Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ki.sar.kan] | برکيسرکن

Definisi : berkisar pd, bertemakan: cerpen-cerpen tersebut ~ percintaan dan perjuangan merebut hati teruna dara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kisar
Kata Terbitan : berkisar, berkisarkan, mengisar, terkisar, kisaran, perkisaran, pengisaran, pengisar,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah panduan penulisan kertas cadangan

Salam sejahtera,

Harap maaf, soalan sdr. tidak jelas, adakah sdr. bermaksud panduan menyediakan kertas cadangan judul? Jika pertanyaan sdr. berkisarkan tentang panduan menyediakan kertas cadangan judul, maka jawapannya adalah seperti yang berikut:

Panduan penyediaan kertas cadangan judul yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

Kertas cadangan judul perlu mengandungi  maklumat yang berikut:

1. Halaman tajuk - cadangan tajuk lengkap dan subtajuk, sebaik-baiknya yang boleh menarik pembaca.

2. Jadual kandungan kertas cadangan - senarai kandungan kertas cadangan dan dinomborkan mengikut susunan.

3. Pernyataan konsep buku - menyatakan konsep asas dan skop  buku dengan jelas. Dinyatakan anggaran tebal manuskrip dan jumlah ilustrasi, sasaran pembaca dan keistimewaan buku tersebut. Pernyataan kosep ini antara 50 - 100 perkatan dan tidak melebihi 250 perkataan.

4. Perihal buku - pernyataan konsep buku dengan lebih terperinci. Nyatakan manfaat kepada pembaca yang akan diperoleh daripada buku itu, huraikan keunikan buku dan mengapa buku tersebut wajar diterbitkan.

5. Perihal penulis - biodata penulis, maklumat yang menyokong kepakaran penulis dalam bidang berkenaan, pengalaman kerja, latar pendidikan serta anugerah dan penghargaan (jika ada) yang berkaitan dengan pengkaryaan.

6. Perihal saingan dan pasaran - buku  perlu memenuhi keperluan semasa dan penulis perlu mengenal pasti judul yang serupa di pasaran. Penulis perlu menyerlahkan keistimewaan bukunya berbanding dengan judul lain.

7. Jadual kandungan buku - senaraikan kandungan buku yang dicadangkan termasuk bahan awalan, isi dan bahan akhiran.

8. Ringkasan bab - huraian secara ringkas untuk setiap bab.

9. Rancangan serahan bahan - nyatakan rancangan serahan bahan yang lengkap kepada DBP untuk urusan penerbitan.

10. Bab contoh - satu bab yang ditulis lengkap perlu disediakan untuk menilai keupayaan penulis menghasilkan karya tersebut.

Lain-lain17.09.2010
Assalamualaikum, saya mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi penulis sambilan. Walaubagaimanapun saya tidak pernah mencuba atau mengambil peluang yang ada memandangkan saya kekurangan pengetahuan dlm bidang penulisan. Saya mempunyai banyak idea atau sumber utk menulis melalui pengalaman dan pemerhatian. Saya melihat bahawa Malaysia kekurangan bahan penulisan yang lain daripada lain dari segi kehidupan sosial remaja. Boleh dikatakan 60 peratus penulisan berkisarkan tentang cinta. Saya pernah bekerja selama 2 tahun di sebuah gerai buku terkenal dan melalui pekerjaan tersebut, saya berpeluang untuk meningkatkan pembacaan saya dan idea penulisan saya tidak kira di dalam Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris. Jadi saya amat berharap agar pihak tuan dapat membantu saya untuk bermula sebagai penulis baru atau pelapis demi mewarnai industri buku/penulisan di negara kita.Tambahan pula, baru-baru ini telah tersiar di akhbar utama bahawa untuk menjadi salah satu negara maju, Malaysia perlu menerbitkan beribu-ribu judul.Saya ingin menjadi salah seorang daripadanya. Saya harap tuan/puan dapat memberi respon dan membalas emel ini. Sekian, terima kasih.

Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penrbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik  (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Selamat mencuba.

Lain-lain07.04.2009

Kembali ke atas