| Salam. saja ingin ajukan pertanyaan tentang: adakah unta betina boleh berkolokasi dengan perawan atau dara. apakah perkataan yang sesuai bagi' unta betina yang muda (dara). | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, dara juga bermaksud sudah tiba (cukup) waktunya untuk bertelur (beranak, berbuah, dan sebagainya) seperti ayam dara dan nyiur dara. Unta dara boleh digunakan bagi menunjukkan unta betina yang muda. | Tatabahasa | 12.01.2013 |
| Salam Tuan, Apakah yang dimaksudkan dengan "hati telah beku"? Adakah frasa ini kedengaran janggal bagi penutur asli bahasa Melalyu? Adakah perkataan "hati" berkolokasi dengan "beku" dalam bahasa Melayu? Mohon tuan tunjuk ajar. Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Penggunaan frasa hati telah beku lebih kepada bahasa percakapan sama halnya dengan 'hati kering'. Lazimnya yang digunakan oleh pengamal bahasa ialah 'hati batu' yang merujuk kepada individu bengis dan degil. | Tatabahasa | 06.11.2012 |
| 1) Apakah perbezaan makna bagi kata “sinonim” dan “sinonimi”? 2) Bagaimanakah perbezaan penggunaannya? 3) Mana satukah kata berimbuhan yang betul iaitu “bersinonim” atau “bersinonimi” Sila semak penggunaan kata di atas dalam ayat-ayat di bawah. a) Senarai Kata Sinonim bagi Kata Kerja ‘gigit’ dan ‘hiris’. b) Senarai Kata Bersinonim dengan Kata Kerja. c) Kata Kerja Bersinonimi Akibat Faktor Dialek. d) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Sinonim Kata Kerja‘makan’. e) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Kerja ‘lihat’ dan Kata Sinoniminya. f) Kata Kerja Bahasa Jerman dan Frasa Kerja Sinonimnya. g) Senarai Kata Kerja Mengikut Faktor-Faktor Kewujudan Sinonim. h) Kata Kerja Bersinonim dan Faktor-Faktor Penyebab Kewujudannya. | 1) Apakah perbezaan makna bagi kata “sinonim” dan “sinonimi”? 2) Bagaimanakah perbezaan penggunaannya? Sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain, misalnya cantik dengan indah dan cepat dengan pantas. Manakala sinonimi pula ialah hubungan antara sinonim yang digunakan dalam istilah linguistik. 3) Berikut penggunaan perkataan sinonim dan bersinonimi yang betul ; a) Senarai Kata Sinonim bagi Kata Kerja ‘gigit’ dan ‘hiris’. b) Senarai Kata Bersinonim dengan Kata Kerja. c) Kata Kerja Bersinonimi Akibat Faktor Dialek. d) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Sinonim Kata Kerja ‘makan’. e) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Kerja ‘lihat’ dan Sinonimi. f) Kata Kerja Bahasa Jerman dan Frasa Kerja Sinonim. g) Senarai Kata Kerja Mengikut Faktor-Faktor Kewujudan Sinonim. h) Kata Kerja Bersinonim dan Faktor-Faktor Penyebab Kewujudannya. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
| adakah waktu/masa, lapang/rehat,alat/bahan, identiti/imej, pangkal/hujung, utama/dominan termasuk dalam sinonim kontkes, laras sosial atau kolokasi?? | Contoh-contoh yang tuan berikan ada yang merupakan sinonim dan ada juga antonim, kesemua kata ini juga berkait boleh berkolokasi dalam ayat tertentu. Tidak ada maklumat yang rinci berkaitan tajuk dan contoh ini dalam pangkalan data kami. | Tatabahasa | 19.03.2015 |
| Salam sejahtera, manakah yang lebih tepat dari segi tatabahasa: 1. Kalimah Allah 2. Kalimat Allah | Salam sejahtera, Perkataan kalimat ditakrifkan sebagai "kata-kata yg disusun utk menyampaikan maksud, memberikan perintah atau membuat pertanyaan". Antara contoh penggunaannya: - “Kau bantu aku di kebun.” Kalimat Pak Taha itu masih terngiang-ngiang di telinganya. - Kalimat akhir dari perempuan India itu menimbulkan satu pertanyaan. - Dalam hatinya terselit harapan agar kalimat anak muda itu kelak akan menjadi kenyataan. - Terdapat juga kalimat asing yang telah digunakan dengan mantap di kalangan petugas perbukuan. Maksud perkataan kalimah pula ialah "kata atau kata-kata yg tersusun dan berhubungan antara satu dengan yang lain dan mengandungi makna'. Berdasarkan korpus, kalimah banyak berkolokasi dengan Allah, syahadah/syahadat, Allahuakbar, Bismillah, Subhanallah dan sebagainya. Oleh itu, penggunaan yang lebih tepat ialah kalimah Allah. | Makna | 19.08.2025 |