejayaan usahawan. Edaran merangkumi ahli peladang, universiti dan jabatan/agensi kerajaan. | Mohon bantuan proses penerbitan bahan bercetak berbentuk ilmiah yang berkisar sektor pertanian. Adakah perlu dapatkan kelulusan KDN atau memadai DBP sahaja. Bahan terbitan adalah berkaitan aktiviti LPP dan kisah kejayaan usahawan. Edaran merangkumi ahli peladang, universiti dan jabatan/agensi kerajaan. Tiada kelulusan daripada DBP dalam penerbitan bahan bercetak sama ada buku, buletin, brosur atau manual. Kelulusan DBP hanya untuk penerbitan bahan dan buku terbitan DBP sahaja. Kami mengalu-alukan pihak puan menerbitkan bahan bercetak berbentuk buku dengan DBP. | Lain-lain | 30.12.2013 |
Soalan saya masih berkisar tentang kata sendi nama ' pada ' ,tatabahasa dewan edisi ketiga cetakan ketujuh memaparkan ayat contah yang jelas menunjukkan penggunaan kata sendi nama yang mengelirukan saya . sila lihat halaman 476 ayat contohnya : Begnya pada saya. dan lihat pula halaman 425 ayat contohnya : Wang pada saya ini ialah wang baki simpanannya. | Peraturan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 274:i. kata nama/kata kerja + pada + kata nama dan ii. ada + pada + kata nama (manusia/haiwan). Berdasarkan pola tersebut kata sendi nama "pada" apabila didahului "ada" mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan. Peraturannyanya menjelaskan apabila didahului kata "ada" sebelum kata sendi nama "pada" maka selepasnya mestilah kata nama (manusia/haiwan), tetapi kata "ada" tidak semestinya perlu ada sebelum kata sendi nama "pada". Contohnya seperti yang tuan nyatakan dalam ayat Wang pada saya ini ialah wang baki simpanannya dan Begnya pada saya. | Tatabahasa | 17.12.2012 |
Assalamualaikum... Pertanyaan saya masih berkisar tentang surat kiriman rasmi yang enjadi pegangan atau amalan DBP. 1. Benarkah amalan meletakkan tanda baca pada alamat penerima dan alamat pengirim selepas tandatangan merupakan amalan lama dalam penulisan surat rasmi. Sekarang dikatakan tanda baca tidak perlu diketakkan pada setiap ayat alamat penerima dan pengirim. Amalan DBP bagaimana? 2. Tanda tiga titit (...) diletakkan jika ada lampiran. Adakah ini juga menjadi amalan DBP sebab ada pandangan mengatakan tanda tersebut sebagai penulisan gaya yang lama. Mohon penjelasan DBP. Terima kasih | Salam, 1. Pertanyaan tuan kurang jelas. Akan tetapi, untuk makluman, tanda baca, iaitu tanda koma dan noktah masih digunakan dalam penulisan alamat. Tanda koma digunakan untuk mengasingkan antara no. rumah, no. jalan, nama jalan, daerah dan sebagainya. Manakala, titik diletakkan selepas negeri atau negara. 2. Berkenaan dengan tanda (...) bagi merujuk kepada lampiran yang disertakan, pihak DBP masih menggunakan amalan yang sama. | Tatabahasa | 20.11.2015 |
Saya dalam proses menulis sebuah novel yang berkisar tentang gelagat pekerja-pekerja di sebuah pejabat. Cadangannya, saya ingin memberi novel tersebut dengan judul "Ofis" atau "Opis". Adakah wajar saya memilih judul sedemikian. Sekian, dan terima kasih atas maklumbalas. | Perkataan ofis merupakan bahasa percakapan. Bahasa yang baku ialah pejabat. Oleh yang demikian adalah tidak wajar perkataan ofis digunakan sebagai judul novel tersebut. | Ejaan | 12.05.2008 |
SALAM.SAYA INGIN MENULIS LIRIK LAGU NASYID YANG BERKISAR TENTANG KISAH PERJUANGAN RASULLULLAH SAW..ANTARA "MU" DAN "NYA",YANG MANAKAH LEBIH SESUAI DIGUNAKAN.CONTOH LIRIK;"bagai bulan purnama,terzahir nur wajahMU.." | Saudara Nurul, Pada pandangan kami kedua-dua bentuk boleh digunakan kerana ia bergantung pada cara dan maksud yang hendak disampaikan. "Mu" memperlihatkan penyampaian maksud secara langsung kepada pihak kedua manakala "Nya" memperlihatkan penyampaian maksud yang lebih umum tentang pihak ketiga. | Lain-lain | 13.02.2010 |
1)kipas angin berputar-putar di dalam bilik 2) kipas angin berkisar-kisar di dalam bilik Sila tanya ayat yang mana paling gramatis. Tq | Ayat yang gramatis: Kipas angin berputar-putar di dalam bilik. | Tatabahasa | 13.05.2018 |
Definisi Sastera Panji | Sastera Panji adalah karya-karya berbentuk hikayat yang secara umum berkisar di sekitar pengembaraan dan percintaan watak utamanya. Antara contoh karya Sastera Panji ialah Hikayat Chekil Waneng Pati, Hikayat Misa Perabu Jaya, Hikayat Panji Semirang, Cerita Damar Wulan dan lanin-lain. | Lain-lain | 22.11.2007 |
INGIN MENCARI MAKLUMAT BERKENAAN TAMADUN INDIA | Terima kasih atas soalan anda. Di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP mempunyai beberapa buah buku berkisar tentang Tamadun India. Saudara boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dan seterusnya boleh membuat rujukan, penyelidikan dan pinjaman bahan. | Lain-lain | 16.05.2010 |
lihat lampiran | Di negara ini, konferensi memang selalu diadakan sama ada oleh pihak kerajaan ataupun yang lainnya. Dalam konteks DBP, konferensi ini selalunya berkisar pada persoalan tentang kebahasaan ataupun kesusasteraan yang diungkapkan melalui MABBIM, Mastera, mahupun MABM. Berjaya ataupun tidak sesutu konferensi itu bergantung pada keputusan akhir yang dicapai oleh kedua-dua belah pihak.Terima kasih. | Lain-lain | 13.10.2006 |